Wednesday 20 February 2013

Wordless Wednesday ( Obses dengan diri sendiri)

Assalamualaikum..


kamera webcame


kamera webcame lagi

kamera handphone

Betapa obses aku dengan diri sendiri.


Friday 15 February 2013

Khas buat bekas kekasih

Assalamualaikum





Ribuan terima kasih kepada dirimu kerana melukakan hatiku.
Peluang itu telah aku manfaatkan dengan menemui orang yang lebih baik darimu.
kudoakan agar kau bahagia.



SEKIAN.




Tuesday 12 February 2013

pelajar praktikal

Assalamualaikum.

Seminggu dah aku menjadi praktikal student.. Perasaan aku? emm... Setakat nie ok lah.. staff office pun ok. Kerjanye pulak.. tiap-tiap hari diberi kerja tapi agak mudah dan senang difahami. setakat nie takde yang mencabar minda lagi lah. Alhamdulillah..

Nak cerita masa hari pertama nak masuk praktikal. Aku telah dihantar oleh adik dengan motosikal. Kira merempit di awal pagi lah. Memang rempit sangat. Aku yang bonceng kat belakang pun gerun bila adik aku bawak motosikal. Laju giler.. Dah berapa kali cakap slow-slow.. Tapi sekejap aje mendengarnye.. seminit kemudian laju lagi. Sabar sajalah...

Sambung balik cerita. Rumah aku dari tempat berpraktikal agak jauh jugak. Ambil masa sejam jugak lah nak sampai. Tiba-tiba... bunyi something dekat tayar motosikal. Waduh waduh ya buk.. tayar pancit. Sedangkan masa tu, tinggal beberapa minit lagi jam pukul 8 pagi. Memang aku dah lambat. Muka aku dah cuak kepala otak blank sekejap. Selepas beberapa ketika baru otak dapat berfikir dan aku terus teringatkan member yang sama tempat praktikal dengan aku. Aku terus call suruh ambil dengan kadar segera. Nasib baik dia dapat menolong. Sampai je office, kira kami terselamat sebab takde siapa pun yang menunggu. ok bah tu... :)

saya budak baru belajar. tolong tunjukkan
Doakan aku berjaya dalam berpraktikal ye kawan-kawan. Terbayang-bayang dah di mata jubah konvo dan topi segi empat sekarang. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin...

korang nampak tak beza aku
tembam kan?
misi berjaya.. hehehe

misi ape?? next entry.. hahhaa...
ok.. setakat nie je lah ye.. bye.

wassalam.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...