Monday 21 October 2013

Gurauan

Assalamualaikum


Kita sentiasa rasa kita betul. Semua perkara yang kita lakukan kita akan rasa betul dan tak salah dan tak perlu orang nak betulkan pun perlakuan kita itu. Eh.. bukan aku dah taip ke ayat tu sebelum tu. Ala.. pedulikan. Pedulikan apa orang nak kata. 

Tetapi harus diingat, kita ini hidup bermasyarakat. Memang betul kubur asing-asing tapi jangan pura-pura lupa pula yang tolong angkat jenazah kita masuk dalam kubur itu, masyarakat. Yang tolong kapankan jenazah kita pun masyarakat. Bukannya jenazah kita sendiri yang kapankan diri sendiri dan bukan jenazah kita juga yang berjalan masukkan diri dalam lubang kubur. Itu dah cerita mistik namanya. Jangan biarkan hidup anda diselebungi misteri.

Ok. Mukadimah bukan main panjang berjela tapi apa kaitannya dengan tajuk. Adalah kaitannya. Kaitannya adalah berkenaan manusia. Kita sebagai manusia ini mestilah berhati-hati dengan gurauan kita sendiri, gurauan kita kepada kaum keluarga, gurauan kita kepada kawan-kawan dan rukun tetangga. Pendek kata, gurauan kita kepada masyarakat di sekeliling kita.

Memang tidak dinafikan, gurauan adalah baik untuk kesihatan. kesihatan? ok, lupakan. Baik untuk mengeratkan silaturahim. Tapi, harus diingat. berapa kali mahu ingatlah. Tidak semua orang suka dengan sesuatu gurauan itu. Gurauan kalau dah berlebihan boleh merenggangkan hubungan kita sesama manusia. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak sedar ketelanjuran kita dalam bergurau sehinggakan boleh menyentuh hati sanubari orang. Ya, memang perkara ini di luar jangkaan kita. Kita tidak boleh mengetahui hati seseorang. Kita tak tahu pun orang itu sakit hati ke apa ke dengan gurauan kita. Tetapi kita boleh fikir sendiri. Sebelum mengeluarkan atau melontarkan sesuatu gurauan itu. Kita perlu berfikir dahulu. Ingat. Ingat lagi.. ishk2.. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Perahu dengan kata apa kaitannya. Itu namanya peribahasa. hihihihi..

Aku paling tak suka kalau orang bergurau melibatkan kaum keluarga. Contohnya, sebut-sebut nama bapak ke mak ke? Apa ingat mak dan bapak aku untuk korang bergurau ke. Aku memang pantang lah kalau bab-bab macam itu wei..

Lagi satu kalau orang bergurau ada berunsur 18SX sikit. Itu memang nak makan penampar tangan dan sepak kaki namanya. Mesti korang pernah alami kan orang bergurau macam ini. Mungkin diaorang selalu buat 'double meaning' lah. Tapi sebenarnya maksudnya ke arah itu. Itu dah nama gila seks namanya. Kalau ada member korang dah mula bergurau yang jenis macam ini. Korang terus blah dari situ. Tak guna dengar buat sakit hati jer.

Lagi satu. Bergurau yang main pukul-pukul. Ada wei orang bergurau main pukul-pukul macam ini. Aku bagi contohlah.. Masa kita tengah duduk study atas meja dengan khusyuknya, tiba-tiba ada member datang pukul belakang kita. Pukul bukan sebarang pukul, pukul yang boleh menyebabkan maut. Yelah, kalau dah terkejut beruk macam mana tak maut. Apabila ditanya kenapa.. dengan rileks nye die menjawab. Aku bosan lah study saja datang nak kacau kau. Bergurau dengan kau....  Ko dah kenapa... Gila. Orang bergurau yang jenis macam ini, cara bergurau dengan diaorang adalah dengan ambil pisau tikam jer perut diaorang. Bergurau kan... hahahha.. kejam giler... don't try at home ye adik-adik..

Kesimpulannya di sini. Bergurau biar berpada. Aku tak bermaksud dan tak tujukan kepada siapa-siapa. Perkara ini umum. Kadang-kadang aku pun alpa dalam bergurau. Aku pun suka bergurau dengan kaum keluarga dengan member-member dan ada jer diaorang yang kecik hati dengan aku. Aku tahu. Tapi segera lah mintak maaf. Kalau korang perasan muka diaorang dah lain macam. Jangan terlalu ego untuk meminta maaf. Pesanan untuk diri sendiri.



Sekian.

love u all..




sumber: google image






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...