Wednesday 1 May 2013

1 Mei dan Adik Saya

Assalamualaikum.


Hari ini tanggal 1 Mei 2013. Hari Pekerja untuk pekerja-pekerja di seluruh dunia umumnya dan Malaysia khususnya. Wah, ayat aku.. Semua pekerja di beri cuti untuk hari ini. Tidak kira apa pekerjaan anda, sama ada doktor, majistret,guru,kerani,pegawai SPR dan sebagainya dikehendaki bercuti untuk hari ini. Jadi, Selamat Bercuti untuk semua pekerja-pekerja sekalian. Bagi penanam anggur (penganggur) pula, anda memang bernasib baik kerana sentiasa bercuti tidak kira hari bekerja atau hari bercuti. Anda memang bertuah. :-)

selamat hari pekerja Malaysia!


Tanggal 1 Mei ini juga, adalah hari lahir adik bongsu aku yang bernama Norshahasrul Fatri Bin Bolhassan. Genaplah umur beliau 10 Tahun. Selamat hari lahir Arol, I love u..


duck face.. suka tangkap gmbr buat muka mcm. pangaruh fb.
Budak yang suka buat muka 'duck face' ini suka sangat main teka-teki. Antara teka-teki yang paling aku ingat masa dia umur 4 tahun kalau tak silap ingatan aku. Teka-teki yang berbunyi macam ini:

monyet atas pokok, katak pulak bawah pokok.
kenapa monyet atas pokok?

jawapan aku masa itu:

sebab monyet memang suka bergayut atas pokok.

jawapan arol:

salah. sebab monyet takut dengan katak yang bawah pokok tu. Itu sebab monyet atas pokok.

hahaha... masa itu. Memang gelak besar aku di buatnya. Teka-teki itu tercipta disebabkan masa itu dia memang takut sangat dengan katak. 


Lagi satu teka-teki yang saja nak menyebabkan aku terkena. Kira baru-baru ini juga lah teka-teki itu. Masa itu, aku baru baik daripada demam. Malam sebelumnya, memang aku tak larat sangat nak bangun. Bangun pagi itu, badan aku masih terasa lemah semacam. Lepas aku makan ubat dan mandi dan kemas-kemas rumah sikit. Barulah terasa baik dan boleh buat apa-apa yang patut. Lepas makan tengah hari, aku suruh Arol cuci kasut sekolah die. Tapi budak itu degil. Tak nak die nak cuci kasut. Aku apa lagi mula lah berleter. Masa aku tengah berleter marahkan die tu, tiba-tiba die suruh aku berhenti.

kak nor, kejap. Arol ada satu teka-teki.

Aku terus terdiam.  Ha, apa teka-tekinye?

Ada sorang perempuan, masa pagi die lemah jer. Baring jer sepanjang malam sampai ke pagi. Memang perempuan tu macam dah tak berdaya lah. Tapi, bila tengah hari. perempuan tu sihat dan cergas dan die terus marah-marahkan orang dan bising-bising. Siapakah perempuan itu?

Aku tak mampu nak jawab teka-teki itu dan jawapan aku hanya ketawa sampai keluar air mata. 

Ok, fine. Adik aku kenakan aku. Agak kureng asam di situ.. hihihihi...

Arol & kai (cousin) . Raya tahun lepas.
Selamat hari lahir, Arol. Semoga menjadi orang yang berjaya dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Sampai sini saja..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...