Thursday 31 May 2012

preview Kahwin Ganti by Aifa Batrisya

Assalamualaikum.


novel yang baru sampai..
excited sangat time nie tu yang siap ambil gambar segala
yang penting ada tandatangan penulis lagi.


Aku memang dah lama usha novel kahwin ganti nie dekat blog penulisnya. Mula-mula baca macam tu je tapi bila dah baca bab demi bab terasa syok pulak. Kisah kembar Nuqman Hakim si abang dan Luqman Hakim si adik yang nakal tapi dalam hati ada taman..

Kisah bermula apabila si abang Nuqman hakim yang telah hilang semasa majlis perkahwinannya. Hal ini menyebabkan si adik terpaksa mengganti tempat si abang untuk berkahwin dengan wanita yang bernama Mya Zara iaitu pensyarah kepada Luqman Hakim. Tetapi perkahwinan itu telah disembunyikan daripada pengetahuan umum terutama kawan-kawan di kampus.


Dalam diam Luqman Hakim mula menyintai Mya Zara tetapi cuba menolak perasaan tersebut sebab takut abang kembarnya balik dan akan meminta kemabali Mya Zara darinya. Luqman sehabisnya menafikan perasaan tersebut walaupun Mya Zara cuba menyakinkan yang dia sudah menyintai Luqman bukan Nuqman.

Sebenarnya aku tak mula lagi baca novel ini. Baru dapat hari ini aku terus buat preview. hehe..
Jadi aku tak dapat lah nak cerita penghujung die macam mana. Kalau nak tahu ending nye macam mana kena beli sendiri novel nye di Karya Seni ya dak... hehehe

Selain daripada faktor jalan cerita novel ini yang best. Aku suka juga bila baca novel nie di blog penulis. Penulis cuba membayangkan yang muka Mya Zara tu macam muka Heliza Helmi. Aku memang minat giler dengan Heliza nie. comel sangat...... kira boleh lah aku bayangkan muka heliza bila baca novel nie. Watak Luqman dan Nuqman pulak penulis menjadikan muka Mohd Shahryzal Jaafar atau Ryzal Jaafar (ala.. pelakon dunia baru dalam drama Tv3 yang selalu main dulu.. yang Elyana berlakon tu.. aku rasa tu lah pertama kali aku nampak muka pelakon tu.. ) . hehhe...
Kombinasi yang memang sesuai aku rasa.


Mya Zara & Luqman Hakim


Kite nak mula baca dah buku kahwin ganti.. jangan jeles ye.. hehhe.. 


bye.

sekian.

Tuesday 15 May 2012

kemalasan

Assalamualaikum.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SELURUH GURU-GURU DI MALAYSIA. terutama buat guru tadika kampung baru, guru sk kampung baru, guru smk muara tuang dan pensyarah-pensyarah di UUM. Anda adalah guru yang terbaik yang pernah aku ada.

Ucapan tersebut sempena sambutan hari guru esok. Tapi apa yang aku nak cerita sekarang adalah bukan berkenaan hari guru. Hari guru tu nanti kita cerita na.

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

nie.. nak habaq kat hangpa semua. Aku tak tahu lah awat aku penyegan (malas) sangat dalam dua tiga minggu ini. Sedangkan masa nie tahap kesibukan aku sebagai student sudah mencapai tahap klimaks. sibuk mengalahkan PM. esok ada test dan midterm nak kena hadap. Tapi aku satu pa tak baca lagi nie ar.. AWATNYA.... baloq liat sangat nie.

Kalau boleh aku masa nie.. nak tidoq ja keja. Biar segala assignment, midterm exam dan test tu diaorang buat sendiri ataupun aku ada satu robot yang boleh membantu aku buat semua tu. Alangkah bahagia nya...........

tapi..


perkara tersebut memang tak mungkin atau susah nak terjadi. yelah.. ko ingat nie cerita doremon dan nobita. Ini betul -betul lah bukan cerita kartun. huhu...

jadi...

nak ke tak nak ke aku kena tetap hadap dan harungi juga dengan penuh kesabaran. Jangan fikir keadaan sekeliling yang menganggu fikiran kita. Tinggal kan sekejap masalah kat kampung, lupakan dulu kawan-kawan yang bermasalah dengan kita, dan lupakan sekejap masalah hatti dan perasaan. Kita fokus study malam ini untuk midterm exam dan test esok. 


cik noradika BOLEH!!..



Thursday 10 May 2012

grand dinner eon festive film night

Assalamualaikum

Kehidupan semester 6 di UUM. Aku tak menyangka pejam celik dah 6 semester dah aku dekat UUM tercinta ini. Kira ada satu sem lagi aku akan menghabiskan pengajian seterusnya pratikal dan seterusnya insya Allah akan bekerja. 

Itu hanya mukadimah. Kalau mukadimah kena guna perkataan baik-baik sikit untuk merangsang orang membaca entry nie. (ada ke org nk baca... hehhehe....)

Beberapa minggu yang lalu Eon telah mengadakan grand dinner yang super duper gempak. Eon kalau korang nak tahu adalah nama bagi kolej kediaman aku di UUM. Dekat UUM ada banyak nama yang awesome untuk kolej kediaman, ada nama sime darby,petronas,misc,bsn,muamalat,yayasan al-bukhary,sme bank,bank rakyat,maybank, proton,mas,tradewinds,dan tnb. Semua nama syarikat besar-besar kan? biasalah... universiti pengurusan terkemuka. Bakal melahirkan pengurus malaysia yang berjaya.

ok.. grand dinner eon ini memang selalu diadakan. Kira dalam setahun sekali mesti ada grand dinner ini. Grand dinner ini kiranya untuk meraikan senior yang bakal menghabiskan pengajian dan penyampaian anugerah bagi pelajar-pelajar kolej kediaman eon yang banyak menyumbang jasa dan tenaga dekat kolej kediaman ini.

Tema grand dinner kali ini adalah eon festive film night. Semuanya dari tetamu yang datang dan background dalam dewan kena mengikut tema filem. Memang cantik dewan malam tu. Terasa dalam panggung wayang je. Yang paling best artis yang dijemput ada Arilllllllllllllllllllllllllllllllllllllllll!!!!!!!!!!!  (aku rasa tak perlu kot aku nak mention mcm tu sekali...) hehhehe.. sorry.. itu menampakkan yang aku ini peminat aril.
Lepas tu ada salma mentor dan tauke maharaja lawak.

Bermacam jenis fesyen yang boleh nampak dalam dinner tersebut.Ada yang bawa watak vampire, ada yang bawa watak ahli sihir, watak serikandi dan tak kurang ada yang bawa watak batman, superman, zorro. Aku rasa kalah anugerah yang selalu ada dekat TV tu jika dibandingkan dengan kami. Yelah... setakat nie takde lagi anugerah untuk artis yang bertemakan filem. ya dak...

background grand dinner.
smart kan?
creadit to: facebook page Eon terbaik

jejaka-jejaka eon.
ada batman,ada naruto.
creadit to: facebook page Eon terbaik


aku & lovely roomate.
tak boleh bawa majlis. ada je perangai pelik yang dibuat.


KAMI.
geng 6+1 forever young tapi ada jugak yang takde kat sini.


 aku & salma mentor
meremang bulu roma aku dengar salma nyanyi malam tu.
fuh.......


 aku & aril !!!!
sebenarnya masa nie aku baru balik dari tandas.
sebelum nak keluar ke tandas tu, aku habaq kat kawan-kawan yang duk 1 meja tu
'eh, aku nak bawak fon lah, mana tahu jumpa aril, boleh tangkap gambaq'
dan.. memang betul aku jumpa aril betul-betul.
rasa nak peluk je aril masa tu..
oppssssssssssssss.........
(behave cik nor)


 antara makanan yang terhidang.
aku nak komen sikit pasal makanan lah.
aku rasa makanan tak berapa nak awesome.
lebih mudah nak cakap tak berapa mengenyangkan.
harap junior nanti kalau jadi AJK untuk dinner ambil berat sikit berkenaan makanan.


 aku tak tahu aku pandang apa kat atas.
mungkin ada mamat handsome kot.
hehehhe.... (gatai)



 cik mek molek dari kelantan.



 nie kakak super duper senior dgn roomatenye.



 sofiah & sophia
sophia yg pakai dress ala-ala ayat-ayat cinta. memang cantik sangat.


 sophia & ira


 sofiah & popcorn nye..


 cik zai


 pelbagai karenah dan perangai


 tengok betapa kelaparannya kami.



 tauke maharaja lawak malam tu memang kerja dia nak mengenakan orang je
VC pun die berani kenakan.

 salma in the stage.


 antara orang yang terima anugerah malam tu


 ARIL !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


 aku & pelakon ayat-ayat cinta.


 vampire & superwoman


 my lovely course mate UNA @ yuna.. hehhe..


 ini lah hero of the night
ahli sihir yang memberi kecantikkan kepada orang di sekelilingnya.


 me & fauzi


 ahli sihir tengah mengunakan jampi serapahnya.
korang yang baca blog aku nie akan terus menjadi cantik dan handsome dengan serta merta.


kami.


kami lagi.



me & my bodyguard.
james bond character.

setiap majlis ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi aku dinner untuk tahun last nie memang menyeronokkan sebab ramai artis yang menghiburkan kami dan setiap persembahan tidak membosankan. Bermula daripada gimik pembukaan yang sungguh kreatif daripada plejar kolej kediaman eon menyebabkan aku nak suruh pengetua kolej kediaman aku cepat-cepat tukar nama kolej eon ini ke nama Astro. macam-macam ada..... hehehe... yelah. pengetua pun dah artis. kumpulan nasyid firdaus yang famous tu.. (promote pengetua nampak.) hihhi..

Sampai sini saja entry kali ini. enjoy the reading ya friends.


love u all.

Tuesday 1 May 2012

My Heroes

Assalamualaikum

Mode sekarang adalah rindu dengan hero-hero aku...


Hero-hero aku yang kadang kala memeningkan kepalaku...
Hero-hero ku yang kadang kala membuatku tersenyum...
Hero-hero ku yang kadang kala membuatku ketawa...
Hero- hero ku yang kadang kala membuatku menangis keseorangan...
Hero-hero ku yang kadang kala membuatkan aku mengerti erti tanggungjawab seorang kakak yang sebenar...

Siapa kita manusia yang boleh menyangkal qada dan qadar Allah s.w.t. Yang pergi takkan kembali. Mak dan ayah takkan kembali dalam hidup kami adik beradik. Tiada dah mak yang akan menjerit memanggil kami untuk ajak makan. Tiada dah ayah yang menyanyi lagu P.Ramlee dengan gitarnya di malam hari sambil di kelilingi oleh kami.

Jadi kami adik beradik yang akan buat semua itu. Kami yang akan bekerjasama dalam rumah yang di anggap syurga bagi kami. Kami yang akan memperingat diri sendiri bila hendak makan,bila nak pergi sekolah, pergi beli barang-barang dapur. Kalau raya datang, kami lah yang akan buat persiapan yang sederhana mungkin untuk sambut raya. Dah tiada tempat untuk bergantung harap dah. Kami yang akan buat sendiri. dan itu lah.....

KAMI...

aku dan adik-adikku yang semuanya lelaki. Yang mempunyai pelbagai karenah yang aku susah nak jangka. 


no 1 : it's me..
Noradika Bolhassan
seorang yang suka suruh adik2 buat tu, buat nie.
arahan yang wajib di turuti..
 seorang kakak yang kejam... hehhehe..

no 2 : brother 
22 years old
Khairul Ehsan Bolhassan 
@
is
seorang yang kadang2 terlalu baik dan kadang2 terlalu jahat
suka buli adik2 dan kakaknya
terasa dirinya abang kpd aku iaitu kakaknya 
(mentang lah tinggi mcm tiang letrik..ceh)


no 3: brother
20 years old
Zizi Qairy Bolhassan
@
jiji
terlalu pendiam, seribu patah orang tanya, setengah patah die jawab
boleh galas tanggungjawab
paling pandai di antara kami adik beradik yang lain
(ok.. sila jeles cik kakak)


no 4: brother
15 years old
Shahrul Nizam Bolhassan
ijam
tengah bermasalah sekarang
remaja yang baru meningkat naik
suka buat nakal dalam diam
jangan sangka diam2 die takde isi
paling susah nak jangka perangai die nie

no 5: my little brother
9 years old
Norshahasrul Fatri Bolhassan
@
arol
seorang yang penakut
nak jadi penyanyi sebab suka rakam suara sendiri dengan handset aku
suka tengok boboiboy
suka hilangkan pensel dan pemadam kat sekolah
yang menyebabkan kakaknya hari-hari beli yang baru
susah bangun pagi

Hari ini genap lah umur arol 9 tahun. Tanggal 1 mei... hari pekerja.. happy birthday aroi... miss u.

Doa dan harapan ku semoga hero-hero ku ini berjaya dan menjadi orang yang berguna di masa hadapan. Jauhkan mereka dari segala malapetaka , Ya Allah... Aku sayang mereka...


sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...