Thursday 26 April 2012

sudah cukup sudah

Assalamualaikum,

NIRWANA BAND- SUDAH CUKUP SUDAH WITH LIRIK






JANGAN PERNAH MENYENTUH HIDUP SESEORANG KALAU ITU HANYA AKAN MENGHANCURKAN PERASAANNYA..

JANGAN PERNAH MENATAP MATANYA JIKA SEMUA YANG KAMU LAKUKAN ADALAH BOHONG BELAKA..

HAL YANG PALING KEJAM ADALAH MEMBIARKANNYA JATUH CINTA SEDANGKAN KAMU TIDAK MENYINTAINYA..


wassalam

Sunday 15 April 2012

Entry yang agak kotor

Assalamualaikum.

Hai pembaca,

Aku baru jer lepas makan. Makan nasi kerabu yang sedap lagi delecious. Nie penangan aku baru balik dari kelantan cuti mid sem beberapa hari lalu. Nanti next entry aku perkatakan.. (uwah.. ayat nak power jer..) berkenaan pengalaman aku duk kelantan selama hampir seminggu. 

Lepas makan bersama roomate yang terchinta, sambil bercerita sal pengalaman cuti mid sem hari tu. Perkara yang wajib aku lakukan lepas makan adalah masuk tandas. Wajib ok.. aku pun tak tahu kenapa. Korang faham2 je lah kalo dah masuk tandas tu aku buat apa. Takkan aku nak mention jugak kot. Karang, siapa2 yang tengah makan sambil baca entry blog aku nie terus tak lalu makan. Membazir pulak nasi tu.. TUHAN tak suka orang membazir taw.

Tapi sebenarnya, perenggan yang seterusnya pun agak kotor jugak, hehhehe..
yelah. tajuk pun dah menampakkan benda yang aku nak cerita nie kotor.

Dipendekkan cerita, masuk jer aku dalam tandas. Aku ternampak....... WA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
GERAMNYER AKU!!!!..

Benda yang aku rasa tak sepatutnya ada dalam tandas kolej pelajar perempuan. Sebab bagi aku kita sebagai perempuan kena jaga kebersihan. Nampak sangat tak sesuai kalau perempuan tak pam, tak flush lepas buat. Aku disebabkan tak tahan, aku tolong simbah jugak. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah orang yang punya tu.. aku harap hati die tak tenang. HAHAHA.. biar die rasa.

Itu bukan sekali aku jumpa, dah banyak kali dah. Kadang-kadang kesian jugak dengan makcik-makcik tandas yang terpaksa membuang benda yang bukan diaorang punya. Kadang-kadang aku jumpa dengan tisu-tisu sekali. Ada yang tisu tandas, ada yang wanita punya tuala dalam mangkuk tandas tu. Sebenarnya. perkara nie dah berjuta kali dah di bagi tahu dalam meeting blok kolej nie. Ada juga notis2 yang sudah ditampal dekat pintu tandas. Notis yang suruh Flush tandas selepas guna. Aku tak tahu lah orang tak faham ke atau buat2 tak faham.

takkan  nak perlu tampal notis macam nie kot...siap berpantun-pantun segala.

creadit: pakcik google.

Marah aku nie,aku tak tahu aku nak lepaskan kat siapa sebab aku tak tahu siapa owner benda tu. Kalau aku tahu dah lama dah aku bagi sikit kat muka die. Bagi tangan lah... takkan nak bagi benda die tu kot letak kat muka die. Kesian lak. Lagipun tak kuasa aku nak memegang nye... sorry2.. terlebih pulak kotornya. hihhihi

Kita sebagai rakyat Malaysia yang mengutamakan KEBERSIHAN kena lah bersama-sama menjaga KEBERSIHAN TANDAS KITA. Dekat tv dah banyak sangat kempen berkenaan kebersihan tandas nie. Takkan tak ambil peduli kot.. kita sebagai pengguna tandas lah yang perlu ambil peduli. Tak kisah lah tandas awam ke bukan tandas awam ke. Yang penting itu tandas.

kalau tandas bersih macam nie kan tenang sikit kita nak masuk....

creadit: pak cik google



bentuk tandas di thailand. lain kan.??



korang ingat lagi tak lagu tandas berkualiti nie....


oooo... tandas berkualiti
ooooo.. hidup berkualiti


sampai sini saja celoteh kali nie.. Akhir kata, jagalah kebersihan, hidup lebih harmoni.

sekian.

Wednesday 4 April 2012

wordless wednesday


ASSALAMUALAIKUM.





creadit: pakcik google.



* MALAM NIE. MIDSEM EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...