Thursday 12 December 2013

Di hari konvokesyenku

Assalamualaikum

Pertama sekali maafkan saya jika berbuat kesalahan yang amat besar kerana sudah lama tidak mengupdatekan blog. Bersawang dah blogku ini.

Ok. teruskan kepada tajuk. Di hari persandinganku.. eh silap.. di hari konvokesyenku.

Hari yang menyeronokkan dan memenatkan. Sangat memenatkan. Dua hari untuk ke kedah bersama yang tersayang memang tidak cukup. Ada sedikit terkilan di situ kerana tidak dapat bersama-sama dengan kawan-kawan kerana terlalu mengejar waktu. Bilakah masanya lagi untuk aku berjumpa kalian semua? Alangkah rindunya..

officially graduated
alhamdulillah..



Bertolak dari shah alam dan sampai ke kedah dan lebih spesifik lagi changlun kira-kira dalam pukul 7 pagi. Kepenatan masih terasa kerana tidur yang tidak nyenyak di dalam bas. Terpaksa menunggu abang kereta sewa yang hanya janji manis di bibir saja. Janji pukul 7 pukul 8 lebih baru sampai. Selepas mendapat kereta sewa, terus bergegas ke UUM untuk menumpang mandi dan bersiap untuk majlis konvo pada petangnya.

Majlis konvokesyen yang bermula pada pukul 2 petang tapi sebelum itu kami sudah di beri taklimat terlebih dahulu. Biasalah majlis formal yang banyak protokol dan adat resamnya kena ada sesi rehearsal.

Majlis bermula dan ucapan aluan di mulakan dan kesempatan itu aku melelapkan mata sekejap. sempat ok.. Apabila sudah mula hampir nama hendak di panggil hati mula berasa cuak. Tangan seperti berada di dalam peti sejuk. Malu dan takut bersatu menjadi satu. Saat melihat pelbagai gaya daripada penerima sebelumnya. Ada yang terjatuh topi segiempatnya. Ada yang tunduk dua tiga kali. Bagaimanakah aku nanti.?

Apabila nama di panggil aku berjalan dengan seyakin yang boleh. Ala.. takkan dah nak ambil ijazah baru rasa takut sedangkan selama empat tahun untuk mendapatkan ijazah tersebut tidak pulak berasa dan gentar. Segala rintangan dan dugaan di tempuh dengan penuh keyakinan. Dan sekarang masanya engkau berasa bangga dengan diri sendiri. Itu perkara yang aku terapkan di dalam hati untuk membuang perasaan takut dan gementar semasa di atas pentas.

Selepas duduk di kerusi semula. Aku berasa lega dan bersyukur. Akhirnya, aku berjaya mengenggam segulung ijazah. Akhir sekali, sebelum menamatkan majlis konvokesyen pada hari tersebut. Kami sebagai penerima ijazah di minta untuk tunduk hormat kepada tenaga pengajar yang berada di hadapan dan ibu bapa yang berada di belakang sebagai tanda jutaan terima kasih di atas sokongan yang tidak terhingga untuk mendapatkan segulung ijazah tersebut.

Semasa tunduk hormat itu, akhirnya setitis air mata mengalir. Teringat arwah ayah yang beria untuk aku melanjutkan pelajaran sedangkan masa itu hati aku berat untuk meneruskan. Dan teringat impian arwah untuk hadir di majlis konvokesyenku. Teringat juga dengan arwah ngah yang ingin aku meneruskan pengajian selapas ayah meninggal dunia semasa aku di semester dua. Pesan arwah ngah. Jangan cepat mengalah.. adik-adik masih ada untuk melihat kejayaanku. Dengan kekuatan itu, aku teruskan juga pengajian.

Walaupun mereka tiada di belakang semasa tunduk hormat itu, aku pejamkan mata dan bayangkan yang mereka ada di belakangku. Sentiasa dekat denganku. Dan aku hapuskan sisa air mata itu dan aku kuatkan semangat dan aku mula tersenyum mula.

Apabila keluar dari dewan dalam kepayahan dengan kesesakan orang dapat suprise dari abang besar dan my cousin. Teddy bear besar yang telah di beri nama Gary oppa. hihi.. I love u abang besar. Dan buat my cousin terima kasih banyak sebab datang konvo. I love u.. Ya, aku percaya. Masih ramai yang sayang aku.

Sempat jugak berjumpa dengan geng 6+1 Forever young tapi tidak semua yang ada. Akan merindui kalian nanti. Maafkan aku kerana tidak berkesempatan dengan kalian semua.

Keesokan harinya, aku, abang besar dan my cousin terus lari ke padang besaq. Dah macam lari ke thailand pulak. Tapi tidak lama. Kesuntukkan masa sebab nak kena pulangkan jubah konvo dan nak kena balik kl semula. Memang terbaik dari ladang. Terasa running man pula sebab terkejar sana sini.

Ok. kita layan gambar sekitar konvokesyen aku ye. Malas nak taip panjang dah nie. i love u all..




 
dua orang kuat masa majlis konvokesyen ku.
:)
kawan-kawan yang kite sayang


sebenarnya banyak lagi gambar. disebabkan line macam vanggang the boom. aku stop sini saja..

ta ta ti ti tutu..

salam.






Tuesday 29 October 2013

Kembar Ainan Tasneem.

Assalamualaikum.


Hai kawan-kawan, Apa habaq? baik ka?

Ini nak cerita kat hangpa semua. Maaf kalau korang semua meluat. Tahap perasan aku memang tinggi sekarang. Saja nak tumpang kepopularitian Ainan. yala.. dah orang dok kata yang muka aku macam muka ainan tasneem yang bawak lagu.... lagu apa tah yang ainan bawak.. 150 juta... aku pun tak ingat.. 
Aku pun dok pikiq lah. betoi kah muka aku nie sama. Aku dah mula dah perasan sendiri. Sebab apa, aku tengok muka aku dok lah cantik mana. Yang Ainan tu manis ja aku tengok. Tapi bila dia dok pakai gigi besi dia dah kurang cantik dah aku tengok. Cantik lagi aku.. la.. dah riak dah aku nie... Allah.. terus istighfar cik nor oiii... 

Sekali tu. Ada pulak adik junior ini tag satu gambar dengan aku. Mula-mula aku tengok. Eh,, ini gambar Ainan.. Awat pulak budak ini tag gambar tu kat aku. Sekali tengok. La.. sebelah tu muka aku. Jadi, macam itu lah ceritanya. Pembetulan ya kawan-kawan sekalian. Bukan aku yang macam muka Ainan. Tapi Ainan yang macam muka aku sebab aku lahir dulu dari dia. Cuma dia popular sikit dari aku. hahaha... Jangan marah na.. aku gurau ja malam-malam macam ini. 

Jujur aku cakap. Aku memang nak tumpang popular Ainan. Mana tahu boleh masuk melodi. Kalau tak pun keluar dekat blog-blog yang suka tulis pasal artis tu.. ala.... tuuuuttt.. sedia maklum sendiri lah ye blog mana. Dengan caption dekat blog tu. "AINAN TASNEEM ADA KEMBAR" ... hahhahha... gila ko tak popular. aduh mak..........


korang tak percaya lagi ye ainan macam muka aku.

tengok gambar ini.

Ini gambar yang junior aku tag.

aku besarkan lagi. nak bagi korang percaya yang ainan macam muka aku. hahhaha...

Sekian sahaja.

Harap bahagia bila baca. 

Monday 21 October 2013

Gurauan

Assalamualaikum


Kita sentiasa rasa kita betul. Semua perkara yang kita lakukan kita akan rasa betul dan tak salah dan tak perlu orang nak betulkan pun perlakuan kita itu. Eh.. bukan aku dah taip ke ayat tu sebelum tu. Ala.. pedulikan. Pedulikan apa orang nak kata. 

Tetapi harus diingat, kita ini hidup bermasyarakat. Memang betul kubur asing-asing tapi jangan pura-pura lupa pula yang tolong angkat jenazah kita masuk dalam kubur itu, masyarakat. Yang tolong kapankan jenazah kita pun masyarakat. Bukannya jenazah kita sendiri yang kapankan diri sendiri dan bukan jenazah kita juga yang berjalan masukkan diri dalam lubang kubur. Itu dah cerita mistik namanya. Jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri.

Ok. Mukadimah bukan main panjang berjela tapi apa kaitannya dengan tajuk. Adalah kaitannya. Kaitannya adalah berkenaan manusia. Kita sebagai manusia ini mestilah berhati-hati dengan gurauan kita sendiri, gurauan kita kepada kaum keluarga, gurauan kita kepada kawan-kawan dan rukun tetangga. Pendek kata, gurauan kita kepada masyarakat di sekeliling kita.

Memang tidak dinafikan, gurauan adalah baik untuk kesihatan. kesihatan? ok, lupakan. Baik untuk mengeratkan silaturahim. Tapi, harus diingat. berapa kali mahu ingatlah. Tidak semua orang suka dengan sesuatu gurauan itu. Gurauan kalau dah berlebihan boleh merenggangkan hubungan kita sesama manusia. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak sedar ketelanjuran kita dalam bergurau sehinggakan boleh menyentuh hati sanubari orang. Ya, memang perkara ini di luar jangkaan kita. Kita tidak boleh mengetahui hati seseorang. Kita tak tahu pun orang itu sakit hati ke apa ke dengan gurauan kita. Tetapi kita boleh fikir sendiri. Sebelum mengeluarkan atau melontarkan sesuatu gurauan itu. Kita perlu berfikir dahulu. Ingat. Ingat lagi.. ishk2.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Perahu dengan kata apa kaitannya. Itu namanya peribahasa. hihihihi..

Aku paling tak suka kalau orang bergurau melibatkan kaum keluarga. Contohnya, sebut-sebut nama bapak ke mak ke? Apa ingat mak dan bapak aku untuk korang bergurau ke. Aku memang pantang lah kalau bab-bab macam itu wei..

Lagi satu kalau orang bergurau ada berunsur 18SX sikit. Itu memang nak makan penampar tangan dan sepak kaki namanya. Mesti korang pernah alami kan orang bergurau macam ini. Mungkin diaorang selalu buat 'double meaning' lah. Tapi sebenarnya maksudnya ke arah itu. Itu dah nama gila seks namanya. Kalau ada member korang dah mula bergurau yang jenis macam ini. Korang terus blah dari situ. Tak guna dengar buat sakit hati jer.

Lagi satu. Bergurau yang main pukul-pukul. Ada wei orang bergurau main pukul-pukul macam ini. Aku bagi contohlah.. Masa kita tengah duduk study atas meja dengan khusyuknya, tiba-tiba ada member datang pukul belakang kita. Pukul bukan sebarang pukul, pukul yang boleh menyebabkan maut. Yelah, kalau dah terkejut beruk macam mana tak maut. Apabila ditanya kenapa.. dengan rileks nye die menjawab. Aku bosan lah study saja datang nak kacau kau. Bergurau dengan kau....  Ko dah kenapa... Gila. Orang bergurau yang jenis macam ini, cara bergurau dengan diaorang adalah dengan ambil pisau tikam jer perut diaorang. Bergurau kan... hahahha.. kejam giler... don't try at home ye adik-adik..

Kesimpulannya di sini. Bergurau biar berpada. Aku tak bermaksud dan tak tujukan kepada siapa-siapa. Perkara ini umum. Kadang-kadang aku pun alpa dalam bergurau. Aku pun suka bergurau dengan kaum keluarga dengan member-member dan ada jer diaorang yang kecik hati dengan aku. Aku tahu. Tapi segera lah mintak maaf. Kalau korang perasan muka diaorang dah lain macam. Jangan terlalu ego untuk meminta maaf. Pesanan untuk diri sendiri.



Sekian.

love u all..




sumber: google image






Sunday 20 October 2013

Warkah untuk bakal zuriatku

Assalamualaikum


Khas buat bakal zuriatku,

Tidak kira lelaki atau perempuan. Kehadiran kamu di dunia ini memberi seribu erti kepada ibu dan ayah. Kamu adalah tanda cinta kami.

 Bakal zuriatku,

Di harap pada masa akan datang kamu dapat membaca coretan ibu ini. Ibu sentiasa berdoa semoga kamu menjadi anak yang sentiasa mendengar kata,bijak dalam segala hal dan sentiasa menjaga maruah diri dan tingkah lakumu tidak kira di mana pun kamu berada. Ibu tidak mahu kamu leka dengan keindahan dunia sehingga mengabaikan akhirat yang hakiki. Ingatlah tiada yang lebih berkuasa selain Allah di dunia ini.

Bakal zuriatku,

Jika kamu lahir ke dunia ini. Insya Allah, ibu berjanji yang ibu akan mendidikmu dengan ilmu agama yang secukupnya. Walaupun ibu banyak kekurangan dari sudut agama tetapi ibu akan cuba memperbaiki diri ibu sebelum kamu lahir ke dunia. Ibu tidak mahu kamu lari dari landasan agama anakku. Itu janji ibu kepada kamu anakku.

Bakal zuriatku,

Ibu sudah terlalu banyak menghadapi kesusahan hidup dahulu. Jadi ibu tidak mahu kamu juga hidup susah seperti ibu. Ibu akan bekerja keras untuk menyempurnakan segala keperluan kamu di dunia ini. Tetapi, harus diingat kepada kesusahan yang orang lain alami kerana melalui kesusahan itu kamu akan tahu erti hidup yang sebenar. Kesusahan hidup akan mengajar kamu menjadi orang yang berguna untuk keluargamu,masyarakat, agama dan negara. Insya Allah.

Bakal zuriatku,

Ikatan kekeluargaan amat penting bagi ibu. Kamu jagalah ia dengan sebaiknya. Jika kamu mempunyai adik-adik yang lain jagalah mereka. Jangan biarkan ikatan antara adik beradik itu putus sehingga tidak bertegur sapa. Hal itu amat merugikan kita wahai anakku. Dengan adanya ikatan kekeluargaan inilah yang akan melindungi keluarga kita daripada hasad dengki orang luar. Percayalah anakku. Jika kamu diberi dua pilihan antara keluarga dan kawan-kawanmu. Fikirkanlah sedalamnya kerana ikatan kekeluargaan seperti air tidak akan putus.

Bakal zuriatku,

Tidak ada ibu yang tidak menyayangi anaknya. Jika engkau merasa meluat dan bosan apabila mendengar ibu berleter atau menegur salah lakumu. Ibu berharap kamu berfikir semula dengan segala perkara yang ibu katakan. Adakah ia akan memberi kebaikan kepada kamu nanti. Renungkanlah. Ya, memang ibu pernah muda dan pernah juga ingin hidup bebas. Tetapi sejauh mana kebebasan itu yang kita akan dapat. Kita tidak akan merasa tenang anakku. Setiap kebebasan ada batasnya dan batasannya kamu kena kembali kepada Islam. Jika tidak kamu akan terkandas di lembah kehinaan.

Bakal zuriatku,

Jika ibu dan ayah sudah tiada di dunia ini. Doakanlah ibu. Jadilah anak yang soleh supaya boleh menjadi bekalan kepada ibu dan ayah untuk menghadap yang maha berkuasa. Jangan lah kamu bersedih. Teruskan hidupmu. Teruskan beriman kepada Allah.

Akhir kata dari ibu buat bakal zuriat ibu,

Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik  buat kamu. Dan ibu sangat sayangkan kamu walau siapa pun kamu di dunia ini.


Salam sayang dari ibu.






Warkah untuk bakal zuriatku. Cetusan idea daripada naluri aku sendiri. Ya, memang aku tak kahwin lagi dan tak mungkin ada anak lagi. Tetapi aku terfikir sendiri. Apakah harapan mereka terhadap zuriat mereka.

Cetusan idea muncul apabila aku tengah sedih sambil pegang gambar arwah mak masa itu. Dan tiba-tiba soalan datang kepada diri aku sendiri. Apakah harapan mak dan ayah semasa mereka hidup terhadap diri aku dan adik-adik. Lepas itu, aku pandang muka nenek yang sudah membesarkan tujuh orang anak. Dan aku pandang muka mak cik-mak cik aku yang sedang mendidik dan membesarkan anak-anak mereka yang masih di bangku sekolah lagi. Aku nampak kepenatan di wajah mereka tetapi kepenatan itu ditutup dengan senyuman yang amat manis sekali. Itulah kekuatan seorang ibu. Mungkin warkah di atas adalah salah satu daripada harapan mereka kepada kita sebagai anak mereka.

Jadi, apa tindakan kita sebagai anak. Renungkanlah.

Sekian.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday 19 October 2013

Aku yang sekarang.

Assalamualaikum

Apa khabar kawan-kawan sekalian? Lamenye tak mengupdatekan diri di blog. Nak menaip pun blur jer sekarang. Aduh.. What happen with my hand? ces.. speaking pulak ko jemah.

Tajuk entry dah macam lagu Tegar pulak. Lagu yang tengah hot sekarang. Hot ker? hihii..

Aku nak cerita lah apa yang aku buat sekarang. Walaupun aku tahu takde orang nak ambik tahu pun pasal diri aku. Tapi lantak aku lah. Blog aku, suka hati aku lah nak tulis apa. Wah.. ayat dah macam nak penampar dari orang ramai jer. 

Aku sekarang telah bekerja di sebuah syarikat construction di semenanjung tanah air. Jadi, aku tak duduk di Sarawak lah sekarang. Alhamdulillah. Rezeki dapat di sini. Dan yang penting bekerja bersama Encik Cinta @ Abang Besar. Dah popular ko sekarang dengan panggilan Abang Besar ye. hihii..

Jika dulu masa study mana nak fikir pasal duit sangat. Sekarang, seposen pun aku berkira taw. Merasa macam mana gila dan penat bekerja untuk cari duit. Merasa dah macam mana susah arwah ayah aku dulu bekerja untuk bagi belanja kami adik beradik. Sekarang, aku pulak pikul tanggungjawab ini. Tapi sebenarnya, dari dulu lagi aku dah pikul tanggungjawab ini. Memang susah. Susah sangat. 

Aku sekarang tengah gila tengok running man. Sesiapa yang tak tahu lagi pasal running man nie. Memang korang ketinggalan zaman sangat lah. Lagi satu ayat nak penampar dari orang ramai ini. hihihi.. Jangan marah na.. Sekarang sambil menaip, aku layan running man. Tak tahu lah macam mana boleh ketagih. Tapi yang aku ingat. Masa praktikal dekat Yayasan Sarawak hari itu lah. Orang dok bercakap sal running man. Setiap kali waktu rehat dioarang nie layan running man kat laptop masing-masing. Jadi aku terjangkit sekali. Gila-gila gelak di buatnya.

Aku sekarang tengah menunggu hari konvo. Awal bulan 12 nie pergi melawat UUM lagi setelah sekian lama. Lama tak lama sangat lah. Baru bulan tujuh hari itu datang melawat sebab nak hantar report praktikal. Penuh cabaran masa itu. Tapi malas lah aku nak cerita. Yang penting dapat A untuk praktikal. Doakan semua berjalan lancar ye kawan-kawan.

Aku sekarang tengah rindu dengan family and kawan-kawan kat kampung. Dah sebulan kat sini. Tapi takpe. 2 minggu lagi balik sekejap untuk menjenguk. Naik kapal terbang dah macam naik bas. Tiket murah punya pasal. 60 ringgit jer aku ulang alik dari kL ke Kuching. Air Asia tambang murah anda. Everyone can fly. Wah.. dah promote Air Asia nampak.. hihihihi.. Tolong bisnes buddies .. Korang tak tahu lagi ye, Tony Fernades tu buddies aku selamanya. hahahaha..

Harapan aku sekarang. Aku harap. aku dapat lah update blog. Kalau tak hari-hari seminggu sekali jadilah. Rindu sebenarnya nak menaip. Tapi apa boleh buat kekangan masa dan masalah internet. Sekarang pun aku tengah guna broadband company. Memang menyalahgunakan harta syarikat. hihihiihi...

Sampai sini saja life update yang mampu aku cerita. Semoga bertemu lagi. Bye2..

Ini kira muka yang paling terbaru. Lama dah tak ambik gambar syok sendiri.
Amacam tembam ker? hihii...
tata..

Friday 19 July 2013

Hari terakhir sebagai praktikal student

Assalamualaikum

Tajuk yang terus dan telus dengan isi yang akan diutarakan. Korang akan tahu cerita apa yang aku akan ceritakan tetapi tidak tahu isi di dalamnya. Ya, hari ini 19 Julai 2013 genap enam bulan lebih aku berpraktikal di Yayasan Sarawak. Tapi sebenarnya ada baki dua hari lagi praktikal memandangkan holiday jadi tamatlah riwayat hari ini. hihihi..

Imbas semula hari pertama berpraktikal. Dalam perjalanan nak ke tempat berpraktikal, tayar motosikal adik aku pancit nak membuktikan betapa jauhnya tempat tersebut dengan rumah aku. Jauh beb, lenguh pinggang duduk atas motosikal. Disebabkan faktor jauh tersebut, aku telah membuat keputusan untuk tinggal di asrama yang telah disediakan. Jadi aku balik hari minggu je ke rumah. Tidak lah penat sangat adik atau kaum keluarga aku nak mengambil dan menghantar aku pergi kerja. Al-maklumlah, aku ini 'pandai' sangat bawak kenderaan tak kira motosikal atau kereta. Korang kena faham konsep tu.

Suasana baru jadi kawan pun baru. Alhamdulillah, aku boleh terima suasana baru tersebut. Kita di tempat orang kena pandai bawa diri. Biar siapa pun kawan kita, kita kena pandai jaga tingkah laku dan batas pergaulan. Perkara yang paling penting, jangan memilih kawan. 

Selang beberapa minggu, aku sudah ditimpa kemalangan. Wah, bukan kemalangan kot aku rasa. Lebih spesifik lagi jatuh motosikal kot. Tengah hari masa nak keluar pergi makan aku telah berani diri follow member keluar makan guna motosikal tanpa menggunakan helmet. Berani wo.. disebabkan jalan licin hujan kami telah mencium lantai. Nasib baik ada orang yang baik hati berhenti dan menghantar kami ke Yayasan semula. Salah seorang kakitangan menghantar kami ke klinik, nasib baik cedera tak teruk. Dapatlah MC dua hari.

Beberapa minggu kemudian, lain pulak kes yang berlaku. Bilik aku kena masuk orang luar. Ya, bilik asrama aku tempat aku tinggal sepanjang berpraktikal. Aku yang dapat tengok muka lelaki yang masuk bilik aku itu. Dari segi pemerhatian aku lelaki tersebut berbadan gempal dan bertuala. Aku rasa target utama lelaki itu adalah tempat kami simpan makanan. Lapar kot. Memang masa itu, aku rasa takut dan trauma. Lepas kejadian itu, aku semacam ada sindrom kunci pintu dan check balik pintu itu berkali-kali walaupun aku tahu pintu tersebut dah berkunci dengan selamatnya. Alahai, trauma punya pasal.

Semua itu dinamakan pengalaman. Memang benar seperti apa yang orang cakap, belajar dan bekerja itu lain. Komunikasi dan pergaulan itu penting tapi kena pada tempatnya. Segala perkara yang dibelajar semasa di Universiti di praktikkan semasa berpraktikal. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Semua staf baik-baik belaka. Kamceng jer..

Now, operasi menyiapkan report selepas praktikum. Minggu depan dah nak pi kedah hantar. UUM aku datang. Konvo dalam impian. Amin....

Sekian.

last day





Wednesday 17 July 2013

Tuesday 9 July 2013

Ramadan Al-mubarak 1434 hijrah/2013

Assalamualaikum

Ramadan datang lagi dengan seribu rahmat. 

Doaku agar aku terus hidup sepanjang bulan ramadan ini.

Doaku agar aku dapat menjalani ramadan ini dengan penuh ketakwaan dan sentiasa membisikkan kata-kata pujian dan cinta kepadaNYA.

Doaku dengan kehadiran ramadan ini akan mengajar aku menjadi lebih tabah dan kuat menempuh segala dugaan daripadaNYA.

Di malam pertama ramadan tiba-tiba terasa syahdu.

Cuba menahan air mata yang hampir gugur buat kesekian kalinya.

Merindui mereka yang tersayang yang telah pergi buat selamanya.

Merindui kenangan bersama mereka di bulan ramadan yang telah dilalui bersama mereka.



Sempena ramadan ini, aku Noradika Bolhassan menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang mengenali diri ini. Kita 0-0 ye puasa ini. Raya nanti kita minta maaf lagi. Mari kita beramal bersama-sama di bulan puasa ini. 


Al-fatihah buat:

Bolhassan bin Daraup (Ayah)
Fatimah Binti Tambi (Mak)
Tambi bin Zen (Datuk)
Yusup bin Tambi (Ngah)
 dan ahli-ahli keluarga lain yang telah meninggal dunia dan kaum muslimin dan muslimat yang lainnya.

Al-fatihah.



Sekian.




Tuesday 18 June 2013

Barbie..

Assalamualaikum.

Siapa suka tengok cerita barbie. Ala.. yang cerita anak patung yang cantik dan rambut blonde tu.. Siape? siape? Angkat tangan cepat. La, apehal ramai budak-budak yang angkat tangan ini. Takde orang dewasa yang suka ker? 

will u marry me?
eh...


Hahaa.. yela, cik nor.. dah nama cerita kartun mestilah budak-budak yang suka. Bukan nye seorang wanita yang umur 24 tahun.. Aku peduli apa. Asalkan aku bahagia melihat dan menonton cerita kartun barbie ini. Selalunya, kartun barbie ini di tv main masa cuti je lah. Aku kalau masa itu kena dengan hari sabtu dan ahad dan masa cuti. Aku akan set jam dan terus duduk depan TV. Orang lain tak boleh kacau.

Masa tengok itu, aku seolah-olah berada di alam fantasi. Aduh, cantiknya dia. Dengan pinggang dia yang ramping. Mata dia yang kebiruan. Rambut kekuningan dan ikal mayang. Lepas itu, jumpa pulak dengan Putera raja dan kahwin. Ces, baik punye dunia khayalan. Sering membuatkan aku leka dan berangan yang memang tak mungkin menjadi kenyataan. Gila ko nak jadi macam muka barbie dalam tv itu. Tapi kan, ada jer orang yang terlalu fanatik dengan barbie sampai rela buat pembedahan supaya jadi cantik macam barbie. Aduyai, manusia... apa ke gilernye.....

fuh..
kurus kot..
sori.. gambar ambil dari google,
tak jelas.

ini ar..
Plastik jer itu...
memang giler..
sebijik macam barbie..

Ini di tambah dengan teknik mekap jugak 
Bila aku tengok muka barbie yang real ini tak cantik pula aku tengok. Kurus keding jer aku tengok. Kalau takde make up mesti macam tengkorak hidup.

Apa-apa pun suka akan sesuatu benda itu atau seseorang itu biar berpada-pada jangan samapi kita menganggap dia lah idola kita. Ingatlah idola terbaik kita adalah rasulullah dan kita hanya memuja Allah bukan memuja manusia.

Nauzubillah min zalikk.


terima kasih kerana sudi membaca.




Wednesday 12 June 2013

Teduhan Kasih Tv 3

Assalamualaikum

Hai kawan-kawan, sekarang tengah demam teduhan kasih di tv 3 kan? Semua orang dok usha jer Adi Putra dalam cerita itu kan. Aku tahu korang kan. Pantang tengok lelaki baik sikit dalam drama. Terus lah syok. Dah itu mula lah berangan nak suami macam itu jugak. Tahu sangat lah korang semua. hehehehe...
Lepas itu, korang jawab balik. Ala, ko cik Nor. Ko sendiri pun macam itu jugak. Macam lah kite orang tak tahu. Diam-diam dan tengok saja sudah.

adaptasi novel
Biasa dah sekarang drama melayu dekat tv. Semua nak ambil novel.. Tapi yang tak best bagi aku adalah aku sebagai peminat tegar novel melayu belum baca novel itu lagi. O..damn it.

Sepanjang aku tengok dah berapa episod dekat tonton drama teduhan kasih ini. Aku terfikir sendiri di dalam kepala otak aku yang sangat hebat ini. Aku berfikir sendiri, ada wujud ke manusia sebaik Iffa dan sejahat mak tiri, kakak tiri dan Ayu dalam cerita ini. Apabila difikirkan balik, kita sebagai manusia adalah pelakon di muka bumi ini. Jadi tidak hairanlah kalau memang betul manusia sebaik dan sejahat itu. Cuma kita tidak jumpa secara real jer lagi.

Dalam banyak watak dalam drama ini, aku paling suka watak kakak dan mak tiri si Iffa ini. Apa sebab aku suka? Sebab diaorang dalam sekejam-kejam diaorang ada lawak jugak. Yela, korang tengok sendiri. Diaorang cakap pun dan terpekik terlolong. Lepas itu, dua-dua nak menang dan nak untung. Paling lawak sekali bila si mak tiri dipaksa menjaga cucu. Mesti ada jer yang tak kena dengan cucunye itu.

Apa-apa pun, aku tahu rakyat Malaysia enjoy tengok drama ini. Sekurang-kurangnya, boleh release kan otak yang baru balik dari bekerja. Atau boleh dijadikan cerita masa dekat pejabat bila esoknya. Ala.. normal kalau dekat pejabat takde nak bercerita macam ini kan. Lebih-lebih lagi yang kaum wanita dan kadang-kadang lelaki pun ada join sekali. Normal lah kan.. hihihi..



Ok, aku nak sambung tengok drama ini balik kat tonton. Harap korang enjoy baca coretan yang serba ringkas ini.

Sekian.



Sumber: google image.




* perkara yang paling susah adalah buat orang percaya dengan kita. 

Thursday 6 June 2013

Member kahwin # 2

Assalamualaikum..

Tanggal 31 Mei hari tu, sah lah Siti Zubaidah atau Jue atau Juju menjadi isteri kepada Muhammad Yusuf. Aku sebagai kawan baik amat bersyukur, akhirnya cinta janji setia antara dua insan bercinta terlafaz dengan akad yang suci. Alhamdulillah.. (fuh, ayat.. nak jiwang jer....)

Setelah beberapa tahun menyulam cinta, berjauhan antara satu sama lain. Akhirnya, perkahwinan telah menyatukan mereka. Waduh.. cukup - cukup lah jiwang cik nor oii... bukan ko yang kawen.. hihihi..

Masa hari akad nikah, aku tak dapat nak hadir sebab tanggungjawab kepada kerja. Masa majlis sanding iaitu hari sabtu, aku, cik Mimi dan encik Isa telah bertolak awal pagi ke kampung Jue. Al-maklumlah Mimi dengan Isa jadi pengapit hari itu. Walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang telah mereka berdua tempuh, akhirnya berjaya juga mereka menjadi pengapit pada hari tersebut. hahaha...

Jue dan Usup sangat secocok dengan sepersalinan pakaian pengantin yang serba hijau dan sejuk mata memandang. Majlis telah di meriahkan oleh sanak-saudara dan sahabat handai tidak kira jauh atau dekat. Kesemuanya bergelak ketawa untuk memeriahkan majlis kedua mempelai.

Mempelai di atas pelamin sangatlah manis,
Ramai yang datang mengambil gambar,
Aku malas nak menulis,
Marilah kita layan gambar.

Berpantun pula... hahahaha..

Selepas akad nikah.

Ibu dan Ayah kedua-dua pengantin.

Keluarga sebelah lelaki.

Muka pengapit penuh fokus menjalankan tugasnya.

kawan baik.
model iklan colgate.

Kawan-kawan baik

Kawan-kawan sekolah.

Pengapit 

motif tunjuk bantal?

jumpa PM terus buat 1 Malaysia.
(Baju design oleh pengantin)

Balik kenduri
rehat sekejap bersama Revive








Doaku buat kawan baik ku.. Jue..
Semoga menjadi isteri yang solehah,
Berbahagialah,
kerana kau berhak mengecapi kebahagiaan itu,
pahit manis berumah tangga di harap dapat di harungi bersama,
bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak suami isteri,
aku pun tak tahu apa kaitan lidah di gigit dan suami isteri.. hehehe..

Aku sebagai kawan sentiasa mendoakan kau bahagia hingga hujung nyawa bersama pasanganmu,
dan semestinya akan bahagia jika lahirnya baby yang comel nanti,

Akhir kata, Selamat Pengantin Baru, Jue dan Usop.




Sekian.



sumber: facebook Jue Mine


















Friday 17 May 2013

Nafsu Manusia

Assalamualaikum


Salam Jumaat buat semua kaum muslimin dan muslimat sekalian. Jumaat penghulu segala hari.  Jumaat untuk peringatan kepada kita tentang akan berlakunya hari Kiamat. Selamat menunaikan solat Jumaat buat kaum Adam semua. Sempena hari Jumaat ini aku nak cerita sikit berkenaan nafsu manusia. 

Nafsu tidak mahu mengakui dirinya hamba Allah. Bagi nafsu, dirinya miliknya sendiri dan tiada kena mengena dengan Allah. 

Biarpun nafsu telah dilontar ke neraka 1000 tahun, tapi nafsu masih tidak mahu mengakui sebagai hamba Allah. Apabila ditanya lagi, nafsu masih tidak mahu mengakui dan dilontar lagi ke neraka selama 1000 tahun lagi. Ditanya kali ketiga tapi nafsu memang degil.

Sudahnya lebih lama daripada 1000 tahun di neraka. Jelaslah, nafsu memang akan sentiasa memerangi akal manusia. Memerangi nafsu itu lebih dahsyat daripada Perang Badar. Jadi, kita sebagai manusia janganlah lupa tentang kekuatan nafsu ini. 

Nafsu manusia adalah ujian daripada Allah. Jika manusia mampu menguasai nafsunya bermakna dia telah mengatasi ujian daripada Allah. Sekiranya nafsu dididik ke arah kejahatan maka nafsu akan menjadi jahat dan liar. Maka lahirlah orang yang pandai tapi jahat, orang yang bodoh yang jahat, pemimpin yang jahat dan sebagainya.

Mengikut Al-Quran nafsu terdiri daripada tiga iaitu:

1) Nafsu Ammarah Bissu
2) Nafsu Lawwammah
3) Nafsu Mutmainnah

Nafsu Ammarah Bissu mengarahkan manusia kepada perbuatan dan perilaku yang dilarang agama. Firman Allah maksudnya : "Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah Yusof : ayat 53)

Susah nak menegur orang yang mempunyai nafsu sebegini kerana mereka tidak peka dengan kesilapan dan selalu mengikut kepala sendiri sahaja. 

Nafsu Lawwammah adalah nafsu yang sudah mengenal baik dan buruk. Nafsu tercela kerana kelalaian tuannya melaksanakan  peraturan-peraturan Allah. Nafsu ini mengarahkan manusia untuk menentang kejahatan, tetapi kadang kala nafsu akan terjerumus kepada dosa. Orang yang memiliki nafsu seperti ini tidak tetap pendirian. Orang yang memiliki nafsu seperti ini memiliki jiwa menyesali atas perbuatan jahat yang mereka lakukan.

Nafsu yang ketiga dalah nafsu Mutmainnah yang membuat pemiliknya tenang dalam ketaatan. Orang yang memiliki nafsu ini dapat mengawal nafsu syahwat dengan baik dan sentiasa cenderung melakukan kebaikan. Mereka sentiasa redha dengan ketentuan Allah.

Firman Allah : " Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi di redhaiNYA. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKU, dan masuklah ke dalam syurgaKU." (Surah Al-Fajr : ayat 27-30)

Kawan-kawan semua marilah kita didik nafsu kita ke arah yang diredhai oleh Allah.

Anda kategori nafsu yang bagaimana? Renungkanlah...





Sumber: penpatah.blogspot  & kotakemail.blogspot


Thursday 16 May 2013

Korang kenal tak?

Assalamualaikum.

Hai, ladies and gentleman. Aku nak introduce kat korang sorang minah nie. Aku harap korang kenal lah. Aku dah tak larat dah dengan perangai syok sendiri dan gila-gila minah nie. Kalau korang larat nak jaga, korang ambik lah ye. hehehe..

Ini dia.... minah nye....




Korang kenal tak?
















Minah 1







Minah 2
Sekian.

Wednesday 15 May 2013

Semenanjung ke Sarawak


Assalamualaikum

Penghujung bulan 1 hari itu, ada sorang mamat semenanjung, orang selangor nie nak ikut aku balik kampung. Kampung aku yang kat sarawak. Ye, aku orang sarawak bumi kenyalang. Bukan orang kelantan, bukan orang perak. Aku pun tak tahu kenape orang cakap muka aku ini macam muka orang semenanjung. Yang menjadi kehairanan aku, apa beza muka orang sarawak dengan orang semenanjung. Sama jer aku rasa. emmm.... 

Aku ingat lagi ayat mamat ini. Dia cakap, die ingin sangat nak datang sarawak. Nak naik kapal terbang. Sambil buat muka comel, nasib baik tak buat gwiyomi jer dengan aku. Dia cuba memujuk aku dengan sehabis mungkin. Disebabkan hati aku yang suci murni dan baik ini, akhirnya aku kalah juga dengan pujuk rayu mamat itu. Akhirnya, aku book sekali tiket kapal terbang sekali untuk dia. Buat pertama kali, aku bawa orang semenanjung ke rumah. Dah macam bawa bakal suami dah... hehe...

Muka cute yang dia buat.
Cute ker?

Akhirnya. Balik berdua. sebelum ini balik sorang2..
Sampai je Airport Kuching, kami di sambut oleh cik Mimi dan pasangannya encik Isa Kumar. Dan secara automatiknye cik Mimi telah menjadi pemandu arah atau tourist guide bagi kami. Kerja tanpa gaji, kami sangat berterima kasih kepada cik Mimi atas jasa baik beliau. 

Ini lah muka tourist guide yang tak bergaji kami merangkap jurukamera.
Selama dua hari mamat ini kat sarawak, kami orang sarawak ini hanya sempat bawa dia jalan-jalan di Kuching dan Samarahan sahaja. Kalau setakat dua hari ajer kome nak pusing satu sarawak. Jangan nak mimpi lah ye..

Tempat-tempat yang sempat kami singgah selama dua hari itu adalah.....
korang boleh scrool kat bawah.. Aku nak letak gambar jer.. 

Ini bangunan INTAN singkatan bagi Institut Tadbiran Awam Negara.
Orang samarahan nak pi kuching mesti lalu bangunan ini.






Pemandangan sekitar Waterfront


Mahkamah Lama di tengah bandar Kuching


Astana Brooke



Tak sah kalau pelancong tak ambil gambar kat sini. Tapi ini bukan pelancongnya.. hihi..



Ini baru pelancong nye. Yang pakai sunglasses tu lah.. Budak kecik pakai
beg pink dan buat muka perasan macho itu Arol. haha..


Next...

Petangnya aku ajak mamat ini ambil Jue dekat kampung dia. Kampung Jue memang adventure sikit lah bila nak pi. Tapi tak lah dahsyat mana. Normal lah kan bila kereta naik Feri. hehhe..

Kereta dan motosikal menyeberang sungai.

Masa pergerakan feri. 

Sampai kampung Jue dah masuk maghrib masa tu. Terus mak dan ayah Jue, ajak pi surau. Sembahyang dulu. Kira-kira dalam pukul 9 malam macam itu baru balik. Jue pun ikut sekali dan bermalam rumah mimi sebab esoknya dia nak ikut kita orang ronda Kuching lagi dengan alasan nak beli barang-barang untuk kahwinnya nanti.

Esoknya,

Plaza Merdeka, Kuching

India Street, Kuching

Sekitar pemandangan di India Street



Lepas teman Jue pi beli barang kahwin dia. Aku pun ajak diaorang ronda-ronda cari rumah sewa di kawasan semariang yang berdekatan dengan Yayasan tempat aku praktikal. Sekadar tengok-tengok aje, bukan dapat apa-apa pun. Memandangkan Yayasan nie satu hala jer nak pi santubong dan damai beach jadi kitaorang pun melencong lah ke sana.

Sepanjang perjalanan menuju ke santubong dan damai beach


Kampung budaya Sarawak

Damai beach berdekatan dengan kampung budaya sarawak. Jadi niat aku nak bawak lah pelancong nie masuk kampung budaya ini. Nak suruh dia tengok rumah-rumah tradisional kaum yang ada kat sarawak ini dan segala adat resam dan budaya orang sarawak boleh tengok. Tapi sayang seribu kali sayang, bila dengar je tiket untuk masuk, kami tak jadi nak masuk disebabkan harga tiket untuk orang bukan sarawak adalah RM60. Bagi orang sarawak pulak RM20 kalau tak silap aku. Bajet pun tak cukup jadi terpaksa batalkan niat. Mamat ini cakap, takpe lain kali boleh datang lagi. Aih, macam nak selalu datang jer nie. hehehe..

Lepas niat nak masuk kampung budaya itu tergendala kami terus ke seberang jalan. Tengok laut lagi best, tapi yang tak best adalah masa itu tengah hari dan panas terik. Berpeluh jugak lah menengok laut masa itu.



Nurul pun ikut masa itu. Tapi dia lambat sikit dan follow kita orang guna kereta dia masa nak pergi santubong tu jer. Lepas berpanas beberapa jam dekat damai beach. Kami pun terus bertolak balik. Tak boleh nak tengok suasana malam sebab malamnya mamat semenanjung ini dah nak kena fly balik. Naik flight dah macam naik bas, booking bukan main lama lagi tapi pergi sekejap ajer. Sabo jer lah.....

Malamnya pulak hantar beliau, wah beliau pulak dari tadi mamat mamat jer aku guna. Aku hantar dia balik dan ajak nurul sekali teman dan tak lupa Jue dan mimi.

Cukuplah 3 hari 2 malam beliau di sarawak. Sempat juga dia bawa balik kek lapis.
Kalau ada jodoh datang lagi ke sarawak.
Jangan malu dan jangan segan.

Sampai sini saja cerita nya. Nanti kita cerita lagi ye.

Wassalam.

Love u all.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...