Wednesday 3 October 2012

gadis itu melatah lah...

Assalamualaikum..
ada orang ker? 
ehem2.. 

Kisah ini berlaku pada dahulu kala, iaitu pada semester yang lepas lepas dan lepas lagi. Situasi ini berlaku di dalam bas Unic iaitu bas yang dipertanggungjawabkan untuk mengangkut pelajar dari tempat penginapan diaorang ke fakulti atau kelas masing-masing. Masa kejadian kira-kira tengah hari iaitu masa orang pejabat tengah rehat. ye orang pejabat ada rehat tengah hari. hehehe...

Seorang gadis yang perasan comel dari jauh cuba mengejar bas yang hampir bergerak. Gadis itu menggunakan seluar slack coklat dan blaus labuh oren dan tudung bawal oren. Cara berjalannya memang agak kelam kabut tetapi masih lagi nampak berkeyakinan sebagai seorang pelajar UUM. cewah...

Akhirnya, gadis itu berjaya jugak masuk ke dalam bas. Nasib gadis itu baik sebab bas tersebut tidak ramai orang tetapi malangnya kerusi dalam bas hampir penuh kesemuanya. Tabiat lelaki duduk dalam bas adalah diaorang suka duduk sorang-sorang. ok, maksudnya macam nie. Dalam bas ada dua tempat duduk iaitu sebelah menyebelah, satu dekat dengan tingkap dan satu lagi tidak. Lelaki suka duduk dekat dengan tingkap dan sebelahnya kosong. Begitu juga kerusi yang belakang dan depan semua tempat duduk yang dekat dengan tingkap sudah di conquer oleh lelaki. Hal ini telah memakan ruang dalam bas tersebut.

kira macam ini situasi tu.
lelaki duduk dekat dengan tingkap.

Ok, teruskan story. Naik jer gadis itu dalam bas dia terpinga-pinga dan agak segan untuk duduk di sebelah lelaki-lelaki tersebut. Malangnya bagi gadis itu, tanpa sempat gadis itu duduk. Abang bas yang lagi bergaya telah menggerakkan basnya dan gadis itu terus jatuh tersungkur. gedebukkkkk....... (kira macam tu kot bunyi orang jatuh)

Gadis itu: O MAK ENGKAU!!!! ..

Dengan kuat sekali gadis itu melatah di dalam bas tersebut dan akhirnya gadis itu telah mendapat perhatian seluruh orang dalam bas seolah-olah gadis itu telah memenangi award anugerah wanita popular. Dan ada juga kedengaran orang berbisik 'eh.. budak perempuan itu melatah lah'..

Gadis itu bangun dari tersungkurnya dan terus duduk dan cuba membuat muka seperti tidak ada apa-apa perkara berlaku. Tetapi dalam hati tidak ada siapa yang mengetahuinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu tahap kemaluan gadis itu.

Perkara yang paling menghairankan semasa kejadian tersungkur itu, tiada seorang pun manusia di dalam bas tersebut ketawa. Seolah-olah manusia dalam bas tersebut tidak mempunyai perasaan untuk mengetawakan orang. Sangat ajaib.

Kesimpulannya di sini, kita yang jatuh tersungkur mungkin orang tidak peduli kerana itu normal tetapi apabila kita melatah dan tersungkur mungkin orang akan peduli dan mungkin kurang normal di mata orang. Tempat jatuh lagi lah dikenang, inikan pulak tempat menuntut ilmu. Sekian.


wassalam.


ce teka gadis itu siapa?


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...