Saturday 17 March 2012

TRIP TO LANGKAWI ISLAND

ASSALAMUALAIKUM.

Hai pembaca yang cool,

Pada minggu lepas, aku dan kawan-kawan aku yang cool telah jenjalan kat Pulau Langkawi. Kalau hangpa semua tak tahu lagi Pulau Langkawi kat mana,nie nak habaq mai. Pulau Langkawi adalah hak milik kedah yang berdekatan dengan Perlis yang dekat dengan Thailand sawadikap rap rap kap. hihihi....

Aku dan kawan-kawan memang dah rancang dari semester lepas lagi nak pi langkawi nie. Tapi disebabkan banyak sangat halangan dan rintangan semester lepas terpaksalah kami menunda ke semester nie. Manusia hanya merancang, Allah S.W.T sahaja lah yang menentukan. ya dak?

Yang paling menyeronokkan dan beronok-ronok (bahasa baru,cari dalam kamus mesti takde) , aku dapat pi dengan kawan-kawan secara pukal sebab kami telah mengikut trip percutian yang dijalankan oleh wan dan sofia iaitu pasangan suami isteri yang masih lagi belajar dan gigih mencari duit. (tabik lah..) 


Aku dan kawan-kawan hanya bayar RM135 seorang untuk 2 hari 1 malam. Kira harganya berpatutan sebab termasuk chalet dan bas dan termasuk pemandu pelancong dan termasuk juga leader kami iaitu pasangan suami isteri nie. Tapi hari tu yang follow kami adalah isterinya, Puan Sofia.

Dipendekkan story korang tengok lah gambar-gambar nie. Korang akan teruja dan akan cepat-cepat cari duit untuk pi bercuti di sini. Dan pada yang dah pi akan terimbau kenangan bercuti di Pulau Langkawi nie. hehhehehe...


nie lah pakej nya.
gambaq aku cilok dari facebook wan.


alahai wanita





nak bertolak dah.
ikut jeti Kuala Perlis.




dalam feri




sampai dah.
WELCOME TO LANGKAWI ISLAND.




dekat bilik.
chalet yang bernama tanjung mali.
berhadapan Pantai Chenang.




UNDER WATER WORLD.
here we come.




nak pi jalan-jalan
sekitar langkawi.


PULAU DAYANG BUNTING.




singgah tempat bagi makan ikan 
&
pantai beras basah.




Banana Boat yang awsomee!!
(creadit pak cik google sebab tak sempat nak ambik gambar)


Gambar-gambar di atas kira tempat yang kami sampai pada hari pertama jejak kaki di Pulau Langkawi. Antara tempat yang kami telah lawati adalah Pulau Dayang Bunting, Pulau Helang dan tengok helang makan,   pantai Pasir Basah dan mandi kat situ dan petangnya kami mandi laut di Pantai Chenang yang berhadapan dengan tempat penginapan. Aku dan kawan-kawan berpeluang naik Banana Boat yang sangat lah best dan menggerunkan. Abang yang bawa kami tu boleh dengan sengaja nya menjatuhkan kami ke dalam laut. Banyak jugak lah air masin diteguk. Kami just bayar RM10 sorang untuk naik banana boat tu sebab kira sewa 1 banana boat tu RM 70. Kira berbaloi lah.. kalau tak pandai berenang jangan takut. Jaket keselamatan ada dan takkan lemas punya.


pantai chenang untuk kali 
terakhir di awal pagi.


kilang gamat.












kota mahsuri
yang penuh misteri..


cable car


kilim geoforest park


coklat time.
kedai haji ismail group.


Gambar yang nie untuk hari kedua. Pada hari kedua nie, kami telah melawat kilang gamat, kedai batik, kota mahsuri, naik cable car, tengok ikan pari, pergi kilim geoforest park yang banyak batu-batu yang unik, dan beli coklat dan terus balik. Kesuntukkan masa telah menyebabkan kami tidak sempat untuk ambil gambar dekat Dataran Helang.. alah.. yang ada patung helang yang besar tu. Takpe. lain kali pi lagi. Insya Allah..

Rasanya sampai sini saja kot entry kali nie. Mintak maaf lah kalau entry kali nie terlebih banyak gambar daripada biasa. Gambar-gambar nie nak menunjukkan tempat-tempat yang ada di Pulau Langkawi. Kira macam nak promote lah kan. Apa salah nya kita pergi melancong di dalam negara sendiri. Rasanya banyak tempat yang menarik dalam Malaysia yang belum kita lawati. Jadi apa tunggu lagi. Pergilah melancong.

Sekian.

CUTI-CUTI MALAYSIA, PERGILAH MELANCONG.





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...