Monday 14 January 2013

kebahagiaan

Assalamualaikum.

Aku sudah terlalu banyak mengalami kehilangan dan kesusahan dalam hidup. Hidup yang penuh dugaan yang perlu aku tempuh dengan penuh kesabaran dan keredhaan. Aku yang nampak kuat luarannya sebenarnya sangat lemah pada dalamannya. Entah bila akan ada sinar kebahagiaan dalam hidupku. Aku terasa semacam sudah tidak mampu untuk menunggu kebahagiaan itu lagi muncul. 

Sekarang adakah bermulanya detik kebahagiaan bagiku.. Ya, aku sedang mengalami kebahagiaan pada saat ini. Bahagia bersama dengan orang yang benar-benar sayang denganku. Tetapi kadang-kadang hati ini seakan menjadi sebegitu penakut. Takut sejarah akan berulang lagi. Tidak mahu hati disakiti lagi. 

Timbul persoalan di dalam kepala otak ini. 
Adakah betul dia sayang padaku?
Adakah benar perhatiannya itu?
Adakah betul tindakan aku ini dengan menyayanginya?
Adakah hati dia akan berubah?
Adakah hanya di permulaan ini saja sayangnya kepadaku?
Adakah aku layak menerima kebahagiaan ini?

Aku berfikir semula. Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Semua manusia wajib mengecapi kebahagiaan itu. Kenapa pula aku tidak boleh? Ya, aku berhak. Aku tidak perlu takut lagi kerana aku adalah makhluk ciptaan Allah yang berhak untuk mengecapi kebahagiaan itu. Aku harus menghargai kebahagiaan ini. 


Doaku.. Jika benar dia orang yang akan membahagiakan aku, dekat kan lah hati ku dengan hatinya. Dan jika bukan dia orangnya. Aku berharap aku terus tabah menerima ketentuan-NYA dengan redha dan aku akan terus menyintai Allah lebih daripada segalanya.. Amin...


Wassalam.
terima kasih kerana sudi membaca. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...