Monday 27 February 2012

puteri gunung jerai (full)

ASSALAMUALAIKUM

Hai Pembaca yang comel2 & macho sekalian,

Entry kali ini adalah sambungan entry yang sebelum ini. Aku ada habaq kat hangpa semua pasai entry yang banyak gambaq kan? YA, benar.. entry kali nie memang banyak gambar. Mungkin selepas habis membaca entry nie korang akan muntah gambar. siapa tahu kan.. HAHHAHA... (ok, tak lawak)

Sebenarnya,aku nak cerita pasal pengalaman aku dan kawan2 pi Gunung Jerai yang menarik,tertarik dan d'boom. Peristiwa ini sebenarnya berlaku pada semester lepas sebelum final exam. Tarikh berlakunya aku tak berapa ingat. Maaf lah ye...

Ceritanya macam nie, ada seorang kakak senior tu telah mengajak aku untuk join program yang CEDI UUM anjurkan. CEDI ini adalah singkatan bagi Co-operative and Entrepreneurship Development Institute yang bertujuan untuk melatih dan menerapkan budaya keusahawanan kepada pelajar UUM. Program ini telah di anjurkan di Gunung Jerai iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Dan yang paling penting, tiada bayaran dan semuanya di tanggung oleh pihak CEDI UUM. syok kan?? hehhee..

Aku telah mengajak 3 lagi kawan aku untuk ikut serta sekali. Shida, Farah dan Ira telah menjadi follower aku dalam program ini. Kawan-kawan aku pulak telah mengajak 3 lagi kawan-kawan mereka dan kawan-kawan mereka ajak pulak 3 lagi kawan-kawan yang lain hihhhi.. ingat MLM main ajak-ajak orang, sebenarnya 3 orang minah nie jer ikut aku.

Program atau kursus ini telah diadakan selama 3 hari, 2 malam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti jungle tracking, angin malam, perbincangan kumpulan dan ceramah yang telah banyak memberi input kepada kami.

Aku malas nak taip banyak-banyak. Korang tengok lah sendiri gambar-gambar yang ada ye. Setiap gambar tu aku akan terangkan apa yang berlaku sepanjang program. Bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu. Bak kata Cik Nor pulak setiap gambar ada cerita. hwa hahahha...

Sebelum bertolak. buat aksi terlebih comel 
dulu.





dalam bas. Gunung Jerai, kami nak menyerang!!



baru setengah jam perjalanan.
tidur dalam senyuman.






selamat datang ke Gunung Jerai!



kedatangan kami dialu-alukan oleh kabus. 
kabus pada pukul 2 petang.






aktiviti bergambar. 
KAMI MEMANG GILA BERGAMBAR.


hari kedua.
kesejukkan yang melampau.


dari kiri: ira,shida @my rumet, me and farah






 aktiviti main belon.




 wanita & cermin tak boleh dipisahkan.





ter 'over' pulak senyum.



my lovely roomate.




kembar siam.




hari last yg awsomeeeee!!!



 daki gunung time!!







 pemandangan dari atas gunung jerai.
pulau pinang boleh nampak.


 tengok yang dibulatkan. tapak kasut tertanggal membuktikan kegigihan aku 
mendaki gunung. hua hua hua..










dah nak balik dah. 
bawa balik 2 orang kembar puteri gunung jerai.
hehhehe...



Kenangan di Gunung Jerai memang tidak akan dilupakan dan akan berada dalam ingatan sampai bila-bila. Terasa macam nk pi semula ke sana tapi kena buat program sendiri lah. Honeymoon ke?... 

Sampai di sini saja coretan kali ini. Jumpa lagi di entry yang akan datang.

p/s : Betulkan apa aku dah habaq kat hangpa semua yang entry  nie banyak gambaq. ada rasa mual-mual    ke, pening-pening ke jumpa lah doktor ye. hehehehe..

  

GOOD LUCK


WASSALAM.



Thursday 23 February 2012

Puteri Gunung Jerai begin..

ASSALAMUALAIKUM

Hai pembaca yang TERBAIK..





Entry yang banyak gambar akan menyusul.... nantikan...



Monday 20 February 2012

Jiwang Punyer..

ASSALAMUALAIKUM

Di awal pagi sebelum subuh ini,aku telah titipkan lagi entry yang baru. Wah.... betapa rajinnya aku, aku rasa blogger yang fofular pun tak serajin aku menaip entry hampir setiap hari. Tak kisah lah.. asalkan aku bahagia. hehhehehhe....

Penyakit tak boleh tidur ku menyerang lagi. Selepas membaca novel Suara cinta kita karya Erisya Riftha mataku tidak boleh tidur. Sedangkan masa sekarang telah menunjukkan pukul 5.00 pagi, dan sepatutnya aku telah dibuai mimpi indah tetapi entah mengapa malam ini. Setelah penat bertarung nyawa untuk memejamkan mataku, aku akhirnya 'give up' dan terus menapakkan kaki ke meja belajar dan terus meng 'ON' kan laptop kesayangan ku.

Aku godek-godek isi di dalam laptop ku sehingga aku menjumpai satu folder yang bertajuk lain2. Aku terasa tertarik dan terus membukanya dan ternampak satu microsoft word yang bertajuk SEKADAR CORETAN. Apabila aku membuka isi kandungannya aku mengalirkan air mata lagi setelah sekian lama. Rupanya SEKADAR CORETAN ini adalah surat yang aku titipkan buat kekasihku yang berada jauh di mata tapi dekat di hati iaitu..... biarlah rahsia....

Surat ini aku telah emailkan kepadanya masa mula-mula kami bercinta lebih kurang 2 tahun yang lalu. Aku yang memang susah menceritakan sejarah silamku kepada orang lain telah menjadikan surat ini sebagai pemudah cara supaya kekasih hatiku lebih mengetahui kisah hidupku. Aku berharap pembaca blog ku ini tidak mengeluarkan air mata setelah membaca surat yang bertajuk SEKADAR CORETAN ini.


Inilah isi suratnya.....

Sekadar coretan…

Abg..
Malam tadi ayg menangis lagi
Menangis sebab rindukan mak dan ayah
Abg toksah risau sebab ayg memang selalu  mcm nie
Terlalu sensitive
Yelah siapa yg tak syg mak dan ayah kan..

Abg..
Ayg luar je nampak kuat tp sebenarnya ayg lemah
Lemah dgn dugaan Allah
Besar ye dugaan yg Allah bagi kt ayg
Dlm umur 21 tahun ayg dah kehilangan tmpt ayg bergntg hidup
Rasa mcm dunia dh takde erti je bagi ayg

Abg..
Masa ayg form 6 mak dh mula sakit ayg terpaksa ulang alik kt hospital utk jaga mak
Ayg dh puas dh tgok mak menderita
Doktor cucuk sana sini kt badan mak
Ayg yg normal nie terasa mcm badan ayg pulak kena cucuk
Setiap kali lepas smbhyg ayg selalu berdoa supaya sembuhkan emak
Ayg berharap sgt2 mak sembuh
Ayg tak sabar nk jalani hidup mcm dulu2 tgok mak bercakap dgn ayg
Tgok mak ketawa dgn kuat,mak masak dgn kita org
Semuanya lah..
Tp ayg tgok mak dh mcm makin truk je
Badan makin kurus
Dan yg paling teruk mak dah tak boleh berjalan
Hanya baring je atas katil
Ayg dh mula putus harapan
Ayg dh tak larat nk tgok mak menderita
Ayg ingat lagi suatu malam masa tu malam jumaat
Ayg pernah doa kt Allah yg supaya cabut nyawa mak
Ayg dh tak mampu nk tgok mak menderita
Jahat ayg kan abg
Tp  Allah maha kuasa abg
Doa ayg tu dimakbulkan
Mak pergi juga dari hidup kami
Pergi buat selamanya..

Abg..
Masa itu memang ayg jadi lemah
Sebab mak adalah kwn ayg yg paling rapat
Mak tempat bercerita mslh
Mslh boyfriend pun ayg cerita dgn mak
Tp sekarang ayg dh tak ada tmpat utk berbual dh kat rumah
Sunyi je rasa rumah
Masa itu lihat ayah pun selalu je termenung
Mungkin dia sunyi kot sbb teman utk berbual dah takde
Kesian tgok ayah




Abg..
Cerita pasal ayah pulak
Ayah terlalu cintakan mak
Sudah ditakdirkan dia akan pergi mengiringi mak bersama
Agung cinta mereka kan abg
Kalau lah cinta kita mcm tu jugak
Ayah  meninggal  sebab sakit jntung
Meninggal mengejut masa tu di awl pagi
Ayg  tak sangka yg ayah pun akan pergi tinggalkan ayg
Sebab ayg ada impian bersama ayah
Ayg impikan yg ayah akan datang konvo ayg nnti
Masa konvo nanti ayg nk bawa ayah pusing2 kedah
Pergi langkawi kalau boleh
Sekarang impian itu tinggal impian
Ayah tak sempat nk tgok ayg pegang ijazah yg dia nk tgok dulu
Entah siapa yg akan datang masa majlis konvo ayg nanti kan abg
Nk suruh nenek dan atok mereka dah tua tak larat nk jalan jauh
Kesian pulak tgok nanti

Abg..
Dulu abg pernah tanya ayg yg pasal duit simpanan ayah
Duit simpanan ayah tak banyak mana pun abg
Tak sampai beribu pun
Sebab duit tu dh habis  sbb nk hantar ayg smbung belajar kt sini
Itu pun tak cukup dan terpaksa pinjam duit dgn nenek sbb masa tu nenek dan atok dapat duit tanah dari kerajaan
Sekarang nie ayg kira ada hutang dgn nenek lah
Tp nenek tak kisah
Kalau ayg dh ada kerja nanti ayg boleh byr balik


Abg..
Ayg dh puas hidup susah
Ayg  tak sekaya mana pun
Ayg ada rumah itupun tak berapa nak siap sebab ayah tak smpat nak siapkan
Ayg mmg bukan org senang pun
Dkt rumah hnya ada motosikal je
Dgn motosikal itu lah ayah hntr mak gi hospital
Dgn motosikal jugak lah ayah hntr ayg ke asrama
Dgn motosikal jugak lah ayah ambik ayg dekat airport bila balik cuti
Ayg dh biasa naik motosikal
Cuma ayg tak pandai nk bawak je
Ayg ingt lagi suatu mlm di awal tahun form 6
Ayg dilantik jadi pengawas sekolah
Pengawas sekolah  kena pakai kasut hitam
Ramai dh kwn2 pengawas yg lain dh beli tp ayg je tak beli lagi sbb masa tu ayah belum gaji jadi ayg terpaksa lmbt beli
Balik je ayah kerja petang tu ayah terus ajak ayg pergi beli kasut tu
Ayg ape lagi suka lah
Masa tu arwah mak sihat lagi dia cakap jgn pergi malam nie sbb nk hujan
Tp ayah ckp kalau tak malam nie nanti takde masa nk beli lagi
Dia ckp kesian kt nor xde kasut katanya
Ayg dgn ayah pergi jugak mlm tu
Dgn motosikal je lah
Tak sampai kedai kasut pun lagi hujan dah turun
Masa tu hanya ada satu je baju hujan ayah suruh ayg pakai
Ayg pakai lah
Mmg masa tu hujan agak lebat dan
Ayg ingt lagi masa atas motosikal dan belakang ayah itu jugak lah yg ayg berazam yg ayg akan ubah nasib keluarga
Ayg nk beli kereta utk mak dan ayah
Ayg tak nak diaorg hidup susah
Byk sgt azam yg ayg tanam masa tu
Tp azam tu dah berkubur bersama arwah mak dan ayah
Mereka tak sempat nk tgok ayg berjaya
Ayg rasa mcm takde makna je kalau ayg terus belajar
Tp bila ayg fikir2 balik ayg masih ada adik2
Adik2 yg perlukan ayg

Abg..
Susah rasanya nk galas tggjwb sbg ayah,mak,kakak dan seorang pelajar
Banyak benda yg ayg perlu fikir
Baru ayg tahu mcm mane sushnye ayah kita nk cari duit utk bagi kita makan
Baru ayg tahu mcm mana susahnya nk fikir perangai adik2 yg byk karenah
Sush sgt
Tp ayg harap ayg kuat tanggung semua ini
Ayg harap ayg  mampu dan harapan ayg adanya sinar kebahagiaan utk ayg nanti
Setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmah nye kan
Harap hikmah nye nanti bahagia  
                                                                                                                                                         
Abg..
Mesti abg hairan kan kenapa ayg tulis semua nie
Ayg  Cuma nk kongsi se bahagian hidup ayg dgn abg je
Sebab ayg terlalu syg kan abg
Syg sgt
Dulu mmg ayg takut nk syg org
Sebb ayg takut org yg ayg syg akan  hilang jugak di mata ayg
Tp sekarang apa boleh buat perasaan tu dah tak boleh nk sembunyi dah
Ayg doakan hubungan kita nie kekal smpai bila2
Walaupun agak sukar sbb masing2 jauh
Tp kehendak Allah kita tak tahu kan
Kita hnya mmpu berusaha utk kekalkan hubungn nie smpai bila2
Ayg berharap…


Sekian.

*Al-fatihah utk arwah mak dan ayah


Begitulah isi suratnya. Aku harap korang tak rasa geli geleman bila baca perkataan Abg = Abang dan Ayg = Ayang, biasa lah orang bercintun kan. Dengan hadirnya warkah SEKADAR CORETAN ini kira terjawab lah segala kisah hidupku. Life Must Go On. Aku harus tabah. Allah sayangkan aku, tu sebab DIA duga aku macam nie. 

Kalau ada sesiapa yang baca entry nie, rasa tak selesa nak baca sebab terlalu jiwang. Aku tak kisah asalkan aku boleh luah apa yang aku rasa sekarang.

PEACE NO WAR

wassalam.



Sunday 19 February 2012

kemas dan mengemas

ASSALAMUALAIKUM

Hai pembaca yang budiman,

Kita bertemu kembali dalam rancangan coretan cik noradika yang awwwwwsomeeeeeeeeeeeee.....
(mata ke atas tangan di bahu)

credit by: incik google
Dewan Muadzam Shah,UUM



credit by: incik google jugak.
Dewan Penginapan Pelajar Eon
tempat penginapan pelajar termasuk cik nor.


Aku telah selamat sampai di Universiti Utara Malaysia,US. Seperti gambar di atas, kira korang boleh teka aku berada di mana.. hahhahaa...
What means US..bajet lah sangat United Stated... tp sebenarnya Utan Sintok. Saja je nk merasakan diriku ini begitu berharga.hua hua hua (gelak jahat)

Sebenarnya nak bagitau yang aku telah selamat sampai di UUM dan akan meneruskan pengajian di semester 6.  Kira aku nie dah boleh digelar senior. Senior kot.. cik nor anda perlu berbangga tapi kenapa aku takde pun terbit perasaan bangga. why? lupakan pasal hal tu nanti kita cerita lebih panjang di entry yang seterusnya.

Nak bercerita berkenaan tabiat buruk aku setiap awal semester dan hujung semester adalah mengemas, menyimpan dan memasukkan barang-barang segala harta peribadi ku di dalam pantry apabila tiba hujung semester. Apabila masuk semester pula terpaksa mengeluarkan balik dari pantry untuk dimasukkan dalam bilik. Korang boleh rasa tak macam mana perasaan aku sekarang. Korang tahu lah barang perempuan bukannya sedikit. Tudung dah satu beg, belum yang lain lagi. Betapa penatnya.

Semester nie bertambah pula masalah untuk mengemas bilik sebab bilik yang diberikan kepada aku dan roomate adalah bilik yang BESAR PUNYA!! Sampai kite orang tak tahu nak decorate macam mana supaya tak nampak kosong. Takkan kiteorang nak panggil Eric kot.. hehehe..

Hampir separuh nyawa aku cuba untuk menghabiskan aktiviti mengemas bilik dan akhirnya aku berjaya.
Korang lihat sendiri hasilnya. Aku tak masukkan keseluruhan ruang bilik sebab aku takut korang jealous. hahhaha... tak de lah.. yang lain tu biarlah rahsia... 

nie bahagian katil. biar simple asal pink & selesa.



rak buku dan makanan. stok makanan takde lagi sebab PTPTN belum masuk. 
hehhehe..



hobi aku. membaca.. terutama sekali novel melayu. buku pelajaran takde lagi sebab 
kelas pun tak masuk lagi.



tampalan di dinding untuk menutup segala kecacatan di dinding.
kata-kata semengat dan gambar-gambar kenangan.



meja study yang masih suci dari noda. kalau dah banyak kerja nanti korang 
tengok lah meja nie macam tsunami. hehhe..

Tepuk tangan korang semua dan ucap tahniah cik nor. hehhe... yelah.. bukan senang kot nak mengemas. Dan sekarang aku boleh berbangga dengan diriku sendiri. Alhamdulillah..

ok lah.. malas menaip banyak. kita jumpa lagi di entry yang seterus dan seterus dan seterusnya... 







WASSALAM.

Tuesday 14 February 2012

Aku penonton setia TV3

ASSALAMUALAIKUM..

Hai pembaca sekalian,

Cuti semester yang tak berapa panjang nie aku telah menghabiskan masa menonton TV. Kalau boleh ku tatap muka TV tu 24 jam aku rasa aku mampu melakukannya. Korang nampak tak tahap kebosanan aku masa tu.. hahahhahahaha..( gelak jahat)

Dalam banyak siaran televisyen aku lebih memfokuskan kepada TV3. Tak tahu kenapa, mungkin faktor mak cik aku yang suka siaran tv nie. Lagipun aku lihat dan apa yang aku tafsirkan TV3 nie banyak berunsur hiburan. Korang sendiri tahu kan yang kita menonton TV untuk hilangkan penat kita bekerja. Kira nie boleh meghilangkan stress lah.

Aku telah memandai-mandai menyediakan ranking rancangan yang aku suka tengok dekat TV3. Aku tidak perlu untuk membuat bancian atau post dekat Facebook dan suruh orang LIKE sebab ranking ini berdasarkan apa yang aku suka bukan orang lain suka. hehhehe..(jangan marah na..)
Ini senarai TOP 5 nye...



TEMPAT YANG PERTAMA JATUH KEPADA.............................

VANILA COKLAT!!!!!
Lakonan Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah. Mengisahkan amir dan zara yang telah dipaksa kahwin oleh ibu bapa mereka. Mereka yang saling membenci akhirnya jatuh cinta. Episod berapa dah aku tak ingat tapi memang SYOKKKKKKKKK!!


TEMPAT KEDUA ADALAH.........................

GEMERSIK KALBU!!!!
Lakonan Aqasha dan Ayu Raudhah. Drama ini adalah adaptasi novel yang ditulis Anis Ayuni. Aku suka tengok sebab aku nak tahu macam mana novel yang aku minat nie didrama kan. Not bad lah.. Mengisahkan Raihana yang dibenci oleh ibunya sendiri dan telah kematian tunang. Dia yang terpaksa kahwin dengan Sufian untuk menyelamatkan maruahnya. Drama ini telah habis ditayangkan di TV3.


TEMPAT KETIGA.................

BELLA CALAMIDADES!!!
Nama pelakon adalah Danna Garcia dan Segundo Cernadas. Drama bersiri mexico ini sebenarnya aku mula tonton masa cuti midsem lepas. Sampai sekarang tak habis, tahu jelah telenovela memang panjang tapi aku tengok cerita nie tak lah boring sangat macam tengok cerita sinetron. Mengisahkan Lola Carrero yang cantik tetapi sering bernasib malang.


TEMPAT KEEMPAT.............

BOBOIBOY!!
Superhero kita Boboiboy. Aku mula suka sebab adik aku selalu tengok dan takkan miss siap hafal lagi dialog dalam boboiboy nie sebab sebelum nie selalu ulang yang lama. sekarang nie ada musim baru dah. Sangat menyeronokkan.


TEMPAT TERAKHIR...........

PUTRI YANG DITUKAR!
Aku sebenarnya dalam keadaan terpaksa melihat sebab mak cik aku layan sinetron nie. Kalau ikutkan hati taknak sebenarnya. Korang tahu lah cerita endon panjang sampai beratus-ratus episod tapi pokok cerita adalah anak yang telah ditukarkan jer. Pastu jalan cerita yang tak berapa nak best. Aku kalau tengok  sebenarnya duk memerhati make-up pelakon dalam cerita nie. Nampak natural jer. Pelakon ganteng2 lagi tu.. hehhe....




Kira nie top 5 rancangan TV3 yang aku suka tonton. Sebenarnya ada banyak lagi rancangan menarik yang telah TV3 sediakan kepada penontonnya. Lebih-lebih lagi untuk penonton TV yang tegar seperti aku dan mak cik aku. hehhehehe.....
Kalau nak tahu tengok lah TV... hahhahaha..

Sampai nie jer kot entry kali nie. Lain kali kita berceloteh lagi. Jumpa lagi di entry yang seterusnya.




WASSALAM.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...