Monday 27 February 2012

puteri gunung jerai (full)

ASSALAMUALAIKUM

Hai Pembaca yang comel2 & macho sekalian,

Entry kali ini adalah sambungan entry yang sebelum ini. Aku ada habaq kat hangpa semua pasai entry yang banyak gambaq kan? YA, benar.. entry kali nie memang banyak gambar. Mungkin selepas habis membaca entry nie korang akan muntah gambar. siapa tahu kan.. HAHHAHA... (ok, tak lawak)

Sebenarnya,aku nak cerita pasal pengalaman aku dan kawan2 pi Gunung Jerai yang menarik,tertarik dan d'boom. Peristiwa ini sebenarnya berlaku pada semester lepas sebelum final exam. Tarikh berlakunya aku tak berapa ingat. Maaf lah ye...

Ceritanya macam nie, ada seorang kakak senior tu telah mengajak aku untuk join program yang CEDI UUM anjurkan. CEDI ini adalah singkatan bagi Co-operative and Entrepreneurship Development Institute yang bertujuan untuk melatih dan menerapkan budaya keusahawanan kepada pelajar UUM. Program ini telah di anjurkan di Gunung Jerai iaitu The Regency Jerai Hill Resort. Dan yang paling penting, tiada bayaran dan semuanya di tanggung oleh pihak CEDI UUM. syok kan?? hehhee..

Aku telah mengajak 3 lagi kawan aku untuk ikut serta sekali. Shida, Farah dan Ira telah menjadi follower aku dalam program ini. Kawan-kawan aku pulak telah mengajak 3 lagi kawan-kawan mereka dan kawan-kawan mereka ajak pulak 3 lagi kawan-kawan yang lain hihhhi.. ingat MLM main ajak-ajak orang, sebenarnya 3 orang minah nie jer ikut aku.

Program atau kursus ini telah diadakan selama 3 hari, 2 malam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti jungle tracking, angin malam, perbincangan kumpulan dan ceramah yang telah banyak memberi input kepada kami.

Aku malas nak taip banyak-banyak. Korang tengok lah sendiri gambar-gambar yang ada ye. Setiap gambar tu aku akan terangkan apa yang berlaku sepanjang program. Bak kata Yuna, setiap gambar ada lagu. Bak kata Cik Nor pulak setiap gambar ada cerita. hwa hahahha...

Sebelum bertolak. buat aksi terlebih comel 
dulu.





dalam bas. Gunung Jerai, kami nak menyerang!!



baru setengah jam perjalanan.
tidur dalam senyuman.






selamat datang ke Gunung Jerai!



kedatangan kami dialu-alukan oleh kabus. 
kabus pada pukul 2 petang.






aktiviti bergambar. 
KAMI MEMANG GILA BERGAMBAR.


hari kedua.
kesejukkan yang melampau.


dari kiri: ira,shida @my rumet, me and farah






 aktiviti main belon.




 wanita & cermin tak boleh dipisahkan.





ter 'over' pulak senyum.



my lovely roomate.




kembar siam.




hari last yg awsomeeeee!!!



 daki gunung time!!







 pemandangan dari atas gunung jerai.
pulau pinang boleh nampak.


 tengok yang dibulatkan. tapak kasut tertanggal membuktikan kegigihan aku 
mendaki gunung. hua hua hua..










dah nak balik dah. 
bawa balik 2 orang kembar puteri gunung jerai.
hehhehe...



Kenangan di Gunung Jerai memang tidak akan dilupakan dan akan berada dalam ingatan sampai bila-bila. Terasa macam nk pi semula ke sana tapi kena buat program sendiri lah. Honeymoon ke?... 

Sampai di sini saja coretan kali ini. Jumpa lagi di entry yang akan datang.

p/s : Betulkan apa aku dah habaq kat hangpa semua yang entry  nie banyak gambaq. ada rasa mual-mual    ke, pening-pening ke jumpa lah doktor ye. hehehehe..

  

GOOD LUCK


WASSALAM.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...