Saturday 22 February 2014

Kecurangan

Assalamualaikum.

Curang. Korang pernah curang tak? Aku mengaku. Aku pernah curang. Dulu la. Curang dengan ex aku dulu. Dia tak peduli aku. Aku curang la dengan dia. Baguskan punya alasan.

Sekarang dengan Abang Besar dah takde masa nak curang bagai. Sebab apa? Sebab aku rasa dah terlebih kasih dan sayang dengan Abang Besar. Sampai melimpah ruah dah kasih sayang yang Abang Besar bagi sampai dah takde masa nak curang. Buang masa jer.

Apa definisi curang yang korang faham? Apa yang aku faham curang nie bermaksud korang dah ada pakwe/makwe, suami/isteri tetapi korang still lagi ada hubungan dengan orang lain. Kira orang lain tu orang ketiga la dalam hubungan korang. Hubungan dengan orang ketiga tu kira pasangan korang tak tahu pun. Harap boleh faham la ye apa yang aku cuba sampaikan.

Disebabkan aku sebelum nie pernah curang. Kira aku nak citer sikit la sal pengalaman aku. Aku dengan ex aku dulu memang cinta jarak jauh. Jarang jumpa. Setahun mula bercinta memang kira ok lagi. Selalu contact each other. Apabila dah menginjak ke tahun kedua. Dia dah kurang dah nak contact aku. Asyik sibuk jer. Aku pun tak tahu dia sibuk apa. Aku pulak jenis malas nak kisah. Senyapkan ajerla.

Lepas tu, dalam masa hubungan tak berapa ok tu. Ada sorang mamat nie. Satu kelas masa sem tu. Tapi budak tu junior aku dan muda dari aku. Rupanya dia syok kat aku. Dari awal sem dia usha aku. Mungkin masa tu dia ingat aku Ainan Tasneem kot. Kalau nak tahu apa kaitan Ainan Tasneem dengan aku korang baca entry nie Ainan Tasneem adik aku . haha..

Sambung balik citer. Mamat tu mula la cari segala perkara tentang aku. Entah macam mana dia boleh tahu nama aku. Chat kat fb segala. Dan mula ajak keluar. Aku masa tu tak fikir apa. Aku fikir kawan jer. Lepas tu dia pun macam sekepala pulak dengan aku. Ok la kan. Bila aku tanye, dia ada makwe ke tak. Dia cakap ada. Ha.. sudah..  apa crita nie bro? Ini dah curang tahap gaban dah nie.

Tak berapa lama lepas tu. Pakwe aku yang dah jadi ex aku sekarang kantoi pulak yang dia ada perempuan lain. Ha.. ambik ko. Pembalasannya. Selama nie dia senyap jer dan jarang ambik tahu pasal aku rupanya dia ada perempuan lain. Cilaben punya laki.

Aku terus insaf. Wah.. insaf. hahaha.. Insaf dah nak keluar dengan mamat budak junior aku tu. Aku dah mula faham macam mana kalau makwe die tahu yang pakwe dia ada perempuan lain. Mesti dia sedih, kesian pulak sebab aku dan dia sama-sama perempuan. Takkan la aku kejam sangat nak lukakan hati kaum sejenis aku kan.

Sekarang dua-dua aku lupakan. Ex aku pun aku tak tahu entah hidup atau m... .. astaghfirullah.. Mamat budak junior tu pulak aku still lagi baik tapi tak ade lah contact each other just anggap macam adik jer. Tak berani aku nak curang dengan Abang Besar. Taiko besar tu kot.. hahahha..

Aku nak cerita pulak pengalaman member aku. Member aku nie perempuan la. Dia nie kira dah bertunang. Entah macam mana dia boleh kenal dengan sorang mamat nie. Aku dah cakap dah jangan layan sebab ko dah ada tunang. Dalam senyap dia dok layan jugak mamat tu. Aku pun tak faham dengan minah nie. Dan yang paling dahsyat tu pulak. Mamat nie dah tahu yang member aku nie dah bertunang. Tapi dia cakap selagi tak kawen tak salah kalau berkawan. Member aku nie iyekan ajer. Haram punya mamat. Bila mamat tu dah tangkap cintan dengan dia. Member aku mula mengadu. Dia cakap dia tak sampai hati dengan tunang dia. Dia sayang dengan tunang dia. Aku dah muak dan nak muntah dah. Malas nak layan. Aku dah pesan dari awal dah jangan layan. Dah ko layan jugak. Ko tanggung sendiri.

Nasihat aku kat die. Nasihat nie aku dah bagi siap masa mula-mula dia kenal mamat tu. Kita nie perempuan. Buruk perangai perempuan nie masyarakat pandang lain. Buruk perangai lelaki masyarakat pandang lain. Contohnya, kalau lelaki curang ada perempuan lain. Orang anggap biasa lelaki curang. Kalau lelaki keluar malam subuh baru balik. Orang anggap biasa bagi lelaki. Kalau perempuan pulak nak ikut perangai buruk lelaki macam keluar malam balik subuh, curang ada lelaki lain. Confirm orang pandang jelek. Dah ke mana maruah perempuan tu? Maruah kot di sebut tak ke naya. Member aku nie tak dengar jugak. Tak tahu nak cakap apa dah.

Sekarang. Nasihat aku dengan dia. Kalau ko tak nak family ko malu ko kena tinggalkan mamat tu. Dan kalau ko pilih mamat tu untuk jadi suami ko. Ko kena terus terang dengan tunang ko dan tinggalkan tunang ko. Sampai sekarang dia tak buat apa-apa keputusan pun. Aku malas nak layan dah.

Apa bestnye curang nie? Bagi aku yang pernah curang nie. Takde best langsung pun. Takde life dan macam takde matlamat hidup. Masa kita nak keluar dengan teman curang kita tu mesti kita takut. Takut pakwe or makwe or suami or isteri kita call tanye kat mana. Terpaksa delete segala benda dalam phone supaya tak kantoi dengan pasangan kita. Dan yang paling banyak dosa adalah terpaksa menipu. Buat penat jer dik oooii..

Korang toksah nak percaya dengan benda nie. Perempuan tak cantik pun ada gak yang curang. Aku taknak perempuan yang tengah curang sekarang perasan yang die cantik. CANTIK la sangat.
Dah kenapa pulak gambar nie. Kalau nak dating takyah la ajak orang. Kan pakwe dah curang. HihIHi.. Aku paling tak suka kalau pakwe/makwe curang. Suka pulak dengan bestfriend foreber kita pulak tu. Hareeeem...
Yang nie aku tak tahu la. Nak percaya ke tak. Kalau korang tak nak dianggap bodoh. Jangan la curang. hehehe..
Apa yang cik kiah nie nak simpulkan dan ingat dekat kepala hotak korang tu. Jangan Curang. Curang hanya merugikan masa dan duit kita. Biar tak cantik dan tak hensem asal jangan curang. Bila dah curang sampai mati orang akan anggap diri kita nie buruk perangai.

Renung-renungkan dan Jangan Curang.

Pesanan anti curang ini di taja oleh Collagen plus Vitamin E yang dah merosakkan muka aku. Kurang ajeeesss punya produk.

sekian.


Thursday 20 February 2014

Ujian Saringan HIV

Assalamualaikum.

Semalam aku pergi ujian HIV. Pergi dengan abang besar sekali. Aku buat dekat klinik kerajaan jer. Klinik kesihatan Tanjong Sepat. Bayar RM 1.

Sehari sebelum pergi aku apply cuti siap dan call klinik untuk confirmkan diaorang buat ujian saringan HIV untuk orang kawen bila. Nasib baik call dulu kalau tak lama nak tunggu sebab hari yang nak pergi tu hari rabu. Rabu untuk orang mengandung. Jadi nurse tu suruh pergi petang dalam pukul 2 mcm tu.

Esoknya,balik kampung dulu. Kampung Abang besar la takkan kampung aku pulak. Jauh lah pulak kan.
Mula-mula aku dan abang besar pergi dekat kaunter, nurse minta Ic untuk isi borang-borang yang berkenaan. Lepas tu bayar seringgit sorang kat kaunter tu.

Then, pergi ke kaunter seterusnya untuk check tekanan darah dan nurse suruh isi satu borang. Borang untuk lelaki lain,borang untuk perempuan lain. Soalan berkenaan diri kita dan tentang rekod kesihatan kita dalam borang tu.

Lepas dah siap isi borang tu bagi dekat nurse tu balik. Nurse tu ambik berat,tinggi dan ukuran pinggang kite. Apa yang aku ingat,aku punya berat 46kg,tinggi 155cm dan ukuran pinggang 68. Jadi BMI aku 19.0 dan sudah pastinya underweight. Tapi yang peliknya tinggi aku tak sama pulak dengan yang aku selalu ambik guna mesin dekat Tesco or Giant. Selalunya tinggi aku 153 jer. Bila kat klinik boleh pulak jadi tinggi. Itu yang underweight jadinya. Tak suka underweight. huhuhu...

Lepas tu,nurse suruh pi makmal untuk ambik darah. Aku yang masuk dulu baru abang besar. Lagi satu cerita kat sini. Masa ambik darah tu,boleh pulak darah segan nak keluar. Mula-mula doktor cucuk guna jarum besar darah tak keluar. Rupanya aku punya salur darah kecik jadi kena guna jarum kecik. Oleh sebab jarum kecik, jadi darah tu pun keluar lambat. Siksa jugak lah masa tu. Dahlah kena cucuk dua kali,sakit pulak tu. Sabar jer la. Nak kawen kan kena sabar. Bila turn abang besar pulak tak sampai 10 minit pun dah keluar. huhu..

Lepas ambik darah tu korang kena tunggu dalam setengah jam macam tu la,ada dah resultnya. Bagi kita yang perempuan pulak. Doktor akan suruh kita masuk bilik jumpa nurse untuk check breast. Ini part yang paling penting bagi wanita.
Masa aku dalam bilik tu. Nurse tu bagi tunjuk ajar macam mana nak check breast  untuk kesan kanser payudara dan kena di lakukan setiap bulan. Kiranya kita sendiri yang check dengan ikut cara yang nurse tu ajar. Setiap bulan tu maknanya, selepas 12 hari period day kite. Itu masa yang baik untuk kesan kanser kalau adalah. Kita kena peka dengan perubahan bahagian badan kita. Ingat ye, wanita.

Kalau korang nak tahu macam mana cara urutan untuk kesan kanser payudara tu, korang google ye. Aku nak explain kat sini rasa segan pulak.

Last sekali, aku dan abang besar pergi jumpa doktor. Jumpa doktor tu sebenarnya nak dapatkan pengesahan jer yang kite dah jalankan ujian HIV tu. Alhamdulillah. Aku dan abang besar negatif HIV. Maksudnya takde HIV la. hehehehe..

Kira settle dah part untuk ujian HIV. Lepas nie, nak daftar nikah pulak. Ujian HIV nie tak semua negeri wajib ambik. Macam kat sarawak masa adik aku kawen hari tu. Diaorang takyah buat pun. Ikut negeri masing-masing la. Tapi bagi aku ujian HIV nie penting.

Sebab apa penting? Kira untuk memastikan kita bebas dari HIV. HIV nie kan bahaya. Tapi korang mesti fikir kan kalau orang dapat HIV nie mesti orang jahat, mesti kehidupan die sosial dan suka tukar-tukar pasangan. Tak semestinya taw. HIV nie boleh jugak dapat melalui penerimaan darah.

Dulu pernah member aku citer. Satu pasangan nie. Memang dah buat persiapan nak kawen. Kira memang dah tetap dah tarikh kawen. Kalau orang dah tetap tarikh kawen nie kena buat ujian HIV kan. Lepas tu, diaorang buatlah ujian tu. Bila dapat result, lelaki tu positif HIV. Rupanya, sebelum nie lelaki tu pernah terima darah orang yang ada HIV. Sebelum nie lelaki tu ada kemalangan kat luar negara dan banyak kehilangan darah. Jadi, gunalah tabung darah yang ada dalam hospital tu. Dan yang pasti hospital tu hospital luar negara. Dan melalui darah tu menyebabkan lelaki tu ada HIV. Kesian kan. Last sekali diaorang tak jadi kawen. Sampai sekarang diaorang tak kawen-kawen lagi. Yela, kalau kawen pun susah jugak kan. Tak dapat nak jalani kehidupan normal. Macam novel pulak. Ya Allah, jauhkanlah daripada aku dan kaum keluargaku perkara sebegini. Amin..

Sekian.

Tinggal 72 hari lagi nak kawen. hahhahaha.. excited lebih aku nie.

Wassalam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...