Wednesday 20 June 2012

6 + 1 Forever Young

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan,pembaca blog yang comel-comel dan kacak-kacak. Sihat? Kalau sihat. Alhamdulillah.. Pejam,celik, pejam dan celik balik dah 3 tahun dah menetap di bumi kedah nie. Aih, menetap ke? Yelah, kira menetap lah tu lama kot duduk sini. Sepanjang aku duduk di kedah nie dan lebih spesifik lagi tempatnya UUM yang tercinta. Aku telah memiliki kawan-kawan yang banyak mengajarku cara buat assignment, buat facebook, kawan-kawan untuk bercuti, untuk ajak makan dan yang lebih awesome adalah untuk shopping. hahahaha... mengarut ok... Sebenarnya, kawan-kawan yang banyak mengajarku erti kehidupan yang sebenar. Kawan-kawan yang boleh mendengar masalah kita jika kita bermasalah,kawan-kawan yang akan cepat menyedarkan kita jika kita buat salah dan banyak lagi gunanya kawan nie. Kira dekat UUM nie, setakat ini mereka lah kawan terbaik dan kami telah menggelarkan diri kami geng 6 +1 forever young. hehehe...



Kenapa 6 + 1 forever young? why? 
Ceritanya macam ini...
cecite..cecite...
yelah, nak cerita lah nie...
sebelum tu, korang tengok video dan dengar lagunya.. nak ambik feel..


Nama nie ditubuhkan kira dalam semester 6 nie jugak. Masa tu kami merancang nak jalan-jalan pusing kedah. Kira tak lah satu kedah, setakat Jitra dan Alor staq ja.. Rancangan jalan-jalan kami rancang dengan penuh teliti dan siap lantik ahli jawatankuasa lagi. emmmm... nanti lah aku cerita pasal program tu next entry. Panjang sangat nanti kalau nak cerita semua kat sini. Kira dipendekkan cerita, 6 tu disebabkan ada enam orang yang sama umur dan sama tahun lahir dan + 1 tu sebab ada seorang yang tak sama umur dan bukan tua ok, kira lahir lebih awal ..(jgn marah kak su na....). Lepas tu forever young tu, kami letak sebab kami nak diri kami nie sentiasa muda walaupun umur semakin bertambah tapi kami ingin menjadi seperti kanak-kanak apabila bersama. Dan lebih mudah kami ingin perasan muda. hahaha....

ok.. meh aku kenalkan antara geng 6 + 1 forever young nie.. Antaranya adalah........

Nama penuh: Azatul Samsida Sulaiman
Nama orang panggil: Aza atau syida
Asal: pahang

Wanita di dalam gambar di atas adalah roomate aku daripada semester 1 sampai semester 6 dan dia dah nak habis dah. Jadi dia akan tinggalkan aku sorang-sorang kat uum nie. Tapi takpe aku akan cari roomate baru..ape de hal.. hehehe.. Ingat lagi masa mula-mula masuk bilik lepas mendaftar masa semester 1, mak die yang kenalkan die kat aku. Die pulak sibuk main dengan anak-anak buah die. Sombong masa tu.. ces... hehehe... 

next......

Nama penuh: Humaira binti Mohd Toha
Nama orang panggil : ira atau myra
Asal : johor


Budak atas nie, aku tak ingat macam mana aku boleh rapat sangat. Mungkin sebab dia rapat dengan roomate aku tu yang kami jadi rapat jugak. Selalu ejek mengejek tapi die selalu buat muka comel dan blur jadi kira lebih senang cakap budak nie takde perasaan nak kecik hati. Kalau nak suruh die bercerita silakan sebab anda akan dengar cerita die sampai esok pagi sebab budak nie suka bercerita. Dulu masa sekolah die pernah masuk pertandingan bercerita kot. hehehehe... (jangan marah ye dak....)

next..

Nama dalam ic : Norfakhara binti Dor Ahim @ Abdul Rahim
Nama orang panggil: farah
Asal : perak

Wanita di atas sudah dimiliki hatinya... oppssss.... hehehe.. Farah sering dikaitkan dengan pertanyaan padia??? bermaksud apa die.. kira dibunyikan dalam loghat kedah lah. hehehe.. aku pun tak tahu kenapa pertanyaan tu dikaitkan dengan dia. Memiliki semangat kental yang tinggi. Kalau kite orang malas nak study die akan bersedia dengan nasihatnye. Tapi kawan-kawan nye ini terutama sekali aku akan pura-pura tidak mendengarnya. 

next....

Nama penuh: Sofiah binti Ghazali
Nama orang panggil: Pia
Asal: Kedah

Budak atas ini adalah roomate kepada ira. Melukis adalah hobinya. Perkara yang paling aku suka adalah die suka memahatkan namanya di setiap benda milik peribadinya. Mangsa buli aku yang paling penyabar. Aku ingat lagi, aku buli budak nie sampai die menangis. Aku pulak rasa bersalah. Lepas tu aku tanya die.. 
'Ko kecik hati dengan aku ke, pia?'
jawabnye.."dok eh, aku ingat dgn mak aku ja.."
korang tengok betapa penyabarnya die dan betapa jahatnya aku... hahaha..

ok.. next...

Nama penuh: Zaiton binti Mohd Noor
Nama orang panggil: zai atau eton
Asal: kelantan

Ini bodyguard kami. Takde siapa yang boleh kacau kami. Korang mesti ingat die garang kan. Ye die memang garang. Garang sangat kepada orang yang bukan muhrimnya. Lelaki lah.. Aku pernah baca satu artikel kat mana aku tak ingat. Wanita yang garang dengan lelaki yang bukan muhrimnya akan manja dan setia kepada suaminya. Jadi, fikir-fikirkan lah. hehe... Zai yang sangat suka memasak dan yang penting aku dan die memiliki hobi yang sama iaitu baca novel. hahaha...

dan next.....

Nama penuh: Noor Syuzana bt Shuib
Nama orang panggil: kak su atau yana
Asal: kedah

Wanita di atas adalah kakak kami. Perangai die memang sentiasa muda. Memiliki JBQ yang sentiasa menjadi tumpangan kami di kala memerlukan. Jenis tak kisah diri die asal boleh bantu orang. Macam slogan pembimbing ' Bantu diri, untuk bantu orang lain'. hehe.. Perangai yang paling aku suka adalah suka makan. Die juga partnership dalam perniagaan aku. Perniagaan adalah........... hehehe...

dan terakhirnya adalah.......

korang kenal minah nie????
anda pikiq lah sendiri..
hehhe..

Semua negeri ada, 1 Malaysia katakan.. Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan. 

Selama tiga tahun nie, banyak sangat kenangan yang dah tercipta. Tapi kebanyakan kenangan tu semuanya manis manis belaka. Masing-masing mempunyai perangai yang berlainan tetapi perangai yang berlainan inilah yang menyebabkan kami saling melengkapi antara satu sama lain. 


kenangan masa sem 1
dengan kak su masa nak pergi kelas
dan dengan farah dan syida masa nak keluar pergi changlun.
biasalah hobi yang suka shopping.


kenangan masa sem 2
naik punca vista di petang hari
tengok zai kalau bergambar selalu tak tengok kamera.
hehehe...


 masa nak makan pizza dekat jitra
ada jugak yang tiada di sini

 kegilaan kami masa sertai Sukan Siswi
semua sporting, tak malu dan tak segan bersenamrobik yang menyebabkan kolej
eon juara. best wei...

 kafe eon (nongka kesayangan kami)
beli makanan pun sempat bergambar da..

masa sambut raya blok frankfurt.
kenangan sem 3..



 masa dinner blok f masa sem 4


 masa nie kami tidur rumah kak su dan berpeluang jalan-jalan di alor star
dan tengok wayang
dan makan kat kfc
yang tragis nye bila nak balik ke UUM kami terpaksa meredah banjir besar.
Perjalanan yang sepatutnya 2 jam, kami terpaksa ambil sampai 5 jam.
penat wo duduk berhimpit 1 kereta.
tapi itulah kenangan.

dengan pia balik dari jalan-jalan petang.
 kenangan sem 4




 gambar semasa program CEDI di
Gunung Jerai.



 masa nie kami nak beli hadiah hari jadi untuk
roomate tersayang
aza the ketot. hehehe..



 selepas men 'sauna' kan diri
kami pura-pura berlari dan menyihatkan badan
tapi lepas tu singgah MiSC beli chezzy wedges dan nasi lemak
terbaik!!!


lepas kelas psikologi
masa nie semua pakat-pakat nak ambik elektif bebas program 'psikologi'
kecuali
cik farah.

kenangan semester 5


 masa program
Jom Terokai Kedah
korang perasan semua baju sama
nak jadikan baju tu sebagai kenangan
kalau dah tak muat nanti suruh anak cucu pakai

 yang nie pulak masa dinner blok frankfurt untuk tahun nie
kira dinner last kami
semua nangis2 masa nie.
yang tak boleh tahan tu ada orang tu tahan nangis dan buat2 gelak
hehehe..

 masa jalan-jalan langkawi hari tu
best sangat tapi sorang jer takde
sofiah
die kate tak nak pi sebab nak pi masa honeymoon nanti.
Honeymoon die nanti kami nak ikut


 gambar guna henset baru farah
muka yang wajib ada dalam gambar
lebih-lebih lagi budak pakai baju coklat tu
sampai aku pun tak tahu henset tu henset farah ke henset die
muka die je banyak.

masa dinner EFC
Vanila coklat.

kenangan semester 6 kira sem last

Semester 6 nie kira last bagi syida, kak su, pia, ira dan zai. Tinggal aku dengan farah je lagi ditinggalkan berseorangan terkontang-kanting sendirian. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana sem depan tanpa korang semua. Macam tak lengkap jer rasa. 

Banyak sangat kenangan tercipta sehingga aku tak mampu ungkapkan dan coretkan di sini. Biarlah semua kenangan itu menjadi memori untuk kita. Jangan lupa 3 tahun akan datang. Reunion untuk semua geng 6 
+ 1 forever young kite rancang hari tu. Jangan tukar nombor phone dan selalu juga buka facebook. Kalau ada baby masa tu jgn bawa baby, biar suami yang jaga. Kita nak jadi muda masa tu. hehehe...

Harap kita kawan sampai bila-bila. Jangan lupa aku taw kawan-kawan.. Nanti kalau dah ada anak aku nak jodohkan anak-anak aku dengan anak-anak korang supaya hubungan kita tak putus. hahahaha.....

Sampai sini saja.
enjoy baca coretan ini.


wassalam.



Friday 15 June 2012

keseorangan

Assalamualaikum.

Sebelum subuh, aku sudah terjaga. 
Terjaga tanpa jam telefon bimbitku mengejutkanku daripada tidur yang lena,
Terjaga terus tanpa rasa mengantuk,
Alhamdulillah... hidup lagi aku hari ini.

Tapi, kenapa di subuh ini aku terasa betul-betul keseorangan,
keseorangan di bumi Allah yang maha luas ini,
tiba-tiba hati terus syahdu,
syahdu sangat,
aku terus sujud kepadaNYA,
agar aku tidak merasa keseorangan lagi,

Tiba-tiba air mata ini,
air mata ini terus turun laju membasahi pipi, 
baru aku terasa,
aku tidak keseorangan,
benar, aku tidak keseorangan,
kerana Allah sentiasa ada denganku,
sentiasa ada denganku tidak kira waktu,
sentiasa ada denganku tidak kira aku rasa keseorangan atau tidak,
sentiasa ada denganku tidak kira aku gembira atau tidak,
sentiasa ada denganku walaupun aku tidak dipedulikan oleh orang disekelilingi ku.

Syukur padamu Ya ALLAH,
atas segala nikmatMU,
tetapkan lah hatiku padaMU.




Thursday 14 June 2012

final exam 6th semester

Assalamualaikum..



final exam dah bermula seawal 1 haribulan 6 hari tu. Tapi aku... baru bermula petang ini.. tanggal 14 jun. Memang agak lambat tapi dalam otak aku masih kosong kosong.. (najwa latif)

apa2 pun.. wish me luck. Harap aku dapat jawab semua petang nie... paper strategic management memang menguji strategi aku untuk menjawab nya.

good luck juga untuk kawan-kawan.
bagi yang dah habis periksa tu..
korang memang UNTUNG...

itu saja..

bye. 

Tuesday 5 June 2012

trip to thailand

Assalamualaikum.

Lama sangat dah aku simpan entry nie dalam draft. Bukan nye ape aku nie tak tahu nak tulis macam mana sebab dah lama sangat dah trip ke thailand nie. Sampai tak ingat dah aku p mana kat hatyai hari tu. ermm.....

Bulan, bulan yang lepas aku dengan kawan-kawan ikut trip ke Thailand sawadikap kap kap... Sebelum nie aku pernah update entry pasal trip to langkawi kan. Jadi ini kira trip pelancongan dari agensi yang sama jugak.

Kami pergi satu hari jer, pakej satu hari itu RM 69 je.. termasuk pasport berkumpulan, pengangkutan, pemandu pelancong, dan melawat ke tempat-tempat menarik di Hatyai. Kira kami nie bukan lah melawat satu thailand. Kami pergi Hatyai dan songkhla je yang dekat dengan perlis. Memang dekat sangat,pendek kata kita boleh main cak cak je dekat pagar sempadan thai dengan perlis tu. hahaha.. (bangga lah sikit dh pergi ke luar negara)

pemeriksaan imigresen dekat thailand.

Tempat pertama yang kami singgah adalah NORA PLAZA.. nora plaza ini adalah kedai jual barangan kulit. Barangan kulit yang ori punya tapi boleh beli dengan harga murah. Kami juga dapat kupon 20% discount apabila masuk ke kedai itu. Jadi dah semestinya aku beli barang ya dak.. korang nak tahu aku beli apa.....

semua barang yang made in thailand.
yang beg tangan warna pink itu aku beli kat nora plaza.
harga aku tak ingat sebab lambat sangat entry nie dengan jarak masa hari kejadian.
huhuhu..

kupon discount dari  nora plaza.
terbaik lah...


Selepas ke nora plaza kami singgah ke kedai jual barang makanan yang berbentuk makanan ringan. Macam-macam ada. ada kacang, tomyam yang original dari thailand dan banyak lagi lah makanan ringan. Jadi bolehlah aku nak buat stok makanan ringan untuk satu sem.. ya dak.. heheheh..


fokus dekat dalam bakul.
kalau ada troli aku nak jer angkut troli tapi sayang takde.
hehhe..

selepas kami memborong makanan ringan dekat kedai yang aku tidak ingat namanya itu. Kami singgah makan dekat restaurant yang satu kepala kami hanya bayar Rm 10 bersamaan 1000 bhat. Nama restoran tu pun aku tak ingat nama ape. Kesian nye kat aku. apa pun aku tak ingat.

ini lah tempat makan nye.
kira kami dh book satu bilik
3 buah bas kot yang p hari tu.


Selepas makan makan.. kami p mana lagi ye......emmmm... oppsss.. sebenarnya, sebelum kami makan kami singgah dekat kedai jual madu. Tapi kami tak lama dekat kedai tu.. orang tu bagi penerangan pun kami tak dengar. lapar punya pasal sebenarnya. Lepas pi kedai jual madu tu baru kami pi makan. Tomyam dekat thai memang the best.

Selepas makan kami telah sepakat untuk naik cable car. Tapi aku dan kawan-kawan tak naik sebab kami bajet dan naik yang masa kat langkawi hari tu. Entahlah.. macam lah cable car kat thailand sama dekat langkawi. Mungkin sebab nak naik tu, kena bayar. tu yang tak naik tu. Save sikit bajet untuk beli barang lain.. ya dak..

Disebabkan kami tak naik. Kami telah mencuba aiskrim kelapa yang sangat awesome dan memang takkan dapat di mana-mana negara. Aiskrim kelapa nie kira banyak dijual dekat kawasan cable car tu. Sambil makan aiskrim kami ditemani oleh monyet-monyet dan burung merpati yang sangat banyak. 



model aiskrim kelapa sangat..


encik monyet yang berkeliaran.

macam kat london tak..


Selepas memakan aiskrim kelapa, kami pergi ke pantai!!... Aku memang addicted dengan pantai. Tak tahu nape. Kalau boleh nak buat rumah tepi pantai je. bestnye... Pantai tu bernama Pantai Sharmila tapi lebih popular disebut pantai duyung sebab ada patung duyung dekat pantai tu.

siapa yang faham tolong translate.. hehehe


patung duyung ada kat belakang.
yang kat depan tu orang betul.
harap maklum. :)





Selepas ke pantai sharmila, kami ke floating market atau pasar sampan. Tempat nie memang susah nak tengok kat tempat lain. Orang jual makanan dekat dalam sampan. Aku and the geng beli air je dekat floating market nie sebab risau gak halal nya tapi ketua pelancong kami kata. Kalau nak beli makanan, beli dengan orang yang pakai tudung dan jangan risau dekat hatyai nie ada ramai jugak orang islam.

air dalam cawan tanah liat.
sangat menarik ini cawan.


meriahkan..

Selain floating market ini ada juga pasar yang dekat darat nya. Pasar tu agak besar juga lah. Dekat pasar yang dekat darat tu ada jual banyak baju. Jadi aku rembat lah baju I love Hatyai dalam kuantiti yang banyak sebagai souvenier untuk balik sarawak nanti. hehehe...

Selepas floating market kami terus bergegas ke pasar malam. Masa dah semakin suntuk, jadi kami tak ambil masa yang lama dekat pasar malam yang terbesar di asia tu.. yeke...? entah.. aku teka jer... sebab pasar malam tu memang besar. Kalau kita leka memang akan sesat. Aku beli baju untuk adik-adik lelaki ku saja dekat situ sebab duit dah semakin berkurang. Bajet aku ke hatyai nie 2000 baht je.. bersamaan RM200. Tapi banyak juga lah barang yang aku dapat beli. 

abang polis dekat hatyai.
perasan tak apa lelaki tu bawak.
buah mangga atau mempelam
dilarang keras membawa keluar buah mangga keluar dari thailand
ini undang2 thailand.


Aku sampai di UUM kira-kira hampir tengah malam jugak lah. Penat sangat. Tapi automatik penat hilang bila keluarkan barang-barang yang dah dibeli. Puas hati sangat walaupun hanya satu hari. Bagi aku Hatyai dan Songkla nie tempat terbaik untuk beli belah. 

Sebelum nak tamatkan cerita, aku nak ajar perkataan basic yang kita kena tahu bila sampai ke thailand.
tengok bawah.....

.
.
.
.
.

sawadikap bermaksud selamat sejahtera untuk lelaki
sawadikah bermaksud selamat sejahtera untuk perempuan
(kiranya disini beza kap -lelaki dan kah - perempuan)
lot noi bermaksud boleh kurang?
thau rai bermaksud berapa?

Itu jer yang aku ingat. hehhe...
sampai sini saja ye kawan-kawan.

aku rasa cukup dah kot entry nie.

nanti kita mencoret lagi na....

WASSALAM.

bye.

love u all.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...