Monday 25 March 2013

Baby, I LOVE U..

Assalamualaikum..

Hai, baby yang comel sekalian. Dah mamam ke? Kalau belum sila jumpa mama anda dengan segera. Nanti kalau lapar menangis pulak. Risau mama anda nanti.hehehe...

Semenjak akhir-akhir ini kegilaan aku kepada baby semakin menjadi-jadi. Aku pun tak tahu kenapa. Bila tengok gambar baby dekat google image terasa tenang dan bahagia jer.. Terasa baby ini macam dan mendrem atau mak esahkan aku dalam diam. 

Jangan korang fikir negatif pulak. Takde perkara yang pelik berlaku dengan aku. Fitrah jadi perempuan minat tengok baby. Kalau ada perempuan atau wanita yang tak suka dengan baby mesti ada something wrong dekat perempuan tu. Tapi ada je perempuan tak suka baby. Macam aku pernah dengar cerita member aku, mak cik die tak suka budak-budak termasuk baby sekali lah. Dapat anak dari hasil perkahwinannya dengan suami, anak die terabai. Yang pelik pulak suami nye pulak suka sangat dengan budak-budak. Si isteri tak nak ada anak lagi, sampai si suami sanggup ambil anak angkat sebab ingin sangat nak anak. Ada jugak orang macam itu dalam dunia nie ye. Sabar sajalah....

Yes! Baby memang comel. Tak kira lah baby melayu ke, cina ke, india ke, orang putih ke, yang pasti semuanya comel. Bila mereka senyum, tidur, makan, gelak, kerut dahi, marah sekalipun tetap comel dan boleh membuatkan kita senyum. Lebih-lebih lagi kalau yang baru pandai nak berjalan tu, dengan bontot yang besar dengan pampers. Langkah satu dua lepas tu jatuh.. aduyai, geramnye. 

Kaum perempuan atau wanita di luar sana, korang rasa tak apa yang aku rasa. Rasa kegeraman terhadap baby yang comel nie. Kalau takde jugak perasaan tu.. korang tengok gambar-gambar di bawah.

titter syuka awk la...

woooooooo..
syayer tomey tak? tomey kan.. syayer tahu.. hehhe

aduh.. geramnya....
nk tumbok titter ke? titter tak tattut la..
syayer marah nie..

eeeeee... gerammmmnye !!

do you know me?

jom tido style ikan duyung

syedihnyer..

pipi die...

twins..
muhammad rayyan yang sedang tidur..

sangat nyenyak ye..
Afif Nawfal... rindu la wowo..

Afif Nawfal & Akil Ashraf
Danish Irfan & Afif... rindu nyer...

Bakti Arjuna Fitri

anak fynn jamal yang comel.

Ok.. dah puas tengok gambar baby? Ape perasaan korang? Geram tak.. geram tak? Rasa macam nak baby tak? Oppppssss... hehhe..

Baby adalah satu kurniaan Allah, bukan sampah yang di buang begitu sahaja. Hargai dan belai mereka dengan penuh kasih sayang. 

Thank you for reading this entry.

Thursday 14 March 2013

Yes! Misi Berjaya.

Assalamualaikum..


Hai buddies ku sekalian.. 
Sambil layan lagu korea dan hindustan aku taip story nie. Korang ingat lagi entry nie..kerana mulutmu .. Entry ini menceritakan perasaan aku sebagai perempuan yang berbadan kurus keding serupa tak cukup makan. 

Ye, memang dulu aku kurus keding. Aku mengaku.. Kalau angin tiup pun mungkin boleh melayang. Jangan salah anggap ye, takde istilah diet dalam kamus hidupku.. Aku sangat suka makan.Dah memang badan aku nie susah nak naik, nak buat macam mane makan dah terlebih pun badan still mantain...

Disebabkan ramai sangat orang tegur aku dan mungkin sebab cemburu dengan bentuk badan aku yang macam model ini (perasaan untuk 'up' diri ). Aku telah bertekad untuk menaikkan berat badan aku. Aku sedar aku punye BMI confirm underweight sebab dengan tinggi aku yang 153 cm dan berat badan yang hanya 40 kg dan kadang kurang membuatkan aku jadi stress dengan berat badan aku sendiri. Itu lah girl, memang susah nak berpuas hati dengan diri sendiri. Kurus pun susah, gemuk pun susah. 

Selepas mendapat nasihat daripada kawan aku yang bernama mimi, aku telah mengambil supplement ginseng. Kira supplement nie untuk menambah selera makan aku dan menaikkan berat badan aku ke tahap normal. Selepas 3 hari pengambilan, alhamdulillah selera makan aku semakin bertambah. Asyik nak makan jer dalam otak ini. 

2 minggu selepas ambil supplement tu, berat badan aku naik dan aku terasa pipi dah semakin membulat. Bila aku cek berat badan.. wow.. dari 40 kg dah naik 45 kg.. suka betul aku.. hehhe..  Tamat jer semester 7 dan balik kL untuk bercuti,aku telah dijamu oleh makanan yang lazat di rumah mak cik. Keluar dating gak aktiviti utama adalah makan. Hal ini menyebabkan berat badan aku naik 4 kg. fuh.. syok giler wo....

percaya ke tidak?
Tengok tang muka pulak..

tang pipi tu yang berubah bentuk.  yang tudung kuning dulu, tudung merah sekarang



Lagi ye tengok perubahan aku..

masa kurus
dah ada isi.
masa keding
berat badan ideal.
Masalah yang timbul pulak bila berat dah naik nie ialah seluar yang dulu semua dah tak dapat pakai. Nasib baik baju masih dapat pakai lagi. Sekarang aku rasa senang dan selesa dah dengan berat badan sekarang. Supplement tu,aku dah tak ambil dah dan berat badan still berat badan ideal.. Terasa nak jerit jer dengan orang dok kate aku kurus keding dulu. Wei, aku dah ada isi? tak keding dah. terima kasih lah dulu bagi nasihat kat aku depan orang ramai. Terasa macam nak cakap macam tu pulak dekat orang tu.

Pengajaran di sini, tak semua cemuhan orang kat kita tu hanya untuk menjatuhkan kita saja. Bergantung kepada kita untuk menangani cemuhan tersebut supaya boleh dijadikan peransang untuk memajukan diri sendiri. Renungkan-renungkan dan selamat beramal..
 

Sekian.


Monday 11 March 2013

Bertudung

Assalamualaikum.



Comel kan?

Aku bertudung semenjak darjah 2. Masa itu budak-budak lagi tak tahu makna bertudung yang sebenar sebab keluarga aku jenis yang tak bertudung biasalah orang dulu-dulu memang kebanyakkannya tak bertudung kan. Aku ingat lagi permulaan aku pakai tudung masa darjah dua. Masa tu, arwah mak dan ayah ajak pi beli pakaian sekolah. Masa dok belek-belek baju sekolah tu, aku ternampak baju sekolah satu set lengkap bertudung yang tersarung dekat patung kedai baju tu. Aku rasa macam comel jer,patung tu pakai tudung dengan baju sekolah macam tu. Itu yang aku paksa mak aku beli tudung dan yang paling dahsyat sekali,aku nak jugak baju sekolah dan tudung sekolah yang patung tu pakai tak nak yang lain. Jadi berbogel lah patung tu dibuatnye. Hahahha..Budak-budak katakan....
Masa itu, aku bertudung untuk ke sekolah dan mengaji jer. Apabila dah masuk darjah lima aku dah mula pakai tudung bila keluar dari rumah. Alhamdulillah, selepas itu arwah mak pun mula bertudung dan apabila nak p kenduri kahwin orang mesti dia suruh aku pakaikan tudung untuk dia. Kenangannye...

Sekarang dah pelbagai fesyen tudung yang ada di pasaran. Ada yang lilit-lilit. Ada yang tudung express. Ada yang segi tiga. Maca-macam lagi lah. Sekarang boleh dilihat makin ramai orang bertudung, artis seperti pelakon dan penyanyi pun ramai yang dah bertudung.

Tapi adakah tudung kita mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh islam? Macam mana bertudung yang betul ikut islam? Hasil dari aku google aku dapati..

1) Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
  • Pastikan anda menutup keseluruhan rambut dan tanpa menampakkan walau sehelai rambut pun. Ramai yang tidak sedar yang anak rambut juga haram dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim. Jadi, kita hendaklah memastikan yang anak rambut juga tidak nampak apabila bertudung.
2) Pilihan tudung yang tepat
  •  Jangan memilih tududng yang jarang dan boleh menampakkan rambut di dalamnya. Niat anda untuk menutup aurat hendaklah disertai dengan cara yang betul. Jangan kerana mengikut aliran zaman, bertudung hanya kerana fesyen. Kalau bertudung hanya kerana untuk berfesyen. Baik tak payah bertudung.
3) Pakaian harus bersesuaian
  • Jangan memakai pakaian yang ketat yang boleh menampakkan susuk badan kita. Hal ini kerana islam menyarankan kita menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah.
4) Pastikan tudung menutupi bahagian leher dan dada
  • Aurat yang selau dilupakan oleh kita sebagai wanita adalah bahagian dada dan juga bahagian leher. Pilih tudung yang lebih panjang sehingga menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher kita sehingga menampakkan kulit leher kita.  
5) Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di kepala
  • Jika benar itu rambut, jangan membuat sanggul yang terlalu tinggi sehingga menampakkan sanggul yang menyerupai bonggol. Aku paling pantang tengok orang macam nie. Dah macam unta padang pasir dah aku tengok. 
Semua ini aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua sebab aku pun bukan nya bagus sangat dalam bertudung. Cuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelum ini. Harap entry kali ini dapat menjadi pengajaran untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Love u all.

P/S: tak salah kalau bergaya bila bertudung tapi pastikan syariat islam dalam bertudung sentiasa diikuti.

Thursday 7 March 2013

24 Tahun

Assalamualaikum

Tanggal 1 Mac 2013, genaplah umur aku 24 tahun.  Tepat pukul 12 malam Encik Cinta dah call siap nyanyi-nyanyi lagu happy birthday lagi. Esoknye pulak, kawan-kawan dekat office wish birthday dan kebetulan office buat bacaan tahlil dan yassin. Bersyukur sangat ulang tahun kelahiran dengan adanya bacaan dan doa macam nie. Satu hari tu, jadi orang popular dengan ucapan di Facebook dan telefon dari kawan-kawan. Malamnye pulak kawan-kawan dekat kampung buat BBQ dan reunion sekaligus siap ada kek lagi. Terharu sangat rasanya. Dan yang paling kelakar ada orang nak buat kejutan pada hari itu, tapi tak jadi dan akhirnya dia pulak yang di suprise kan.. hehehe..

Perkara tersebut berlaku cuma satu hari sahaja. Bertukar sahaja tarikh, dah tak popular lagi dah aku. Aku bukan nak cerita pasal aku nie popular ke tak. Dah confirm aku ini tak dapat lawan kepopularan Puan Siti Nurhaliza kan? Aku cuma tengah berfikir, selama 24 tahun nie. Apakah sumbangan aku kepada keluarga aku? sumbangan aku kepada negara? atau sumbangan aku kepada diri sendiri? Kadang-kadang semua perkara itu harus kita fikir juga untuk memotivasikan diri kita.

Selama 24 tahun ini juga, sudah banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku. Perkara suka, duka, pahit dan manis kehidupan hampir kesemuanya aku dah tempuh. Kalau boleh diputarkan masa di umur aku 19 tahun atau 18 tahun. Alangkah bahagianya, sebab masa itu mak dengan ayah masih berada di samping aku. Tapi perkara tersebut amat mustahil bagi aku.

Kehidupan harus diteruskan. Pertambahan umur akan mematangkan diri kita. Apakah akan berlaku pada umur 24 ini? Hanya Yang Maha Besar yang mengetahuinya.. Mana tahu kahwin tahun nie.  Jeng..jeng.. jeng... Lamaran sudah ada cuma menunggu masa jer lagi..

Semoga Allah sentiasa membahagiakan aku dan orang-orang di sekelilingku.. amin...


Aku,Usu (pak cik aku),Is(adik aku), Siti (my kazen),Jiji (adik aku)

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...