Tuesday 7 February 2012

saya budak baru belajar


ASSALAMUALAIKUM


Hai pembaca yang budiman,

Saya budak baru belajar. Nk guna kata ganti nama “saya” ke? Emmm… rasanya guna “aku” kot.. lebih rapat dan mesra gitu. Lagipun aku dah biasa guna kata ganti nama tu dgn kawan-kawan rapat. Kira kita nie macam kawan kan. Pembaca blog dengan penulis blog dah menjadi kawan rapat sekarang.

Sangat panjang ye mukadimah nye. Aku memang budak baru belajar blog. Kira nie entry pertama aku dalam penulisan blog aku. Tapi nak cerita pasal apa ye entry nie. Selalu blogger yg terkenal tulis sal apa ye entry pertama dia orang.. fikir.. fikir.. fikir…

Ok.. dapat. Apa kata aku cerita sal aku jer serba sedikit. Ok.. nama sebenar seperti dalam ic adalah Noradika binti Bolhassan. Mesti korang pelik kan bila tengok nama macam tu. Nama nie arwah bapa aku bagi. Aku berasal dari negeri Sarawak bumi kenyalang. Sekarang aku pelajar Universiti Utara Malaysia(UUM) dalam bidang pengurusan teknologi dengan kepujian. Masuk semester nie genap lah 6 semester aku belajar di sini bersamaan 3 tahun. Lebih kurang 2 tahun lagi aku akan menamatkan pengajian. Tak sabaq rasanya.

Aku ada 5 orang adik beradik dan aku anak sulung yang satu-satunya wanita dan perempuan. Adik aku yang nombor 2 nama Khairul Ehsan Bolhassan, ketiga Zizi Qairy Bolhassan, keempat Shahrul Nizam Bolhassan dan kelima Norshahhasrul Fatri Bolhassan. Bapa aku nama Bolhassan bin Daraup dan emak nama Fatimah binti Tambi. Aku adalah anak yatim piatu. Bapa dengan mak aku dah meninggal. Kisah sedih tu nanti aku cerita lebih lanjut di entry yang seterusnya.

Sekarang umur aku hampir menjangkau 23 tahun.. dah tua wo.. 1 mac nanti genap lah umur tersebut. Tua. Tua. Tua. Nasib lah muka x kedut n kepala xde uban lagi ( terlalu berlebihan di situ ). Hobi aku baca novel,online dan tengok tv.

Rasanya itu je aku nk cerita sebagai entry pertama. Sampai di sini saja.

wassalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...