Tuesday 1 May 2012

My Heroes

Assalamualaikum

Mode sekarang adalah rindu dengan hero-hero aku...


Hero-hero aku yang kadang kala memeningkan kepalaku...
Hero-hero ku yang kadang kala membuatku tersenyum...
Hero-hero ku yang kadang kala membuatku ketawa...
Hero- hero ku yang kadang kala membuatku menangis keseorangan...
Hero-hero ku yang kadang kala membuatkan aku mengerti erti tanggungjawab seorang kakak yang sebenar...

Siapa kita manusia yang boleh menyangkal qada dan qadar Allah s.w.t. Yang pergi takkan kembali. Mak dan ayah takkan kembali dalam hidup kami adik beradik. Tiada dah mak yang akan menjerit memanggil kami untuk ajak makan. Tiada dah ayah yang menyanyi lagu P.Ramlee dengan gitarnya di malam hari sambil di kelilingi oleh kami.

Jadi kami adik beradik yang akan buat semua itu. Kami yang akan bekerjasama dalam rumah yang di anggap syurga bagi kami. Kami yang akan memperingat diri sendiri bila hendak makan,bila nak pergi sekolah, pergi beli barang-barang dapur. Kalau raya datang, kami lah yang akan buat persiapan yang sederhana mungkin untuk sambut raya. Dah tiada tempat untuk bergantung harap dah. Kami yang akan buat sendiri. dan itu lah.....

KAMI...

aku dan adik-adikku yang semuanya lelaki. Yang mempunyai pelbagai karenah yang aku susah nak jangka. 


no 1 : it's me..
Noradika Bolhassan
seorang yang suka suruh adik2 buat tu, buat nie.
arahan yang wajib di turuti..
 seorang kakak yang kejam... hehhehe..

no 2 : brother 
22 years old
Khairul Ehsan Bolhassan 
@
is
seorang yang kadang2 terlalu baik dan kadang2 terlalu jahat
suka buli adik2 dan kakaknya
terasa dirinya abang kpd aku iaitu kakaknya 
(mentang lah tinggi mcm tiang letrik..ceh)


no 3: brother
20 years old
Zizi Qairy Bolhassan
@
jiji
terlalu pendiam, seribu patah orang tanya, setengah patah die jawab
boleh galas tanggungjawab
paling pandai di antara kami adik beradik yang lain
(ok.. sila jeles cik kakak)


no 4: brother
15 years old
Shahrul Nizam Bolhassan
ijam
tengah bermasalah sekarang
remaja yang baru meningkat naik
suka buat nakal dalam diam
jangan sangka diam2 die takde isi
paling susah nak jangka perangai die nie

no 5: my little brother
9 years old
Norshahasrul Fatri Bolhassan
@
arol
seorang yang penakut
nak jadi penyanyi sebab suka rakam suara sendiri dengan handset aku
suka tengok boboiboy
suka hilangkan pensel dan pemadam kat sekolah
yang menyebabkan kakaknya hari-hari beli yang baru
susah bangun pagi

Hari ini genap lah umur arol 9 tahun. Tanggal 1 mei... hari pekerja.. happy birthday aroi... miss u.

Doa dan harapan ku semoga hero-hero ku ini berjaya dan menjadi orang yang berguna di masa hadapan. Jauhkan mereka dari segala malapetaka , Ya Allah... Aku sayang mereka...


sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...