Monday 11 March 2013

Bertudung

Assalamualaikum.



Comel kan?

Aku bertudung semenjak darjah 2. Masa itu budak-budak lagi tak tahu makna bertudung yang sebenar sebab keluarga aku jenis yang tak bertudung biasalah orang dulu-dulu memang kebanyakkannya tak bertudung kan. Aku ingat lagi permulaan aku pakai tudung masa darjah dua. Masa tu, arwah mak dan ayah ajak pi beli pakaian sekolah. Masa dok belek-belek baju sekolah tu, aku ternampak baju sekolah satu set lengkap bertudung yang tersarung dekat patung kedai baju tu. Aku rasa macam comel jer,patung tu pakai tudung dengan baju sekolah macam tu. Itu yang aku paksa mak aku beli tudung dan yang paling dahsyat sekali,aku nak jugak baju sekolah dan tudung sekolah yang patung tu pakai tak nak yang lain. Jadi berbogel lah patung tu dibuatnye. Hahahha..Budak-budak katakan....
Masa itu, aku bertudung untuk ke sekolah dan mengaji jer. Apabila dah masuk darjah lima aku dah mula pakai tudung bila keluar dari rumah. Alhamdulillah, selepas itu arwah mak pun mula bertudung dan apabila nak p kenduri kahwin orang mesti dia suruh aku pakaikan tudung untuk dia. Kenangannye...

Sekarang dah pelbagai fesyen tudung yang ada di pasaran. Ada yang lilit-lilit. Ada yang tudung express. Ada yang segi tiga. Maca-macam lagi lah. Sekarang boleh dilihat makin ramai orang bertudung, artis seperti pelakon dan penyanyi pun ramai yang dah bertudung.

Tapi adakah tudung kita mengikut syariat yang telah ditetapkan oleh islam? Macam mana bertudung yang betul ikut islam? Hasil dari aku google aku dapati..

1) Tudung haruslah menutupi keseluruhan rambut
  • Pastikan anda menutup keseluruhan rambut dan tanpa menampakkan walau sehelai rambut pun. Ramai yang tidak sedar yang anak rambut juga haram dilihat oleh lelaki yang bukan muhrim. Jadi, kita hendaklah memastikan yang anak rambut juga tidak nampak apabila bertudung.
2) Pilihan tudung yang tepat
  •  Jangan memilih tududng yang jarang dan boleh menampakkan rambut di dalamnya. Niat anda untuk menutup aurat hendaklah disertai dengan cara yang betul. Jangan kerana mengikut aliran zaman, bertudung hanya kerana fesyen. Kalau bertudung hanya kerana untuk berfesyen. Baik tak payah bertudung.
3) Pakaian harus bersesuaian
  • Jangan memakai pakaian yang ketat yang boleh menampakkan susuk badan kita. Hal ini kerana islam menyarankan kita menutupi aurat dengan bertudung untuk menutupi sebahagian badan selepas memakai baju agar tidak menimbulkan fitnah.
4) Pastikan tudung menutupi bahagian leher dan dada
  • Aurat yang selau dilupakan oleh kita sebagai wanita adalah bahagian dada dan juga bahagian leher. Pilih tudung yang lebih panjang sehingga menutupi dada anda. Pastikan tiada belahan di bahagian leher kita sehingga menampakkan kulit leher kita.  
5) Tidak menampakkan sanggul yang keterlaluan di kepala
  • Jika benar itu rambut, jangan membuat sanggul yang terlalu tinggi sehingga menampakkan sanggul yang menyerupai bonggol. Aku paling pantang tengok orang macam nie. Dah macam unta padang pasir dah aku tengok. 
Semua ini aku nak kongsi dengan kawan-kawan semua sebab aku pun bukan nya bagus sangat dalam bertudung. Cuba untuk jadi yang lebih baik dari sebelum ini. Harap entry kali ini dapat menjadi pengajaran untuk diri sendiri dan kawan-kawan semua. Love u all.

P/S: tak salah kalau bergaya bila bertudung tapi pastikan syariat islam dalam bertudung sentiasa diikuti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...