Sunday 30 December 2012

Aku, UUM dan Kenangan part 2

Assalamualaikum


Sambungan daripada entry yang sebelumnya kenangan ku di UUM .. 

Setelah suasana di UUM semakin cerah, aku, mak cik dan pak cik ku menapak dari masjid UUM tersebut terus ke kolej kediaman yang diberi nama Eon. Tidak dapat dinafikan lagi UUM ini memang dalam hutan tapi aku terasa sangat damai berjalan di awal pagi tersebut walaupun jalan yang agak sesak dengan kereta ibu bapa pelajar yang datang mendaftar, mungkin aura hijau kot. hehehe

Pendaftaran sebagai pelajar berjalan seperti biasa dan semasa pendaftaran aku sempat berkenalan dengan seorang dak perempuan nie. Masa pendaftaran tu, die duk sebelah aku. 

inilah budaknye.
izyan husna nama diberi..

Tak sangka pulak sampai sekarang kami rapat dan dah jadi roomate untuk kali terkahir di UUM nie. Bukan setakat roomate tapi kosmate sekali. Sentiasa ada bersama, takkan terpisah.

Satu minggu itu, orientasi bermula. Minggu yang amat memenatkan tapi sangat best dan buat pertama kalinya aku menjadi pelakon di atas pentas besar di depan ribuan orang. Jadi perempuan gedik lagi tu. Kalau diingat balik alangkah malunye. 

Perkara yang paling dan tak boleh lupa apabila kami junior terpaksa berjalan kaki setiap hari dari kolej kediaman ke dewan MAS, iaitu tempat berlangsung segala aktiviti orientasi. Perkataan atau arahan yang selalu berkumandang semasa kami berjalan adalah.. 'JANGAN ADA GAPE'. daripada abang senior memang menjadi kegerunan kepada kami sehinggakan ramai junior yang melecet kakinye. teruk wo...

inilah dewannye.
DEWAN MUADZAM SHAH, UUM.
Tamat sahaja minggu orientasi, kelas bermula. Silap masuk kelas , toksah citer lah dengan korang. Banyak kali dah even sampai semester 7 nie pun pernah jugak silap kelas. Kenangan masa nak naik bas nak ke kelas. Masa semester 1, kami terpaksa punch kad dulu dekat bas itu baru dapat naik. Cuba korang bayangkan betapa sesaknya kalau ramai pelajar yang tunggu bas dan ditambah dengan hujan. Memang menjadi kenangan. Sekarang senang, semua boleh naik dengan selesanya. 

inilah bas yang diamanahkan untuk membawa kami ke kelas.
akan menjadi kenangan kepadaku.

Aku ingat lagi, masa itu semester berapa aku tak berapa pasti. Disebabkan masa dah semakin suntuk untuk ke kelas. Aku terpaksa bersesak dengan budak-budak lain untuk naik bas. Masa nak naik itu, adalah makhluk tuhan yang terpijak kasut aku dekat belakang sampai tertanggal kasut aku. Lepas itu, aku pulak boleh terlepas cakap bagitahu macam ini dekat dia. ' kau pijak kasut aku'... dan sebenarnya ayat itu berada di dalam hatiku sahaja tak tahu pulak boleh terlepas. Secara automatik apabila budak itu mendengar aku bercakap sedemikian, dia terus mengambil kasut dan memberikan kasut tersebut kepadaku. Adegan cinderella telah berlaku selama beberapa minit di hadapan bas tersebut. aduh... malunyer... macam mana boleh terlepas cakap..

cinderella sangat.
hehhe...

Masa semester 1 , kira masa adalah untuk mengenali orang, makanan, budaya dekat kedah ini. Aku ini budak sarawak makanan pun lain sikit dari kat sini. Mula-mula itu, memang homesick juga lah. Tapi bila dah lama-lama dan ramai kawan. Aku boleh enjoy hidup di sini.. Aku tidak ketinggalan juga untuk join aktiviti yang dianjurkan oleh kolej kediaman atau universiti. Melalui aktiviti ini juga kita boleh tahu setakat mana kemampuan kita untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Kiranya sebagai pratikal kita semasa di dalam Universiti. 
Aku dan ex-roomate.
posing berani mati di tengah jalan raya.
lagu tema masa orientasi.
kau & aku daripada Aizat.

Rasanya cukup kot setakat nie entry kali ini. Esok dah start final exam untuk last semester di UUM. wish me good luck ye kawan-kawan.

Assignment terakhir untuk semester terakhir.





wassalam.
terima kasih kerana sudi membaca. 





Sunday 9 December 2012

Aku, UUM dan Kenangan part 1

Assalamualaikum.

Petang yang tadinya panas. Kini hujan mulai turun menyejukkan bumi. Aku termenung di pintu bilik blok Frankfurt mengimbas segala detik, kenangan berada di UUM. Daripada pandangan mata yang dilindungi oleh cermin mata untuk membantu penglihatanku. Aku merenung rintik-rintik hujan itu. Seolah-olah rintik hujan itu menceritakan semula segala kenangan yang telah berlaku.

cewah.... ayat aku.. novel sangat.. hahahha.... gila ko tak novel. Novel dah satu almari kat rumah kot.. hehhe...

Mengimbas kembali aku di permulaan sebagai pelajar UUM. Seriously, masa aku mohon UUM , aku tak terfikir dan tak pernah terlintas pun nak dapat kat sini. Tapi kenapa UUM tersenarai dalam senarai UPU tu? Itu sebabnya aku nak memenuhi kotak yang perlu diisi dengan borang UPU tu, tu yang aku isi yang last sekali. Sedangkan UUM pun aku tak tahu di manakah ia di Malaysia. Dahsyat kan aku?

Tapi, itulah jodoh namanya, aku terpilih sebagai pelajar di UUM juga akhirnya. Masa tengok keputusan itu perasaan aku menjadi berbelah bahagi antara nak pergi ke tak. Apabila ku selidiki di google UUM itu di mana. Rupanya UUM itu di utara tanah air dan aku perlu menaiki dua kali kapal terbang untuk sampai ke tempat tersebut. Aku dah terfikir betapa jauhnya tempat itu. Kemudian, aku bagitau ayah yang pasal aku dapat sambung belajar tu,ayah cakap pergi je. Aku tengok muka ayah berseri-seri bila aku tunjukkan surat tawaran tersebut.

Akhirnya, dalam masa seminggu aku dan ayah menguruskan segala kelengkapan aku untuk masuk ke UUM. Bukan calang-calang urusan yang aku perlu uruskan. Yelah, nak sambung belajar over the sea katakan. hahahha...

Disebabkan ini kali pertama aku menaiki kapal terbang atau belon. Aku menjadi takut. Dah lah kena naik sorang-sorang. Ayah tak dapat nak hantar disebabkan masalah kewangan sikit. Yelah, aku bukannya anak orang berada nak kena hantar segala. Dah lah tempat belajar jauh lagi tu, kalau kat UNIMAS tu boleh lah. Jalan kaki pun boleh. Jadi untuk mengelakkan perasaan takut dan gementar aku untuk naik kapal terbang. Aku telah deal dengan dua orang kawan aku untuk naik sama-sama. Tapi diaorang nie bukan sambung dekat UUM jugak, diaorang dapat sambung study dekat UPM. Dekat je lah, sampai airport terus pergi U ... aku nie je yang jauh lagi perjalanan.

Sampai je airport dekat KL, lcct ok. LCCT nie sama jalan dengan airport KLIA. Jangan salah lagi  cik nor. Nanti kena perli .. (hehhehe..). Mak cik dan pak cik dah ada dekat airport tu jemput aku dekat sana. Mak cik dan pak cik aku nie saudara jauh lah tapi kami rapat dari aku kecil lagi. Itu yang boleh ngam.

Aku ingat lagi, masa itu pak cik aku yang bekerja sebagai askar ada lagi kat semenanjung masa itu, jadi naik kereta dia. Masa itu, dia tak beli kereta baru lagi. die cuma ada kereta second hand yang memang betul-betul lama dan kami dalam kereta itu ada 6 atau 7 orang kalau tak silap. Dan tiba-tiba kereta itu boleh berhenti di tengah jalan. Ya Allah... aku jadi blur dan mak cik dan pak cik aku pun blur jugak... kami tak tahu nak buat ape. Sedangkan orang dok hon je kat belakang. Aku pulak dah lah first time sampai KL , tak pernah tengok jalan sesibuk itu, terasa trauma pulak. Tapi muka tetap cool.. Dekat setengah jam jugak kami stuck dekat tengah jalan. Akhirnya, kereta boleh berjalan jugak.



family di KL.

Sampai je kat rumah, mak cik terus suruh aku berehat sebab malam itu, aku dan mak cik dan pak cik aku kena bertolak ke kedah pulak dengan bas.. Apabila malam menjelma, kami pun bertolak ke pudu. Buat pertama kalinya, aku naik bas dua tingkat. Siap orang tu bagi kain selimut lagi. Tapi masa itu je lah orang bagi selimut, selepas selepas itu aku tak dapat dah kain selimut dalam bas. huhuhu...

Sampai je kedah kira-kira dalam pukul 5 pagi. Tapi tak sampai UUM lagi, kira sampai dekat pekan yang bernama changlun. Kami ke UUM , dekat kereta sewa dengan cara percakapan pemandunya yang terlalu pekat kedahnya. Aku terfikir di dalam otak, macam mana lah aku nak hidup dekat sini hampir 4 tahun dengan loghat kedah macam itu. aduh.....

Disebabkan semua hotel dan rumah tumpangan penuh, pak cik pemandu hantar kami ke masjid UUM itu saja. . Aku tengok dari luar, sangat indah pemandangannya.. tapi kenapa macam dalam hutan...???

ok. azan maghrib pun sudah berkumandang. nanti aku sambung coretan lagi. Aku UUM dan kenangan ada banyak episod taw.

wassalam.

cik nor.

Sunday 2 December 2012

Kerana mulut mu.

Assalamualaikum.

Situasi bermula beberapa minit yang lalu. Selepas aku dan my lovely roomate balik dari kafe. Maksudnye lepas melantak makanan lah. Aku makan chicken chop manakala my lovely roomate makan burger yang set punye siap kentang segala.

Selepas makan singgah kejap dekat kedai runcit kita orang panggil Eon mart. Aku tunggu my lovely roomate kat luar kedai. yelah, aku takde nak beli apa pun. Jadi tunggu kat luar je lah.

Tiba-tiba datang seorang hamba Allah.. dari jauh.. dah cakap macam nie...

orang itu: Ya Allah, kurusnye ko, nor!!

aku ini: (tersenyum..)

orang itu : makin kurus aku tengok ko nie nor.. kesian nye ko!!

aku ini: (tersenyum lagi..) .. sebenarnya lebih kepada sengih busuk...

orang itu: tak makan ke? nah.. ko ambik isi aku nie sikit.

aku ini: (tersenyum lagi dan lagi...)

dan.. orang itu pun berlalu..

Dalam hati aku hanya Allah sahaja yang tahu. Korang ingat orang kurus tak stress ke dengan berat badan diaorang dan tak kecik hati ke bila orang tegur macam tu depan public. Malu kot... macam orang badan bersaiz besar jugak lah.. Aku selalu di tanya oleh kawan-kawan aku yang bersaiz besar. 

kawan aku: aku gemuk kan?

aku ini: eh.. tak lah.. ok je lah badan ko... (sedangkan memang betul die gemuk, tak nak malukan die punye pasal terpaksa menipu)

Takkan orang kurus dan bersaiz kecil je yang nak kena jaga hati orang yang bersaiz besar. Kesian die.. badan die gemuk. Jangan lah pandang die sangat nanti die kecik hati. Macam itu lah aku selalu kalau tengok orang bersaiz besar. Tak nak memalukan diaorang. Tapi kami yang berbadan kecil dan kurus keding nie. Ada ke orang nak jaga hati. Nampak sangat lah kami nie tak cukup makan, itu sebab lah kami nie kurus melidi.. 

Fikir lah beb... dah tuhan bagi saiz badan kami macam nie. Nak buat macam mana lagi. Aku makan dah lebih makan daripada orang badan besar makan kot tapi dah badan tak nak gemuk nak buat macam mana.
Itulah manusia...... Sebenarnya tadi.. nak je aku cakap macam nie... 

aku ini: wa!... gemuk nya ko..dulu kurus je aku tengok. sekarang dah gemuk. banyak makan ke?

ape perasaan ko.. mesti sakit hati kan.

Jadi kesimpulan di sini. Tak kira lah orang itu berbadan besar ke atau berbadan kurus ke. Jangan lah sampai memalukan orang tersebut di depan orang ramai.. Jaga sikit maruah orang tu.  

Sekian.

Luahan rasa di petang hari bersama cik nor.

Monday 12 November 2012

PJJ - Perhubungan Jarak Jauh

Assalamualaikum.


Sudah sangat lama diriku ini tidak mengupdatekan diri di blog ini. Apakah yang sudah berlaku kepada diriku.  Sebenarnya tiada apa-apa pun yang berlaku cuma sibuk sebagai pelajar final year di Universiti. Ces,, alasan bajet student lah sangat.. FB je lebih sebenarnya.

Anda sudah sedia maklum apa yang ingin kuceritakan. Jika anda sudah membaca tajuknya mesti anda sudah mengetahuinya. Ya, aku ingin menceritakan tentang hubungan cinta jarak jauh berdasarkan pengalaman diriku sendiri dan pengalaman kawan-kawanku. Perhubungan Jarak Jauh (PJJ) atau Long Distance Relationship (LDR) adalah perhubungan di antara dua insan yang sedang bercinta tetapi jarak telah memisahkan mereka. Contohnya, Si A jatuh cinta dekat Si B, tetapi Si A di utara tanah air manakala Si B di selatan tanah air. Macam mana nak mengekalkan hubungan itu. Kejap lagi aku bagi tips. Aku cerita base on pengalaman aku dulu.

Dulu.. tapi tak berapa dulu sangat lah. Aku pernah bercinta macam nie. Kenal dengan mamat tu melalui kawan aku sendiri. Dia bagi nombor, then aku pun layankan aje. Lama-lama layan tu hati pulak melekat. Setelah dua tahun menjalin kasih (cewah...) akhirnya, mamat itu mula beralih arah. Jika sebelum ini dia rajin texting and call selepas dua tahun dia mula menjauh (ayat nak sastera je kan...). Apabila diselidik dengan bantuan Private Investigator (PI) akhirnya, aku mengetahui yang mamat itu telah menduakan aku. Alangkah sedihnya hati ini tetapi jauh di sudut hatiku, aku amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana ALLAH telah menunjukkan sikap sebenar mamat tersebut. Jadi, aku tidak perlu lah membuang masa dengan mamat macam tu. Ye dak?

Setelah sekian lama menyendiri. Lama tak lama sangatlah. Aku mula bertemu dengan orang yang aku rasa memang dia adalah Heroku, Penyelamatku, Temanku, Penglipur laraku dan insya ALLAH imamku. Aku boleh merasakan perbezaan sayang antara orang yang betul-betul sayang aku dan pura-pura sayang aku sekarang setelah dapat pengalaman pahit sebelum ini. Keyakinan ini amat tinggi bagiku. Tetapi, hubungan kedua ini juga adalah hubungan PJJ jugak. Jadi untuk langkah berjaga-jaga, aku telah mengaplikasikan pelbagai tips untuk mengekalkan hubungan PJJ ini. Antara tipsnya adalah:

1) kepercayaan

percayalah.... kepercayaan sangat penting dalam hubungan macam ini. Apabila kedua-dua percaya antara satu sama lain hubungan itu akan lebih manis seperti coklat dan berjalan dengan lancar. Tetapi, ada tapinye, jangan terlalu percaya 100% sebab tak semua manusia sempurna kan mesti ada buat silap. Jadi perasaan curiga itu kena ada, kalau ada perasaan curiga itu terhadap pasangan kita, jangan melulu serang pasangan. Tanya dengan elok. Kita boleh bincang....... 


2) Bertolak ansur

Apabila berjauhan ini, macam-macam masalah boleh muncul. Kita akan dengar macam-macam yang tak elok jadi sikap tolak ansur itu perlu dalam diri. Jika sorang tengah berapi, sorang pulak jadi air untuk sejukkan nya. Jika sorang tengah panas, sorang pulak jadi peti ais untuk menyejukkannya. Apa yang penting kesabaran dan bincang secara baik itu penting. 

3) Saling berhubung

Part ini adalah perkara paling penting dalam hubungan macam ini. yela.. dah jauh kan. berhubung melalui alam maya adalah cara yang paling sesuai. Sekarang sangat senang untuk berhubung, kira dah takde alasan untuk pasangan itu untuk tidak contact antara satu sama lain sebab sekarang ada facebook,skype, YM, dan banyak lagi yang boleh mengeratkan hubungan. Nak dan Tak nak je lagi. Kena selalu tanye pasangan buat ape? makan ke belum? jadi tak lah hubungan itu hambar je kan.

4) Mesti ingat tarikh-tarikh penting

Tarikh-tarikh penting yang aku maksudkan di sini adalah tarikh penting antara korang dan pasangan korang. Contohnya, macam aku.. kena ingat tarikh bila aku start mesej dengan encik cinta,tarikh kita orang mula jumpa, tarikh kita orang start, tarikh birthday die, dan tarikh birthday aku. (yela.. kadang-kadang birthday aku sendiri pun aku lupa)..hihihi.. Dengan mengingati tarikh ini hubungan itu akan lebih sweet dan penuh bermakna.

5) Restu

sedutan dialog Ibu Mertuaku .." siapa dia? majistret?doktor?"... korang nak ibu mertua macam ini. Mesti tak nak kan... Jadi, hubungan yang ada restu kaum keluarga itu penting. Lainlah kalau sekadar hubungan yang main-main. Aku taknak hubungan main-main macam itu. Biar family kite dan family pasangan tahu berkenaan hubungan kita nie jadi adalah keberkatannya. ( dilema aku sekarang.. sedang cuba untuk menerangkan kepada family hubunganku ini)

6) kejujuran.

Jujurlah padaku... jika kau tak lagi cinta. Dalam hubungan ini tak kira lah jarak jauh ke jarak dekat ke kejujuran itu penting. Kalau pasangan kita dah betul-betul serius dengan kite dan dah buat segala perkara yang di atas, diri kita pulak yang kena jujur dengan hubungan ini. Dalam setiap hubungan ini kena ada give and take. Jika ada semua perkara ini, insya Allah hubungan itu akan kekal sampai akhir hayat.





Kelebihan hubungan PJJ ini adalah:

Pertama, jimat duit. Kite tak perlu bazir banyak duit untuk keluar sama-sama. Yela, kalau dah dekat mesti nak keluar selalu kan. Jadi banyaklah duit dibazirkan.

Kedua, saling rindu merindui. Perhubungan akan lebih manis apabila ada perasaan rindu. 

Ketiga, menguji sejauh mana kesabaran kita. kesabaran kita apabila hendak bertemu, kesabaran kita jika ada masalah. jadi, hubungan PJJ ini mengajar kita untuk lebih bersabar.


Kekurangan hubungan PJJ ini adalah:

Pertama, opkoz lah susah nak jumpa.
Kedua, perasaan curiga yang tinggi..
malas nak cerita kekurangan ini banyak-banyak nanti sedih.. huhuhu..

Sampai di sini sahaja entry kali ini..
Akhirnya.. akhirnya.. ter update gak blog.. weiiihuuuuu....

harap enjoy bila baca. maafkan saya jika ada kekurangan.

wassalam.




Wednesday 17 October 2012

motivasi diri

Assalamualaikum


student life.
apabila masa study dilebihkan dan masa tidur dikurangkan.



student life.
masa 24 jam yang banyak dihabiskan duduk di sini.



semua ini adalah untuk berjaya.
apabila berjaya kita akan bekerjaya..
apabila kita bekerjaya kita akan dapat banyak....







$$$$$
duit.. (bukan duit malaysia)
dan apabila dah banyak duit..
kita akan..






kahwin.
untuk kehidupan yang lebih indah dan bermakna.
bahagia di dunia dan di akhirat.
happily ever after...




tapi..
kena usaha dan terus usaha 
untuk berjaya dan berjaya
berjaya untuk mengubah nasib diri
keluarga
masyarakat 
dan
negara.





sekian...

Sunday 14 October 2012

pi mati lah hang..

Assalamualaikum.


Matilah kau (Hilang Naluri)
~once~





mawar merah yang ku cium
ternyata menusuk dan beracun
wanginya menyenangkan hatiku
membuatku tak keruan

sehari tak bertemu dengannya
serasa hampa dalam hatiku
ku mabuk cinta yang tak terbaca
oleh naluriku

dia sama sekali tak cintai diriku
dia hanya memanfaatkan diriku

chorus:
matilah kau di dalam hatiku
bawa pergi saja dirimu
sampai ke dasar lautan
matilah kau bersama cintaku
banyak berharaplah dirimu
semoga dapat bahagia
berharaplah

ku berlutut di bawah kakinya
ku berikan hatiku untuknya
ku telan semua luka-luka
ku tak punya perisai lagi

sehari tak bertemu dengannya
serasa hampa dalam hatiku
ku mabuk cinta yang tak terbaca
oleh naluriku

matilah kau.

ulang chorus.


sekian.

pi matilah penipu!! ... ter emosional lah pulekkk..... hehehe..

Wednesday 10 October 2012

budak kacamata

Assalamualaikum.


Siapa rabun angkat kening?
ko rasa ko ziana zain nak angkat kening segala..hehe
Anda tahu rabun itu ape? Rabun adalah sejenis makanan yang hanya orang berkacamata sahaja yang dapat memakannya.. hehehe.. auta segala.

Rabun sebenarnya adalah masalah penglihatan yang dialami oleh manusia semenjak berabad tahun dahulu. Rabun yang aku tahu ada 2 jenis iaitu rabun jauh dan rabun dekat. Ada juga orang kata ada rabun malam. Yang tu aku tak berapa pasti lah kewujudannya. Nanti korang search sendiri yer.. Rabun jauh ini apabila korang tak nampak benda atau objek yang berkududukan agak jauh dari korang. Bukan tak nampak langsung tetapi kabur di penglihatan mata korang. Bila dekat dengan benda tersebut baru korang nampak dengan jelas.  Manakala, rabun dekat apabila korang tak nampak benda yang agak dekat dengan korang. Contohnya, korang baca buku tetapi korang tak nampak tulisan di buku tersebut, kita selalu baca buku dalam kedudukan dekat kan? Jadi itu maksudnya korang rabun dekat. Rabun dekat ini selalunya dihidapi oleh orang yang agak berumur. Maksudnya, orang tua lah..  Faham kan?

Aku rabun masa aku tingkatan 5, bukan baru nak mula rabun tetapi diketahui rabun pada masa tersebut. Aku mula perasan aku tahu diri aku ada masalah penglihatan ni masa aku dalam makmal biologi. Bajet aku nie budak pandai lah, ambik meja belakang sekali bersama dengan kawan-kawan yang sehati dan sejiwa dengan aku. Al maklum lah, cikgu biologi itu suaranya lantang lagi berfrekuensi tinggi jadi tidak menjadi kerisauan bagi kami walaupun duduk di belakang tapi suara masih kedengaran dengan jelas. Ingat lagi masa tu, cikgu itu suruh aku baca gambarajah dekat skrin putih depan kelas. Aku langsung tak nampak gambarajah tu, dan aku terus cakap ,

"madam , saya tak boleh nampak."
madam jawab, why? rabun ke?
" entah, ye kot."
"saya rasa awak ada masalah mata, mungkin rabun. Lebih baik awak check mata awak", madam said.

Dan.. madam terus tukar tajuk pembelajaran hari tu, asalnya nak belajar kitar haid wanita terus tukar tajuk retina. Retina tu mata lah.. hehehe... Aku punya pasal lah tu.

Seminggu lepas itu, aku ajak ayah check mata aku dekat kedai cermin mata, kalau nak periksa mata free jer.. Pergi dekat kedai cermin mata, bagitahu dekat apek kat kedai tu cakap nak check mata. Then, baru aku tahu, tahap kerabunan aku rupanya dah tinggi. Dah mencapai 100 wo.. dahsyat. Apek kat kedai tu, sarankan aku buat cermin mata. Omjayyy...
Aku tidak dapat menerima kenyataan yang aku akan memakai cermin mata. Alangkah nerd nye nanti diriku. Terasa ada kecacatan pula, kecacatan mata yang perlukan bantuan. hoho..

Korang yang rabun mesti ada pengalaman yang pakai cermin mata ala-ala robot tu. Lepas itu, disuruh berjalan guna cermin mata itu. Kalau rasa tak selesa tukar kanta. Berat kot cermin mata tu, boleh patah hidung kalau pakai lama. First, aku pakai cermin mata pergi sekolah semua orang cakap macam nie..
"wah!! nerd nye nor."

kurang asam jawa punya kawan-kawan. Tapi aku beranggapan baik, biarlah orang kata aku nerd ke apa ke tapi aku tak kisah asalkan aku boleh nampak dengan jelas dunia di sekelilingku. Cewah...
Lagipun, budak nerd selalunya pandai-pandai. Rajin belajar. Jadi apa salahnya, digelar nerd. ye dak? Walaupun hakikatnya aku tak pandai dan malas orangnya.

Tahun ini dah 7 tahun aku berkaca mata. Dan dua tahun yang lalu mula berjinak dengan contact lense. Ala.. benda yang masuk dalam mata tu.. Keinginan mencuba punya pasal. Setakat ini, alhamdulillah mata ok. Dalam pemakaian lense nie, kebersihan adalah nombor satu. Kalau tangan tak bersih dalam menanganinya, jadi lah macam-macam pada mata kita. Pertama sekali jangan beli yang murah, yang jual dengan harga RM 15 dan boleh guna setahun itu. Itu memang bahaya sebab berkemungkinan lense rejected yang diaorang jual. Kalau mata rasa tak selesa, cepat-cepat jumpa doktor ye kawan-kawan mungkin mata anda tak dapat menerimanya. Jangan paksa mata anda jugak untuk menggunakannya. Sekadar nasihat.





Sekarang tahap kerabunan mata semakin meningkat. Macam mana tak meningkat, asyik menghadap laptop 24 jam. Tapi malas nak tukar cermin mata,tunggu kerja nanti lah. Mata aku nie perlukan bantuan untuk melihat, kalau takde cermin mata atau lense alamatnya monyet pun aku lihat macam orang. Naya wo jadinye.. Susah hidup sebagai rabunness person ni. Pesanan untuk kawan-kawan yang takde masalah mata tu, hargailah mata anda. Dari mata turun ke hati.. hehhe..

Sekian.

Wassalam.


Wednesday 3 October 2012

gadis itu melatah lah...

Assalamualaikum..
ada orang ker? 
ehem2.. 

Kisah ini berlaku pada dahulu kala, iaitu pada semester yang lepas lepas dan lepas lagi. Situasi ini berlaku di dalam bas Unic iaitu bas yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut pelajar dari tempat penginapan diaorang ke fakulti atau kelas masing-masing. Masa kejadian kira-kira tengah hari iaitu masa orang pejabat tengah rehat. ye orang pejabat ada rehat tengah hari. hehehe...

Seorang gadis yang perasan comel dari jauh cuba mengejar bas yang hampir bergerak. Gadis itu menggunakan seluar slack coklat dan blaus labuh oren dan tudung bawal oren. Cara berjalannya memang agak kelam kabut tetapi masih lagi nampak berkeyakinan sebagai seorang pelajar UUM. cewah...

Akhirnya, gadis itu berjaya jugak masuk ke dalam bas. Nasib gadis itu baik sebab bas tersebut tidak ramai orang tetapi malangnya kerusi dalam bas hampir penuh kesemuanya. Tabiat lelaki duduk dalam bas adalah diaorang suka duduk sorang-sorang. ok, maksudnya macam nie. Dalam bas ada dua tempat duduk iaitu sebelah menyebelah, satu dekat dengan tingkap dan satu lagi tidak. Lelaki suka duduk dekat dengan tingkap dan sebelahnya kosong. Begitu juga kerusi yang belakang dan depan semua tempat duduk yang dekat dengan tingkap sudah di conquer oleh lelaki. Hal ini telah memakan ruang dalam bas tersebut.

kira macam ini situasi tu.
lelaki duduk dekat dengan tingkap.

Ok, teruskan story. Naik jer gadis itu dalam bas dia terpinga-pinga dan agak segan untuk duduk di sebelah lelaki-lelaki tersebut. Malangnya bagi gadis itu, tanpa sempat gadis itu duduk. Abang bas yang lagi bergaya telah menggerakkan basnya dan gadis itu terus jatuh tersungkur. gedebukkkkk....... (kira macam tu kot bunyi orang jatuh)

Gadis itu: O MAK ENGKAU!!!! ..

Dengan kuat sekali gadis itu melatah di dalam bas tersebut dan akhirnya gadis itu telah mendapat perhatian seluruh orang dalam bas seolah-olah gadis itu telah memenangi award anugerah wanita popular. Dan ada juga kedengaran orang berbisik 'eh.. budak perempuan itu melatah lah'..

Gadis itu bangun dari tersungkurnya dan terus duduk dan cuba membuat muka seperti tidak ada apa-apa perkara berlaku. Tetapi dalam hati tidak ada siapa yang mengetahuinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu tahap kemaluan gadis itu.

Perkara yang paling menghairankan semasa kejadian tersungkur itu, tiada seorang pun manusia di dalam bas tersebut ketawa. Seolah-olah manusia dalam bas tersebut tidak mempunyai perasaan untuk mengetawakan orang. Sangat ajaib.

Kesimpulannya di sini, kita yang jatuh tersungkur mungkin orang tidak peduli kerana itu normal tetapi apabila kita melatah dan tersungkur mungkin orang akan peduli dan mungkin kurang normal di mata orang. Tempat jatuh lagi lah dikenang, inikan pulak tempat menuntut ilmu. Sekian.


wassalam.


ce teka gadis itu siapa?


Monday 24 September 2012

kisah hati

Assalamualaikum

Entry ini bertujuan untuk menceritakan kisah sekeping hati. Hati sekeping ke? emmmm... entahlah,nanti aku rujuk balik dengan cikgu BM aku.

Hati itu memang dari seawal umur 19 tahun telah melalui saat yang amat menyukarkan dalam hidup. Bermula daripada umur tersebut, hati itu telah merasai kesedihan yang amat dahsyat. Kesedihan disebabkan oleh kehilangan ayah dan ibu  yang tercinta. Kesedihan itu telah menyebabkan hati itu susah untuk menerima perasaan sayang dari mana-mana manusia. Seolah-olah hati itu telah tertutup. Ya, telah tertutup untuk menyayangi sebab hati itu takut jika ia menyayangi seseorang, orang itu akan pergi meninggalkannya. 

Setelah beberapa tahun, hati itu mula menerima ketentuan yang maha Esa. Hati itu mula menerima seseorang hadir dalam hatinya. Hati itu seolah-olah percaya yang orang tersebut akan menjaga hati itu sebaiknya. Hati itu telah dicuri, dicuri oleh seorang yang dicinta. Bahkan pemilik hati itu merelakan hatinya dicuri oleh orang tersebut sebab dia telah mula rasa bahagia.

Setelah 2 tahun hati itu rasa bahagia. Hati itu mula disakiti sedikit demi sedikit. Pencuri hati itu mula menggores hati itu dengan pisau yang amat tajam. Luka yang di alami oleh hati itu diubati oleh pemilik hati dengan penuh kesabaran. Hati itu sembuh dengan sendirinya.

Sekarang, pencuri hati telah melukakan hati itu lagi dengan pisau yang amat tajam dan menusuk pisau sedalam-dalamnya sehinggakan hati itu sudah tidak mampu bertahan dan bersabar lagi. Luka di hati itu membuatkan pemilik hati menangis sepanjang malam kerana dia merasakan dengan tangisan, hati itu mampu memaafkan si pencuri hati itu tetapi sayang hati itu amat degil untuk memaafkannya.

Akhirnya,hati itu telah dikembalikan kepada pemiliknya itu kembali. Sekarang pemilik hati itu sedang cuba untuk  mengubati luka-luka yang ada dalam hatinya. Bilakah hati itu akan sembuh? Adakah memerlukan masa yang lama? Atau ada lagi si pencuri hati yang lain yang cuba untuk mencuri hati itu kembali? Hanya masa yang menentukan segalanya.

Sekian saja kisah hati.

Harap tak sakit hati bila membacanya.



cara mengubati hati yang telah disakiti...


wassalam.

Friday 21 September 2012

ibu, ayah.. kenapa buat saya begini?



assalamualaikum
Dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa. Sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..." 9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia. Oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia. Sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya. Tapi takper la, penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak. Saya percaya itu. Hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perutnya. Saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi. Semalam ibu sakit perut.

Ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya, ibu terpaksa sakit perut segala..." tapi apa kan daya mulut saya belum terbentuk sempurna. Tapi kan saya sungguh pelik. Kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung? Tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut. Oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perut agaknya...
Malam nih ibu tidur lewat. Ibu tunggu ayah barangkali. Mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan? Sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam. Ibu..... saya sejuklah. Tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah. Takper, saya rela bersejuk. Sampai 2pagi baru ayah datang. Dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.
Kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perut, mana boleh ngorat. Tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah. Bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise. Romantiknya ibu ayah saya!! Mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.

Tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.
Cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perut ibu. bergegar saya dalam perut ibu.
Apa nih ayah, saya sakit lah. Belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.
Saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat. Tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham.... Then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.
Ayah tolak. Aik, takkan dorang nak beromantik kat sini kot? Ganasnya ibu ayah saya. Tiba-tiba ayah pijak perot ibu. Adoi sakitnya saya!
Ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. Jom lah kita kawin..." Ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.
Yer la, saya pening di sepak terajang. Tapi kenapa ayah buat saya macam nih?
Kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?
Kenapa...................

Lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi. Ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek. Ibu duduk dengan kawan dia. Aunty Mira kot nama dia.
Saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas. Saya sakit tau bila ibu minum air nenas? Tapi... ibu sayang saya. Jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.
Tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis. Pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis. Saya tak paham lah kenapa. Kenapa yer korang?
Makin lama, saya makin besar. Ibu dah tak penah keluar rumah.
Yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat. Jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidur.

Saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis. Mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!
Nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu.. Oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang. Dia tengok ibu. Dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia. Ohh, rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh. Mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu. Sukanya saya.
Saya ingat ayah benci saya tadi. Ayah nih pandai bergurau lah. Tapi ayah tak duduk lama pun. Ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.
Ayah tak pegang pon saya. Mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.

Tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe. Dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat. Saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perut ibu.
Saya rasa saya nak keluar. Saya dah hint ibu banyak kali dah.
Saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil? Kenapa ibu tak pergi hospital pon? IBU, SAYA NAK KELUAR NIH..... ibu mengerang dan meneran kuat.
Saya nampak aunty Mira duduk tepi katil dan biar ibu terus meneran dan keluarkan saya. Aunty Mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..." dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.
Kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan? Maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu. Saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik. Itu janji saya pada ibu.... dan ayah. Aunty Mira letakkan saya dalam kain batik. Ape la aunty nih mandi kan la saya. Tak seronok lah ada darah-darah nih. Karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya. Ibu dah la tengah terbaring sakit.

Wah indah nya dunia. Ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga. Akhirnya saya terkeluar juga. Nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas. Tiba-tiba ayah datang. Ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..." ibu tersenyum dalam sakit. Ayah angkat saya laju-laju . Rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe. Ayah bawak saya keluar rumah.

Ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak. AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU. Dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor. Tapi ruang yang terbuka cuma kecil. Ayah tutup saya dengan beg kerjanya. Sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan. Saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok. Tak sabarnya di peluk, di cium.... dan ayah berenti di satu rumah flat. Mungkin nenek dan atok saya duduk sini. Ayah bawak saya naik atas, guna tangga. Kenapa tak guna lif ayah? Saya kan berat kesian ayah. Nanti saya balas jasa ayah yer. Sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga. Sunyi tempat tu.
Mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi. Ayah ni kan...... ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi. Ayah ikat semua sekali. Sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.
SAYA BELUM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.
SAYA BELUM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.
SAYA BELUM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.
SAYA BELUM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.
AYAH...................

Dan saya rasa saya tercampak jauh..
Berlegar-legar sebentar sebelum terus jatuh mencium tanah.
Sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok. dan sampai ke tanah............. Mungkin saya di takdirkan untuk hidup hanya setakat ini. tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing. Kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH AYAH KU.......
TAPI.............
APA SALAH SAYA?
KENAPA INI NASIB SAYA?
AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIDUP MELIHAT DUNIA?
BERTAPA INGIN SAYA HIDUP MEMBALAS JASA?
BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?
BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDUP BAHAGIA?
AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!
SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.
SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.
SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.
MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.
JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDUP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.
AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.
KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...


gambar by Google.


buat renungan kita bersama copied from facebook.com

Sunday 9 September 2012

semester 7

Assalamualaikum. 

Pembukaan semester baru di UUM, di awal semester ini telah mengalami dugaan yang maha hebat. Yang akan menentukan masa depan aku sebagai pelajar universiti. Wanita apabila didatangi sesuatu  masalah mereka akan memikirkan terlalu mendalam masalah tersebut sehinggakan kadang-kadang perkara yang tidak logik akan muncul di kepala otak orang yang bernama wanita.

Perkara yang aku tengah fikirkan sekarang.
Aku tengah fikir..
Apa akan jadi kalau aku tak dapat nak add subjek tu?
Kalau tak dapat add aku terpaksa extand sem pulak?
Mana aku nak dapat duit?
Mesti aku lambat nak konvo?
Mesti orang duk tanya kenapa lambat konvo?
Siapa pulak teman aku nanti kat sini, semua budak junior?
Aku nie dah duk jauh, takkan nak kena mai sini semata-mata nak habiskan 1 sem sebab satu je subjek tak ambik lagi?
ape yang perlu aku buat sekarang???????????????????????????????????????????????????????????????
???????

Tengok betapa banyak persoalan dan perancangan yang aku telah buat, pokok masalahnye disebabkan aku tak boleh add satu subjek dan lecturer tu agak strict dalam pengambilan jumlah pelajar dalam kelasnya. Sangat risau sekarang.

Sampai makan, mandi, tidur, kemas barang semua terbayang dan terfikirkan masalah tu. Hanya mampu berdoa supaya tuhan lembutkan hati lecturer tu untuk terima aku masuk kat kelas dia dan akhirnya aku dapat menghabiskan semester aku.

Tolong doa jugak ye kawan-kawan.

wassalam.

Thursday 23 August 2012

ucapan raya..

Assalamualaikum...


Aku tahu sekarang dah raya kelima.. tapi aku baru jer nak ucap selamat hari raya. Begitu terlambat nya.. maaf sangat kawan-kawan blog.. saya telah menganak tirikan ada semua.. saya sedia menerima hukuman apa adanya... hehe..

Tak kisah lah.. raya ke lima ke .. raya ke 10 ke.. aku tetap nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua kawan-kawan yang mengenali diri ini. Tak kira di mana anda berada, yang jauh dan yang dekat. Yang pernah berjumpa dan tak pernah berjumpa.. Maaf atas segala salah dan silap..  kosong kosong lah kite yer...

setakat nie jer lah.. nanti aku update entry yang lain pulak.. harap sabar lah menunggu entry yang seterusnya lah ye... 


wassalam.

Wednesday 11 July 2012

ketinggalan

Assalamualaikum.

Lamanye tak mengupdatekan diri di blog. Kasihan my blog. Ala bucuk bucuk sayang.. meh sayang mama meh..ishk cik nor, ko ingat blog ko nie baby.. mentang-mentang cuti nie kerja ko jaga baby jer.. hehehe.. sukenye kite.
Aku ingin memaklumkan yang aku sudah berada di kampung. Kampung ku yang berada di Sarawak bumi kenyalang. Selepas hampir setahun baru dapat balik ke kampung dan ke rumah. Kesiannya saya...

Kalau nak pi kampung aku nie, hendak ke tak anda kena guna naik kapal terbang. Bagi sesiapa yang takut nak naik kapal terbang terpaksa naik. Kalau tak naik kapal terbang, naik kenderaan apa lagi. Nak naik kapal laut 5 bulan tak tahu lah korang akan sampai ke tak.

Tergendala pulak penulisan entry aku ini disebabkan pak su aku nie. Ganggu saja.. . hehehe..
ok sambung balik....

Sebenarnya, aku nak menceritakan kisah aku tertinggal kapal terbang tempoh hari. Tak pernah berlaku inilah pertama kali. Memang pertama kali. masuk Universiti je naik kapal terbang. Sebelum nie tak pernah pun.

 korang tengok masa yang dekat booking flight aku nie. Tersilap tengok masa dekat situ menyebabkan aku terlepas dan tertinggal flight. Flight yang pukul 9.00 malam aku sangkakan 10.00 malam. Sampai je kat airport jam dah masa tu dah pukul 9. Check in jer, mak cik aku hairan masa berlepas aku pukul 9.. aku sendiri pun naik hairan. Bila check balik memang betul flight aku dah terlepas. Tapi kira aku memang bernasib baik sebab masa tu pak cik dan mak cik aku ada lagi masa tu. Jadi tak lah terasa sangat aku terlepas flight, jadi diaorang lah yang tolong urus dan booking flight yang baru. Akhirnya flight aku telah delay selama 5 hari, orang selalu delay beberapa jam tapi aku sampai 5 hari. Memang terbaik....

Selain terkilan sebab tak dapat balik pada hari yang sepatutnya. Aku juga terkilan apabila terpaksa mengeluarkan duit yang banyak. Terketaq-ketaq aku keluarkan duit dalam dompet secara on the spot tu. Nasib baik lah duit cukup. Kalau orang lain memang tak banyak duit yang berjumlah RM 236. Bagi aku sangat banyak itu duit. Boleh beli baju raya you all....

Perkara yang dah lepas tak payah dikenangkan kawan-kawan. Apa yang penting? ... aku dah sampai kat kampung dan yang paling best cuti sampai raya. Aku just anggap ini sebagai pengalaman. Orang selalu bagitahu pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Jadi aku sedang belajar berkenaan kehidupan sekarang.

Perkara yang paling awsome, apabila sampai ke Kuching Airport. Kawan- kawan yang awsome telah menjemputku di airport. Lepas tu, terus dia orang bawa aku ke Kuching Sentral yang baru siap dan aku baru tahu kewujudannya. Lepas tu balik rumah....


dari kiri: nurul, mimi, penulis (cewah..) dan tasha

 dekat kuching sentral 
yang di sebelah adalah wawa



ini lah budak yang tertinggal flight hari tu.


SEKIAN.

Wednesday 20 June 2012

6 + 1 Forever Young

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan,pembaca blog yang comel-comel dan kacak-kacak. Sihat? Kalau sihat. Alhamdulillah.. Pejam,celik, pejam dan celik balik dah 3 tahun dah menetap di bumi kedah nie. Aih, menetap ke? Yelah, kira menetap lah tu lama kot duduk sini. Sepanjang aku duduk di kedah nie dan lebih spesifik lagi tempatnya UUM yang tercinta. Aku telah memiliki kawan-kawan yang banyak mengajarku cara buat assignment, buat facebook, kawan-kawan untuk bercuti, untuk ajak makan dan yang lebih awesome adalah untuk shopping. hahahaha... mengarut ok... Sebenarnya, kawan-kawan yang banyak mengajarku erti kehidupan yang sebenar. Kawan-kawan yang boleh mendengar masalah kita jika kita bermasalah,kawan-kawan yang akan cepat menyedarkan kita jika kita buat salah dan banyak lagi gunanya kawan nie. Kira dekat UUM nie, setakat ini mereka lah kawan terbaik dan kami telah menggelarkan diri kami geng 6 +1 forever young. hehehe...



Kenapa 6 + 1 forever young? why? 
Ceritanya macam ini...
cecite..cecite...
yelah, nak cerita lah nie...
sebelum tu, korang tengok video dan dengar lagunya.. nak ambik feel..


Nama nie ditubuhkan kira dalam semester 6 nie jugak. Masa tu kami merancang nak jalan-jalan pusing kedah. Kira tak lah satu kedah, setakat Jitra dan Alor staq ja.. Rancangan jalan-jalan kami rancang dengan penuh teliti dan siap lantik ahli jawatankuasa lagi. emmmm... nanti lah aku cerita pasal program tu next entry. Panjang sangat nanti kalau nak cerita semua kat sini. Kira dipendekkan cerita, 6 tu disebabkan ada enam orang yang sama umur dan sama tahun lahir dan + 1 tu sebab ada seorang yang tak sama umur dan bukan tua ok, kira lahir lebih awal ..(jgn marah kak su na....). Lepas tu forever young tu, kami letak sebab kami nak diri kami nie sentiasa muda walaupun umur semakin bertambah tapi kami ingin menjadi seperti kanak-kanak apabila bersama. Dan lebih mudah kami ingin perasan muda. hahaha....

ok.. meh aku kenalkan antara geng 6 + 1 forever young nie.. Antaranya adalah........

Nama penuh: Azatul Samsida Sulaiman
Nama orang panggil: Aza atau syida
Asal: pahang

Wanita di dalam gambar di atas adalah roomate aku daripada semester 1 sampai semester 6 dan dia dah nak habis dah. Jadi dia akan tinggalkan aku sorang-sorang kat uum nie. Tapi takpe aku akan cari roomate baru..ape de hal.. hehehe.. Ingat lagi masa mula-mula masuk bilik lepas mendaftar masa semester 1, mak die yang kenalkan die kat aku. Die pulak sibuk main dengan anak-anak buah die. Sombong masa tu.. ces... hehehe... 

next......

Nama penuh: Humaira binti Mohd Toha
Nama orang panggil : ira atau myra
Asal : johor


Budak atas nie, aku tak ingat macam mana aku boleh rapat sangat. Mungkin sebab dia rapat dengan roomate aku tu yang kami jadi rapat jugak. Selalu ejek mengejek tapi die selalu buat muka comel dan blur jadi kira lebih senang cakap budak nie takde perasaan nak kecik hati. Kalau nak suruh die bercerita silakan sebab anda akan dengar cerita die sampai esok pagi sebab budak nie suka bercerita. Dulu masa sekolah die pernah masuk pertandingan bercerita kot. hehehehe... (jangan marah ye dak....)

next..

Nama dalam ic : Norfakhara binti Dor Ahim @ Abdul Rahim
Nama orang panggil: farah
Asal : perak

Wanita di atas sudah dimiliki hatinya... oppssss.... hehehe.. Farah sering dikaitkan dengan pertanyaan padia??? bermaksud apa die.. kira dibunyikan dalam loghat kedah lah. hehehe.. aku pun tak tahu kenapa pertanyaan tu dikaitkan dengan dia. Memiliki semangat kental yang tinggi. Kalau kite orang malas nak study die akan bersedia dengan nasihatnye. Tapi kawan-kawan nye ini terutama sekali aku akan pura-pura tidak mendengarnya. 

next....

Nama penuh: Sofiah binti Ghazali
Nama orang panggil: Pia
Asal: Kedah

Budak atas ini adalah roomate kepada ira. Melukis adalah hobinya. Perkara yang paling aku suka adalah die suka memahatkan namanya di setiap benda milik peribadinya. Mangsa buli aku yang paling penyabar. Aku ingat lagi, aku buli budak nie sampai die menangis. Aku pulak rasa bersalah. Lepas tu aku tanya die.. 
'Ko kecik hati dengan aku ke, pia?'
jawabnye.."dok eh, aku ingat dgn mak aku ja.."
korang tengok betapa penyabarnya die dan betapa jahatnya aku... hahaha..

ok.. next...

Nama penuh: Zaiton binti Mohd Noor
Nama orang panggil: zai atau eton
Asal: kelantan

Ini bodyguard kami. Takde siapa yang boleh kacau kami. Korang mesti ingat die garang kan. Ye die memang garang. Garang sangat kepada orang yang bukan muhrimnya. Lelaki lah.. Aku pernah baca satu artikel kat mana aku tak ingat. Wanita yang garang dengan lelaki yang bukan muhrimnya akan manja dan setia kepada suaminya. Jadi, fikir-fikirkan lah. hehe... Zai yang sangat suka memasak dan yang penting aku dan die memiliki hobi yang sama iaitu baca novel. hahaha...

dan next.....

Nama penuh: Noor Syuzana bt Shuib
Nama orang panggil: kak su atau yana
Asal: kedah

Wanita di atas adalah kakak kami. Perangai die memang sentiasa muda. Memiliki JBQ yang sentiasa menjadi tumpangan kami di kala memerlukan. Jenis tak kisah diri die asal boleh bantu orang. Macam slogan pembimbing ' Bantu diri, untuk bantu orang lain'. hehe.. Perangai yang paling aku suka adalah suka makan. Die juga partnership dalam perniagaan aku. Perniagaan adalah........... hehehe...

dan terakhirnya adalah.......

korang kenal minah nie????
anda pikiq lah sendiri..
hehhe..

Semua negeri ada, 1 Malaysia katakan.. Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan. 

Selama tiga tahun nie, banyak sangat kenangan yang dah tercipta. Tapi kebanyakan kenangan tu semuanya manis manis belaka. Masing-masing mempunyai perangai yang berlainan tetapi perangai yang berlainan inilah yang menyebabkan kami saling melengkapi antara satu sama lain. 


kenangan masa sem 1
dengan kak su masa nak pergi kelas
dan dengan farah dan syida masa nak keluar pergi changlun.
biasalah hobi yang suka shopping.


kenangan masa sem 2
naik punca vista di petang hari
tengok zai kalau bergambar selalu tak tengok kamera.
hehehe...


 masa nak makan pizza dekat jitra
ada jugak yang tiada di sini

 kegilaan kami masa sertai Sukan Siswi
semua sporting, tak malu dan tak segan bersenamrobik yang menyebabkan kolej
eon juara. best wei...

 kafe eon (nongka kesayangan kami)
beli makanan pun sempat bergambar da..

masa sambut raya blok frankfurt.
kenangan sem 3..



 masa dinner blok f masa sem 4


 masa nie kami tidur rumah kak su dan berpeluang jalan-jalan di alor star
dan tengok wayang
dan makan kat kfc
yang tragis nye bila nak balik ke UUM kami terpaksa meredah banjir besar.
Perjalanan yang sepatutnya 2 jam, kami terpaksa ambil sampai 5 jam.
penat wo duduk berhimpit 1 kereta.
tapi itulah kenangan.

dengan pia balik dari jalan-jalan petang.
 kenangan sem 4




 gambar semasa program CEDI di
Gunung Jerai.



 masa nie kami nak beli hadiah hari jadi untuk
roomate tersayang
aza the ketot. hehehe..



 selepas men 'sauna' kan diri
kami pura-pura berlari dan menyihatkan badan
tapi lepas tu singgah MiSC beli chezzy wedges dan nasi lemak
terbaik!!!


lepas kelas psikologi
masa nie semua pakat-pakat nak ambik elektif bebas program 'psikologi'
kecuali
cik farah.

kenangan semester 5


 masa program
Jom Terokai Kedah
korang perasan semua baju sama
nak jadikan baju tu sebagai kenangan
kalau dah tak muat nanti suruh anak cucu pakai

 yang nie pulak masa dinner blok frankfurt untuk tahun nie
kira dinner last kami
semua nangis2 masa nie.
yang tak boleh tahan tu ada orang tu tahan nangis dan buat2 gelak
hehehe..

 masa jalan-jalan langkawi hari tu
best sangat tapi sorang jer takde
sofiah
die kate tak nak pi sebab nak pi masa honeymoon nanti.
Honeymoon die nanti kami nak ikut


 gambar guna henset baru farah
muka yang wajib ada dalam gambar
lebih-lebih lagi budak pakai baju coklat tu
sampai aku pun tak tahu henset tu henset farah ke henset die
muka die je banyak.

masa dinner EFC
Vanila coklat.

kenangan semester 6 kira sem last

Semester 6 nie kira last bagi syida, kak su, pia, ira dan zai. Tinggal aku dengan farah je lagi ditinggalkan berseorangan terkontang-kanting sendirian. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana sem depan tanpa korang semua. Macam tak lengkap jer rasa. 

Banyak sangat kenangan tercipta sehingga aku tak mampu ungkapkan dan coretkan di sini. Biarlah semua kenangan itu menjadi memori untuk kita. Jangan lupa 3 tahun akan datang. Reunion untuk semua geng 6 
+ 1 forever young kite rancang hari tu. Jangan tukar nombor phone dan selalu juga buka facebook. Kalau ada baby masa tu jgn bawa baby, biar suami yang jaga. Kita nak jadi muda masa tu. hehehe...

Harap kita kawan sampai bila-bila. Jangan lupa aku taw kawan-kawan.. Nanti kalau dah ada anak aku nak jodohkan anak-anak aku dengan anak-anak korang supaya hubungan kita tak putus. hahahaha.....

Sampai sini saja.
enjoy baca coretan ini.


wassalam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...