Sunday 30 December 2012

Aku, UUM dan Kenangan part 2

Assalamualaikum


Sambungan daripada entry yang sebelumnya kenangan ku di UUM .. 

Setelah suasana di UUM semakin cerah, aku, mak cik dan pak cik ku menapak dari masjid UUM tersebut terus ke kolej kediaman yang diberi nama Eon. Tidak dapat dinafikan lagi UUM ini memang dalam hutan tapi aku terasa sangat damai berjalan di awal pagi tersebut walaupun jalan yang agak sesak dengan kereta ibu bapa pelajar yang datang mendaftar, mungkin aura hijau kot. hehehe

Pendaftaran sebagai pelajar berjalan seperti biasa dan semasa pendaftaran aku sempat berkenalan dengan seorang dak perempuan nie. Masa pendaftaran tu, die duk sebelah aku. 

inilah budaknye.
izyan husna nama diberi..

Tak sangka pulak sampai sekarang kami rapat dan dah jadi roomate untuk kali terkahir di UUM nie. Bukan setakat roomate tapi kosmate sekali. Sentiasa ada bersama, takkan terpisah.

Satu minggu itu, orientasi bermula. Minggu yang amat memenatkan tapi sangat best dan buat pertama kalinya aku menjadi pelakon di atas pentas besar di depan ribuan orang. Jadi perempuan gedik lagi tu. Kalau diingat balik alangkah malunye. 

Perkara yang paling dan tak boleh lupa apabila kami junior terpaksa berjalan kaki setiap hari dari kolej kediaman ke dewan MAS, iaitu tempat berlangsung segala aktiviti orientasi. Perkataan atau arahan yang selalu berkumandang semasa kami berjalan adalah.. 'JANGAN ADA GAPE'. daripada abang senior memang menjadi kegerunan kepada kami sehinggakan ramai junior yang melecet kakinye. teruk wo...

inilah dewannye.
DEWAN MUADZAM SHAH, UUM.
Tamat sahaja minggu orientasi, kelas bermula. Silap masuk kelas , toksah citer lah dengan korang. Banyak kali dah even sampai semester 7 nie pun pernah jugak silap kelas. Kenangan masa nak naik bas nak ke kelas. Masa semester 1, kami terpaksa punch kad dulu dekat bas itu baru dapat naik. Cuba korang bayangkan betapa sesaknya kalau ramai pelajar yang tunggu bas dan ditambah dengan hujan. Memang menjadi kenangan. Sekarang senang, semua boleh naik dengan selesanya. 

inilah bas yang diamanahkan untuk membawa kami ke kelas.
akan menjadi kenangan kepadaku.

Aku ingat lagi, masa itu semester berapa aku tak berapa pasti. Disebabkan masa dah semakin suntuk untuk ke kelas. Aku terpaksa bersesak dengan budak-budak lain untuk naik bas. Masa nak naik itu, adalah makhluk tuhan yang terpijak kasut aku dekat belakang sampai tertanggal kasut aku. Lepas itu, aku pulak boleh terlepas cakap bagitahu macam ini dekat dia. ' kau pijak kasut aku'... dan sebenarnya ayat itu berada di dalam hatiku sahaja tak tahu pulak boleh terlepas. Secara automatik apabila budak itu mendengar aku bercakap sedemikian, dia terus mengambil kasut dan memberikan kasut tersebut kepadaku. Adegan cinderella telah berlaku selama beberapa minit di hadapan bas tersebut. aduh... malunyer... macam mana boleh terlepas cakap..

cinderella sangat.
hehhe...

Masa semester 1 , kira masa adalah untuk mengenali orang, makanan, budaya dekat kedah ini. Aku ini budak sarawak makanan pun lain sikit dari kat sini. Mula-mula itu, memang homesick juga lah. Tapi bila dah lama-lama dan ramai kawan. Aku boleh enjoy hidup di sini.. Aku tidak ketinggalan juga untuk join aktiviti yang dianjurkan oleh kolej kediaman atau universiti. Melalui aktiviti ini juga kita boleh tahu setakat mana kemampuan kita untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Kiranya sebagai pratikal kita semasa di dalam Universiti. 
Aku dan ex-roomate.
posing berani mati di tengah jalan raya.
lagu tema masa orientasi.
kau & aku daripada Aizat.

Rasanya cukup kot setakat nie entry kali ini. Esok dah start final exam untuk last semester di UUM. wish me good luck ye kawan-kawan.

Assignment terakhir untuk semester terakhir.





wassalam.
terima kasih kerana sudi membaca. 





Sunday 9 December 2012

Aku, UUM dan Kenangan part 1

Assalamualaikum.

Petang yang tadinya panas. Kini hujan mulai turun menyejukkan bumi. Aku termenung di pintu bilik blok Frankfurt mengimbas segala detik, kenangan berada di UUM. Daripada pandangan mata yang dilindungi oleh cermin mata untuk membantu penglihatanku. Aku merenung rintik-rintik hujan itu. Seolah-olah rintik hujan itu menceritakan semula segala kenangan yang telah berlaku.

cewah.... ayat aku.. novel sangat.. hahahha.... gila ko tak novel. Novel dah satu almari kat rumah kot.. hehhe...

Mengimbas kembali aku di permulaan sebagai pelajar UUM. Seriously, masa aku mohon UUM , aku tak terfikir dan tak pernah terlintas pun nak dapat kat sini. Tapi kenapa UUM tersenarai dalam senarai UPU tu? Itu sebabnya aku nak memenuhi kotak yang perlu diisi dengan borang UPU tu, tu yang aku isi yang last sekali. Sedangkan UUM pun aku tak tahu di manakah ia di Malaysia. Dahsyat kan aku?

Tapi, itulah jodoh namanya, aku terpilih sebagai pelajar di UUM juga akhirnya. Masa tengok keputusan itu perasaan aku menjadi berbelah bahagi antara nak pergi ke tak. Apabila ku selidiki di google UUM itu di mana. Rupanya UUM itu di utara tanah air dan aku perlu menaiki dua kali kapal terbang untuk sampai ke tempat tersebut. Aku dah terfikir betapa jauhnya tempat itu. Kemudian, aku bagitau ayah yang pasal aku dapat sambung belajar tu,ayah cakap pergi je. Aku tengok muka ayah berseri-seri bila aku tunjukkan surat tawaran tersebut.

Akhirnya, dalam masa seminggu aku dan ayah menguruskan segala kelengkapan aku untuk masuk ke UUM. Bukan calang-calang urusan yang aku perlu uruskan. Yelah, nak sambung belajar over the sea katakan. hahahha...

Disebabkan ini kali pertama aku menaiki kapal terbang atau belon. Aku menjadi takut. Dah lah kena naik sorang-sorang. Ayah tak dapat nak hantar disebabkan masalah kewangan sikit. Yelah, aku bukannya anak orang berada nak kena hantar segala. Dah lah tempat belajar jauh lagi tu, kalau kat UNIMAS tu boleh lah. Jalan kaki pun boleh. Jadi untuk mengelakkan perasaan takut dan gementar aku untuk naik kapal terbang. Aku telah deal dengan dua orang kawan aku untuk naik sama-sama. Tapi diaorang nie bukan sambung dekat UUM jugak, diaorang dapat sambung study dekat UPM. Dekat je lah, sampai airport terus pergi U ... aku nie je yang jauh lagi perjalanan.

Sampai je airport dekat KL, lcct ok. LCCT nie sama jalan dengan airport KLIA. Jangan salah lagi  cik nor. Nanti kena perli .. (hehhehe..). Mak cik dan pak cik dah ada dekat airport tu jemput aku dekat sana. Mak cik dan pak cik aku nie saudara jauh lah tapi kami rapat dari aku kecil lagi. Itu yang boleh ngam.

Aku ingat lagi, masa itu pak cik aku yang bekerja sebagai askar ada lagi kat semenanjung masa itu, jadi naik kereta dia. Masa itu, dia tak beli kereta baru lagi. die cuma ada kereta second hand yang memang betul-betul lama dan kami dalam kereta itu ada 6 atau 7 orang kalau tak silap. Dan tiba-tiba kereta itu boleh berhenti di tengah jalan. Ya Allah... aku jadi blur dan mak cik dan pak cik aku pun blur jugak... kami tak tahu nak buat ape. Sedangkan orang dok hon je kat belakang. Aku pulak dah lah first time sampai KL , tak pernah tengok jalan sesibuk itu, terasa trauma pulak. Tapi muka tetap cool.. Dekat setengah jam jugak kami stuck dekat tengah jalan. Akhirnya, kereta boleh berjalan jugak.



family di KL.

Sampai je kat rumah, mak cik terus suruh aku berehat sebab malam itu, aku dan mak cik dan pak cik aku kena bertolak ke kedah pulak dengan bas.. Apabila malam menjelma, kami pun bertolak ke pudu. Buat pertama kalinya, aku naik bas dua tingkat. Siap orang tu bagi kain selimut lagi. Tapi masa itu je lah orang bagi selimut, selepas selepas itu aku tak dapat dah kain selimut dalam bas. huhuhu...

Sampai je kedah kira-kira dalam pukul 5 pagi. Tapi tak sampai UUM lagi, kira sampai dekat pekan yang bernama changlun. Kami ke UUM , dekat kereta sewa dengan cara percakapan pemandunya yang terlalu pekat kedahnya. Aku terfikir di dalam otak, macam mana lah aku nak hidup dekat sini hampir 4 tahun dengan loghat kedah macam itu. aduh.....

Disebabkan semua hotel dan rumah tumpangan penuh, pak cik pemandu hantar kami ke masjid UUM itu saja. . Aku tengok dari luar, sangat indah pemandangannya.. tapi kenapa macam dalam hutan...???

ok. azan maghrib pun sudah berkumandang. nanti aku sambung coretan lagi. Aku UUM dan kenangan ada banyak episod taw.

wassalam.

cik nor.

Sunday 2 December 2012

Kerana mulut mu.

Assalamualaikum.

Situasi bermula beberapa minit yang lalu. Selepas aku dan my lovely roomate balik dari kafe. Maksudnye lepas melantak makanan lah. Aku makan chicken chop manakala my lovely roomate makan burger yang set punye siap kentang segala.

Selepas makan singgah kejap dekat kedai runcit kita orang panggil Eon mart. Aku tunggu my lovely roomate kat luar kedai. yelah, aku takde nak beli apa pun. Jadi tunggu kat luar je lah.

Tiba-tiba datang seorang hamba Allah.. dari jauh.. dah cakap macam nie...

orang itu: Ya Allah, kurusnye ko, nor!!

aku ini: (tersenyum..)

orang itu : makin kurus aku tengok ko nie nor.. kesian nye ko!!

aku ini: (tersenyum lagi..) .. sebenarnya lebih kepada sengih busuk...

orang itu: tak makan ke? nah.. ko ambik isi aku nie sikit.

aku ini: (tersenyum lagi dan lagi...)

dan.. orang itu pun berlalu..

Dalam hati aku hanya Allah sahaja yang tahu. Korang ingat orang kurus tak stress ke dengan berat badan diaorang dan tak kecik hati ke bila orang tegur macam tu depan public. Malu kot... macam orang badan bersaiz besar jugak lah.. Aku selalu di tanya oleh kawan-kawan aku yang bersaiz besar. 

kawan aku: aku gemuk kan?

aku ini: eh.. tak lah.. ok je lah badan ko... (sedangkan memang betul die gemuk, tak nak malukan die punye pasal terpaksa menipu)

Takkan orang kurus dan bersaiz kecil je yang nak kena jaga hati orang yang bersaiz besar. Kesian die.. badan die gemuk. Jangan lah pandang die sangat nanti die kecik hati. Macam itu lah aku selalu kalau tengok orang bersaiz besar. Tak nak memalukan diaorang. Tapi kami yang berbadan kecil dan kurus keding nie. Ada ke orang nak jaga hati. Nampak sangat lah kami nie tak cukup makan, itu sebab lah kami nie kurus melidi.. 

Fikir lah beb... dah tuhan bagi saiz badan kami macam nie. Nak buat macam mana lagi. Aku makan dah lebih makan daripada orang badan besar makan kot tapi dah badan tak nak gemuk nak buat macam mana.
Itulah manusia...... Sebenarnya tadi.. nak je aku cakap macam nie... 

aku ini: wa!... gemuk nya ko..dulu kurus je aku tengok. sekarang dah gemuk. banyak makan ke?

ape perasaan ko.. mesti sakit hati kan.

Jadi kesimpulan di sini. Tak kira lah orang itu berbadan besar ke atau berbadan kurus ke. Jangan lah sampai memalukan orang tersebut di depan orang ramai.. Jaga sikit maruah orang tu.  

Sekian.

Luahan rasa di petang hari bersama cik nor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...