Monday 23 November 2015

Pengalaman Mengandungku - Part 7 (Mengidam)


Sambungan dari entry yang lepas. Mengidam yang agak pelik sepanjang mengandung 9 bulan nie. Ye, aku masih mengandung lagi. Masuk minggu yang ke 37 dah nie. Memang tengah menunggu untuk kelahiran baby. Tak sabar betul ibu nie baby.

Pertengahan bulan 10 hari itu, aku mengidam betul nak merasa tidur kat hotel. Sampai termimpi-mimpi di buatnya. Berkali-kali bagitau suami nak tidur hotel. Nak merasa aircond hotel, nak merasa katil hotel, nak merasa selimut hotel. Apa ke peliknya mengidam itu? Adakah itu diklasifikasikan mengidam atau sekadar hanya untuk bermanja-manja? apakah?

Apabila suami telah memberikan lampu hijau, aku mula mencari hotel yang berdekatan dengan Melaka memandangkan mak & ayah mertua aku nak join sekali kita orang melepak kat hotel. 

Aku pun mula meng 'google' cara termudah untuk book hotel. Yelah, risau jugak kalau tiba-tiba kita redah ajer nak masuk hotel tu. Tup2 hotel tu dah full booking. Macam mana? kan memenatkan.

Bermacam-macam cara yang aku jumpa kat google. Antaranya, trivago, booking.com, agoda dan banyak lagi la. Dalam banyak-banyak laman web tu aku terberkenan la dengan booking.com. Kalau kita book guna laman web booking.com nie kita tak perlu nak bayar dulu. Apabila dah sampai dekat hotel tu baru la kita boleh bayar. Tak kisah la nak bayar secara cash ke atau debit card. 

Hari tu aku dan family dapatlah menginap di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Harga untuk dua bilik adalah RM352 dengan satu bilik berharga RM176 termasuk GST.

Bilik tu tak la besar mana tapi selesa la untuk dua orang. Tapi yang sedihnya. Mak & ayah mertua aku duduk satu bilik 5 orang. Diaorang tak nak sekali dengan kita orang. Tapi mereka nie jenis tak kisah, asalkan dapat tidur katanya. 

Hotel nie memang dekat betul dengan dataran pahlawan, A famosa, kiranya memang tengah-tengah bandar la. Kita orang jalan kaki jer pergi ke china town dengan hujan nya. Gigih sungguh mak buyung berjalan. Last2 sampai hotel jalan mengakang sebab kaki dah kebas2 dan pinggang dah macam nak patah. Harap mudah la bersalin nanti sebab banyak sangat berjalan nie.

Alhamdulillah, setakat nie takda apa lagi benda yang tak dapat sepanjang mengandung. Harap semuanya berjalan dengan lancar masa bersalin nanti.

Perasaan takut dan ketidak sabaran untuk melihat muka baby bercampur aduk dalam diri. 





Masa nak checkout.

China Town dengan Mak mertua & adik iparku. Bukan main posing lagi mak mertuaku.

Sebenarnya keluarga suami aku nie memang suka sangat pergi Melaka. Lebih-lebih lagi ayah mertua aku. Dalam bulan 10 hari tu dua minggu sekali ke Melaka. 2 jam perjalanan dah macam setengah jam. Tak kisah asalkan diaorang yang belanja. hihi.. 

Sampai sini saja. 






Friday 30 October 2015

Pengalaman Mengandungku : Part 6 (Mengidam)



Short update di hari sabtu ini. Hari ini half day kerja sebab kejap lagi nak p melaka lagi. Lagi sekali dalam bulan October ke Melaka. Kali ini dah 3 kali  ke Melaka dalam masa sebulan. Tak lama lagi jadi orang Melaka agaknya. Atau entah-entah anak nanti kawen dengan orang Melaka. 

Kali ini ke Melaka sebab aku mengidam. Apa kaitannya mengidam dengan Melaka sedangkan baru minggu lepas aku ke Melaka dengan mak cik & pak cik aku yang dari Sarawak tu. 

Aku mengidam nak tidur hotel. Yes, tidur hotel. Hotel paling cikai dalam 3 bintang macam tu. Dari awal bulan hari itu termimpi-mimpi nak tidur kat hotel. Aku pun tak tahu kenapa.


Kira kalau boleh nak hotel macam nie. Gambar aku ambek dari google
Aku pun telah membooking hotel di Melaka untuk tidur malam nie. Aku booking dekat booking.com . Kaedah cuba-cuba aku. Harap menjadi la sebab excited sangat nak tidur kat sana malam nie. Dah terliur dah nie. Harap tak terliur lah tidur malam nie.

Ok la.. nanti kita sambung cerita lagi. Kalau dah sampai hotel nanti dan dapat pengalaman tidur sana. Aku cerita panjang sikit tentang cara booking guna booking.com ke.. tentang hotel tu ke.. tentang tempat menarik kat Melaka ke. Insha allah..


Ok. 

bye.

Thursday 29 October 2015

Khas buat Suamiku

Assalamualaikum

Entry ini memang aku tujukan khas buat suamiku Raihezam Abu Bakar. Setelah lama tidak menaip kali ini terasa nak menaip lagi. 


Suamiku,
Sedar tak sedar sudah setahun lebih kita berkahwin.
Terimbas segala kenangan dari mula perkenalan sehingga kita berkahwin
Perkenalan yang amat singkat yang membawa kita ke alam perkahwinan.

Suamiku,
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas perhatiannya
Terima kasih atas kasih sayangnya
Terima kasih atas cintanya

Selama setahun ini aku amat bersyukur memiliki kamu sebagai suamiku
Perhatianmu, kasih sayang kamu membuatkan aku berada di duniaku sendiri
Dunia antara aku dan kamu.

Suamiku,
Sebelum kahwin dulu, aku sentiasa takut
Takut perhatian dan kasih sayang kau akan pudar selepas berkahwin
Tetapi Alhamdulillah..
Kau sentiasa sama
Sehinggakan aku terasa aku lah permaisuri raja yang tinggi nilainya

Suamiku,
Terima kasih sekali lagi kerana dengan berkahwin dengan kamu akhirnya panggilan 'Mak' dan 'Ayah' meniti juga di bibirku setelah sekian lama.
Aku tidak terasing dengan keluargamu
Aku dilayan seperti anak mereka sendiri bukan semacam menantu
Aku amat bertuah suamiku kerana aku sudah boleh merasa kasih sayang orang tua apabila berada bersama keluargamu

Suamiku,
Maafkan aku jika ada kurangnya aku
Maafkan aku jika aku selalu susahkan kamu
Maafkan aku jika tidur mu tak lena jika aku sering mengiggau mimpikan arwah mak
Maafkan aku jika aku terkadang tiba-tiba sedih semacam budak kecil yang tak tahu punca sedihnya
Maafkan aku atas segalanya

Tidak lama lagi tanda cinta kita akan lahir ke dunia
Kamu juga merasa setiap pergerakkannya
Kamu juga merasa setiap tendangannya
Kamu juga sudah melihat bentuk mukanya

Semoga tanda cinta kita ini akan menjadi anak yang memuliakan agama dan keluarganya
Hanya ini hadiah yang aku mampu untuk di hadiahkan kepadamu atas segala kasih sayangmu kepadaku suamiku.

Jika aku pergi dulu

Jagalah dia
Didiklah dia dengan ilmu agama yang sempurna
Didiklah dia untuk mengenal erti susahnya kita 
Didiklah dia supaya menghormati orang tua
Aku mampu yang kamu adalah ayah yang terbaik untuknya.

Suamiku
Aku sayangkan kamu apa adanya kamu
Semoga kasih sayang kita akan kekal hingga hujung nyawa kita
Kekal hingga akhirnya



Sekian

Isterimu

Noradika Bolhassan

Monday 5 October 2015

Pengalaman Mengandungku : Part 5

Assalamualaikum


Berjumpa lagi kita di bulan oktober. Alhamdulillah sekarang dah 7 bulan mengandung bersamaan 31 minggu. Di fasa 3rd trimester nie memang agak penat sikit sebab perut dah semakin membesar. Baby pun dan semakin aktif dalam perut. Lebih-lebih lagi kalau waktu malam. Memang nak kena belai2 dulu sebelum tidur. Walaupun kita rasa tak selesa dengan pergerakkannya tapi nikmat nya hanya Allah saja tau. Rasa best nya tak boleh nak describe. Mungkin itu perasaan ibu yang sebenarnya. SubhanaAllah.. Masa tengah menaip ini pun dia tengah aktif dalam perut. Sihat la anak... Tinggal beberapa bulan ajer lagi kita nak jumpa.

Nak cerita sikit pasal masa buat scan 3D/4D hari tu. Aku memang dah survey awal pasal scan nie. Yela, kita 1st time kan mesti excited nak tahu jantina anak kan. Macam mana keadaan dia kat sana. Sihat ka? Paras rupanya elok ka? Pertumbuhan dia ok ka? Fizikal dia sempurna ka? Banyak betul pertanyaan ibu nie kan..

Klinik kerajaan memang ada ja dia buat scan nie. Tapi dia buat scan yang 2D tu, memang kita boleh nampak pergerakan baby tu macam mana tapi doktor yang buat scan tu memang susah sikit nak bagi penerangan kat aku apa kondisi baby aku. Dia scan2 dia tulis kat buku..scan2 tulis kat buku tanpa sepatah ayat pun keluar bagitau aku macam mana keadaan baby. Kalau aku tak tanya memang tak la dia nak bagitau. Lepas tu bila aku tengok dekat buku. Bukan nya aku faham pun apa yang dia tulis.

Ada satu hari tu masa tu aku beranikan diri untuk tanya.

"Doktor saya nak tahu la jantina baby, Girl ke boy?"

Dia tekan2 perut aku dengan mesin scan sambil teleng teleng kepala dia tengok monitor.


"emmmm... girl kottttttttt."

Ok. fine.. ada perkataan "kot" di belakangnya dan dia tak hala kan monitor tu kat aku pun bukti yang baby tu girl. Aku faham keadaan dia, mungkin dia susah nak tengok sebab baby aku nie gerak aktif sangat. Dan dia selalu tunjuk bontot dia kalau scan. Aku tahu la sebab banyak kali dah doktor scan dari kes bleeding hari tu. Sabar saja la nak......

Dari hari tu la, aku tekad nak buat scan 3D/4D nie. Survey punya survey kat internet tengok package dari Klinik Qistina. Dekat pun dekat sebelah ofis aku tu jer. Tengok harga pun ok berbanding dengan harga klinik lain. Dengan harga RM105 aku dapat servis yang ok dari doktor, printed 3d scan n Cd.

Beberapa hari sebelumnya, aku dah buat appointment. Aku call ajer klinik tu cakap nak buat scan 3d/4d dan diaorang set date. Masa tu doktor yang buat tu available hari jumaat dan sabtu malam saja.. Jadi aku buat la appointment hari jumaat pukul 9 malam.

Pada hari kejadian, kami dah sampai awal kat klinik lebih kurang pukul 8.30 macam tu dah sampai klinik. Ingatkan tak bukak lagi sebab janji dekat diaorang pukul 9 malam kan. Rupanya, aku la orang pertama yang datang nak scan dan rupanya klinik asingkan untuk scan satu bilik dan rawatan luar satu bilik. Kira ada dua doktor la. Dan diaorang tak ganggu doktor yang buat scan tu. Kira memang servis tip top la dia bagi. Bayangkan lebih setengah jam doktor scan2 perut nak tengok muka baby. Dia bukan main susah lagi nak tunjuk muka dia. Malu sangat dia nie dan aktif sangat. Tapi senang saja dia tunjuk jantina nya.. hihihi...

Biarla rahsia dulu la boy or girl ye dak? Tunggu keluar dulu.

Doktor tu siap bagi penerangan lagi kondisi baby dalam tu. Dan siap cerita pengalaman dia lagi bila ada baby. Alhamdulillah, baby sihat dan fizikal dia normal tiada cecat cela. Bersyukur sangat2.. itu maklumat yang aku nak. Semua pembesarannya dibagitau kat aku dan pembesarannya pun selari dengan due datenye nanti.

Aku keluar dengan perasaan gembira dan encik suami pun gembira sekali senyum sampai ke telinga sebab dia boleh nampak pergerakkan anak dia sendiri. Baru dia percaya yang anak dia nie aktif dalam perut ibunya. Siap hisap2 jari lagi. Perangai siapa la agaknya di ikut tu. hihihi...


Pipi tembam. Tak sabar nak gomol pipi tu.

Jadikan uri sebagai bantal peluk.


Aktivit dalam perut.



Sampai sini saja entry kali nie. Enjoy baca journey nie ye kengkawan. 


Thank You.


Friday 18 September 2015

Pengalaman Mengandungku : Part 4

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masa ini aku mengandung dah lima bulan. Dan lima bulan mengandung nie di pertemukan dengan bulan syawal. Raya beb.. raya.. 

Disebabkan masa puasa hari tu, aku tak boleh nak puasa sebab kes bleeding. Aku pun di sarankan oleh doktor supaya banyak berehat dan tak boleh pergi ke mana mana seperti perjalanan jauh. Masa itu pun, bleeding masih ada lagi tapi keluar darah yang macam hitam hitam yang aku tak boleh nak kenal pasti apa puncanya. Tapi alhamdulillah, aku dah merasa pergerakan baby dalam perut. Semakin aktif.

Disebabkan itu jugak la, aku tak boleh beraya di Sarawak.Flight terpaksa di batalkan dan hangus seperti itu saja. Aku bimbang kalau naik flight keadaan akan lebih teruk sebab tekanan dalam flight agak kuat. Risau akan keadaan baby dalam perut. Nasib baik family di Sarawak memahami keadaan aku masa itu. Tapi dalam hati menangis tak berlagu jugak la. Yela.. buat pertama kali tak beraya di kampung sendiri. Sedih sangat hati ini. Tapi cuba tahan, sebab tak mahu sedih2 nanti suami nampak dan baby tahu yang ibu dia sedih. 

"Insha Allah ye baby, tahun depan kita raya kat Sarawak, kita tengok muka pak cik - pak cik, Atok Oyang, Nenek2 kat sana dan abang luqman yang dah besar dah."

First time mengandung masa raya nie, paling mencabar adalah mencari baju untuk raya. Keluarga suami nie jenis suka pakai baju sama color masa raya. Aku yang dah buyung nie memang susah sikit la nak cari baju. Last-last sekali beli online dekat Nile.com.. Sehari sebelum raya baju raya sampai kat rumah. Lepas tu suruh mak mertua adjust bahagian kaki. Ko ader.. mak mertua yang jahitkan baju. Bertuah betul punya menantu.. sabar saja la.. 

Setiap kali berkunjung rumah orang, soalan yang biasa orang tanya.. berapa bulan? Jadi jawapan kena repeat banyak kali. Terasa nak rakam pulak jawapan supaya tak ulang banyak kali. Ada yang cousin2 tu siap pegang2 perut lagi. Malu sendiri di buatnya..

Seminggu jer raya, buat check up kat klinik macam biasa. Berat menaik mendadak. Gila tak naik 2 minggu sebelum raya 50kg lepas raya pulak naik 52 kg..Nurse dah bagi warning. Kalau naik banyak lagi nie next check up kena minum air gula. Ow... no.. aku tak nak.. Raya kot mesti la makan banyak..

Nasib baik next check up berat naik ok jer.. dan terlepas la daripada meminum air gula. 

Jom check out gambar2 raya..













Itu saja.. jumpa next entry..


Wassalam.

Thursday 10 September 2015

Pengalaman Mengandungku : Part 3

 Assalamualaikum

Hari pertama puasa. Masa tu aku dah nak masuk 4 bulan pregnant. Aku memang sengaja ajak suami sahur dan berbuka dekat rumah mak mertua kat kpg. Sebab takut tak terbangun sahur. Biasala isteri 'mithali' sangat memang macam nie. Lagipun masa tahun pertama puasa sebagai isteri hari tu kat rumah mak mertua jadi memang dah terbiasa mak mertua kejutkan masa sahur. Manja sangat taw....

Alhamdulillah. Tamat puasa satu hari tu apabila berbuka petangnya. Walaupun perut berbunyi jugak mintak makanan. Lepas ajer berbuka. Aku dan suami balik ke rumah sendiri. Dalam kereta lagi. Aku dah keluarkan balik semua makanan yg aku makan masa berbuka tu. Fuh.. kotor habis kereta. Nasib baik memang jenis simpan plastik kecik2 dalam kereta sebab tahu kes morning sickness masa mengandung. Penat wo.. nak muntahkan semua.

Sampai jer rumah terus lapar balik. Emmm.. aku dah terfikir boleh ker aku nak puasa lagi esok. Tapi hati nie kuat nak puasa. Bercakap dengan perut ajak baby puasa sekali esok dan seterusnya. Insha Allah, dipermudahkan segalanya.

Esoknya, bersahur macam biasa. Tapi lepas ajer sahur aku keluarkan balik semua benda yang aku makan. Macam mana aku nak puasa satu hari nie, terfikir aku di dalam hati. Suami nasihat kalau tak larat terus makan, tak payah puasa. Aku nie degil nak jugak puasa. 

Alhamdulillah, puasa hari kedua berjalan dengan lancar walaupun masa tu memang lapar jugak bila dah sampai petang. Kesian kat baby bila ingat balik. Tapi selalu cakap kat dia, kita puasa sama2. Ibu kena puasa sebab Allah suruh puasa. 

Begitu la seterusnya sampai la hari ke- 15 puasa perkara yang aku takutkan berlaku. Lepas sahur hari tu, aku mandi dan solat subuh seperti biasa. Lepas solat subuh niat nak baring kejap lelapkan mata. Sekali aku rasa macam aku terkencing dalam seluar pulak. Tengok kat tilam, ada tompokan darah. Ahh.. sudah.. aku dah cuak dan terbayang perkara yang lepas. Terus ke tandas, tengok memang darah keluar macam air kencing. Suami terus ajak pergi hospital. Nasib baik hospital depan rumah. 

Mula - mula daftar dekat emergency. Memang menguji kesabaran bila tunggu dekat emergency time tu. Dari pukul 6 pagi aku terbaring dekat katil emergency tu sampai pukul 8 pagi dan dekat pukul 9 pagi aku tak dilayan langsung. Nurse cuma datang masukkan jarum drip tu jer. Sepanjang aku terbaring tu aku masih rasa lagi pergerakan baby. Walaupun masa tu baby kecik lagi dan perut aku masih kecik tapi aku boleh rasa dah pergerakannya mungkin naluri seorang ibu kot.

Suami aku dah ulang alik masuk jenguk aku dekat katil. Dia hairan kenapa la takda doktor datang jenguk aku. Sekali ada nurse tu bagitau yang doktor takda dan ada sorang doktor jer itu pun tengah sibuk dengan orang bersalin. Aku masa tu sabar ajer la sebab dekat klinik kerajaan kan. Redha ajer la.. walaupun masa tu hati aku membuak buak ingin tahu keadaan baby dalam perut aku masa tu. kenapa boleh keluar darah?

Pukul 10 pagi macam tu aku pun di tolak masuk ke wad bersalin. Korang bayangkan berapa lama aku menunggu dekat emergency room masa tu. Masuk ke wad bersalin tu bukan sebab aku di suruh beranak sebenarnya nak jumpa doktor kat situ. Nak check baby macam mana. Sampai ajer kat wad bersalin tu. Doktor bagitau nurse yang tolak aku kenapa lewat sangat bawak masuk aku sebab dia dah tunggu lama. Eh.. pening pulak aku. Bukan doktor tengah sibuk dengan orang beranak ke? Ishk.. putar belit betul la hospital nie.

Sekali doktor check lah baby dalam perut. Alhamdulillah sangat. Baby sihat.. siap bergerak gerak lagi main tendang tendang kaki nya. Tapi masa tu uri memang kat bawah sikit dan mungkin jugak itu salah satu faktor nya aku bleeding. Aku tanya lagi memang biasa terjadi macam tu ke? Doktor cakap memang ada berlaku orang macam tu untuk memberi petanda kepada si ibu supaya lebih berhati hati dalam setiap pergerakan. Nurse pun sarankan aku supaya jangan puasa dulu sebab risau jugak salah satu faktor nya sebab itu kan. Wallahualam..

Aku bersyukur sangat sangat baby sihat dan takda apa2.. Dan selepas itu, aku pun duduk rumah selama 2 minggu. Memang aku di jaga betul. Duduk rumah tanpa buat apa. Baring ajer keje. Orang lain puasa aku makan. Orang lain berbuka puasa aku pun makan. Sampai la raya aku tak puasa. Malu nya la.. tapi apa boleh buat untuk kesihatan baby kan. Nanti bayar fidyah atau ganti saja nanti kalau dah lepas beranak.

Sepanjang aku duduk rumah tu, aku ada jugak amalkan senaman untuk naik kan uri balik. Memang masa tu, aku rasa setiap kali berdiri atau berjalan macam ada benda ajer nak terkeluar kat bawah.

Senaman menaikkan uri, korang boleh google jugak cara lain ada banyak. Cara aku adalah :

1) korang baring sambil kaki di angkatkan ke atas. Macam bentuk 'L' . Lebih senang kaki tu korang sandar kat dinding untuk menyokong.

2) Kepala letak bantal tinggi sikit. Dan punggung pun korang letak bantal jugak tapi jangan tinggi sangat. Kalau perut dah agak besar tu memang susah sikit tapi jangan paksa diri untuk buat. Buat secara slow dan rileks

3) Tarik nafas dalam dalam dan cuba tahan selama mampu. Dan lepaskan secara perlahan. Buat beberapa kali. Tarik nafas dengan menggunakan perut. Boleh nampak perut kita naik bila kita tarik nafas guna perut.

4) Cuba baring macam ini selama mana yang mampu dan buat 2 atau 3 kali dalam sehari. Buat di awal pagi dan sebelum masuk tidur.

Senaman ini juga bagus untuk mengelakkan bengkak kaki bagi ibu-ibu mengandung.

Dan alhamdulillah.. Baby dalam perut makin sihat sekarang. Pergerakan dah semakin aktif. Sampai senget-senget perut ibu di buatnya. Semoga dipermudahkan segalanya sampai bersalin nanti Ya Allah..

Terus sihat ye anak. Ibu dan ayah menanti kehadiranmu dalam hidup kami.

Nantikan next part pulak ye...


Trauma betul dengan jarum tu. Sampai sekarang kesannya



Wednesday 26 August 2015

Pengalaman Mengandung : Part 2

Assalamualaikum.

Merancang ke langkawi dah lama. Booking tiket flight dari bulan 2 hari tu sebab Air Asia ada promosi tiket murah ke langkawi. Mula-mula nak memilih tarikh annivessary yang pertama. Tapi masa tu confirm ramai orang sebab cuti hari pekerja dan hari wesak. Tengok tiket flight masa tu pun mahal. Jadi, ambik la tarikh seminggu selepas annivessary. Yang penting kite pergi honeymoon di bulan lima. Hihi..

Muka tahan muntah sebenarnya. Orang sebelah serius giler. Baca menu makanan jer kot.

Masa pergi langkawi. Aku pregnant dua bulan. Morning sickness memang ada. Teruk semacam. Muntah2.  Tapi seminggu sebelum aku pergi langkawi. Muntah2 kurang. Mual2 tetap ada. Aku try google kalau pregnant woman pergi travelling. Banyak yang aku baca. Semua ok. Takde apa2 masalah. Aku makin bersemangat nak pergi holiday. Langkawi here I come!!!
Aku beli gula-gula siap letak dalam beg. Bawak mineral water. Nasib baik ke langkawi ambik masa sejam ajer naik flight. Kalau rasa mual2 aku cepat hisap gula2. Alhamdulillah.. takde apa2 pun berlaku.

Sampai ajer langkawi. Terus check in chalet. Chalet memang terbaik. Siap ada kolam renang lagi kat depan chalet. Aku rasa macam nak duduk terperap ajer dalam chalet memandangkan chalet tu terlampau selesa dan best. Tapi kalau duduk terperap ajer dalam chalet bukan bercuti namanya kan..
Lepas check in dan rehat2 kejap kat chalet. Aku dan suami pun mula la aktiviti jenjalan kami. First tempat nak pergi Underwater World. Sebelum nie aku pernah datang langkawi. Jadi aku tahu la sikit2 mana tempat best nak pergi dekat langkawi nie. Dan salah satunya adalah Underwater world. Bayaran masuk adalah Rm30 seorang. Bila dicampur dua jadi la Rm60. Bagi aku underwater world tempat yang menyejukkan sebab kita boleh tengok ikan, penguin dan banyak lagi hidupan laut yang boleh dilihat dengan mata kepala sendiri. Suami aku seronok sangat sebab dia memang suka tengok hidupan laut nie.






Aku pulak. Jenjalan dalam underwater world tu saja aku dah mula penat. Kaki dah lenguh2. Nasib baik tempat tertutup. Kalau tempat terbuka dan panas. Alahai.. penatnya la.. tak dapat aku nak bayangkan berjalan esok2 harinya.. Tapi bila tengok suami seronok. Penat hilang sikit. Petang tu balik kejap rehat2 kat chalet. Sebab malam tu suami nak singgah pasar malam yang berdekatan situ.
Malamnya lepas maghrib. Merayau pulak kat pasar malam. Suami tengok durian. Aku pernah baca kat google perempuan mengandung tak boleh makan durian then habaq awal kat suami. Dia cakap ok. 

'Abang beli yang kecik ajer utk abang rasa'. 

Suami aku nie memang hantu durian. Durian kat langkawi nie pulak bau nya menusuk ke hidung. Kalau kat selangor durian nya tak bau langsung. Entah kenapa. Suami aku makan kat situ jugak dan dia ambik durian yang kecik saiznya. Aku tengok sedapnya alahai dia makan. Bila dia tengok aku dok pandang jer dia makan. 

'Sayang nak? Rasa sikit'.. 

Aku pun tanpa mengingati apa yang aku cakap sebelumnya aku pun rasa. Emmmm.. separuh bijik je boleh. Lepas tu aku dah rasa loya. Bagi balik kat suami. Then, suami la yang menghabiskan satu bijik durian seorang diri.

Hantu durian mai langkawi

Balik makan durian. Kita orang singgah makan sekejap. Aku dah mula pening dan loya2. Makan pun tak habis. Terus cepat suruh suami habiskan makanan nak balik chalet. Kepala dah pusing nie... Balik chalet suami urut2 kepala sampai tertidor. Kesian kat suami paginya dia cakap dia tak boleh tidor dan aku senang lenangnya la tidor tak ingat dunia kat mana.

Esoknye pepagi sebelum bangun dari katil dah plan nak pergi mana. Aku la perancang terbaik. Mula-mula kami pergi cable car (skycab cable). Kat sini memang mencabar bagi aku. Sesiapa yang pernah naik cable car jer tahu. Aku even dah pernah naik pun masih rasa ngeri. Terfikir pulak macam mana la kalau benda nie jatuh. Tamatla riwayat aku dan suami dekat langkawi. Fuh.. suka fikir yang pelik2. Alhamdulillah takda apa. Aku penat bukan main la.. tapi gigih jugak nak naik jambatan tu.. dengan panasnya. 




Apake pesen gambar macam nie.

Turun dari cable car, singgah dekat 3D Art Museum. Masa first time aku datang kat Langkawi dulu takda lagi benda nie. Dalam tu bermacam lukisan 3D yang ada. Memang sakan la bergambar. Bayaran masuk kat situ sekali dengan naik cable car hari tu. Masa tu ada package, kita hanya perlu bayar dekat kaunter cable car jer. Kalau tak silap aku untuk dua orang RM60+ kalau tak silap. 

Settle dekat 3D Art Museum, kami makan tengah hari dekat kedai makan dekat2 situ. Sebab next destination Makam Mahsuri pulak. Gigih nya la mak buyung berjalan masa tu. Tapi masa tu tak buyung lagi la.. hihi.. Kalau time sekarang berjalan macam tu tak tahu macam mana.




Ikan duyung jantan ditemui di Langkawi. hihi..





Next destination adalah Makam Mahsuri. Dengan bayaran RM5 seorang kami masuk. Mula-mula tengok la tayangan cerita tentang Mahsuri dulu. Aku dua kali dah tengok, aku tetap meremang bulu roma tak tahu kenapa. Adakah aku keturunan Mahsuri.. hahaha.. merepek.. Rumah2 yang dalam tu kami masuk sebuah dua ja. Suami aku malas nak naik tangga katanya. Aku nie macam tak kenal penat pulak. Nasib baik masa tu takda loya2.


Mahsura main buai.

Motif tangkap gambar dengan frame gambar. 

Setelah penat berjalan di 3 tempat. Kami balik chalet rehat2 sekejap. Yang best langkawi nie, kita sewa kereta n bawak kereta jalan tak jammed lepas tu kita macam dah tahu jer jalan dekat langkawi sebab pusing2 sampai situ jugak.

Petang tu singgah pantai chenang nak tengok sunset katanya. Lepas tu malam nak makan seafood yang dekat pantai tu. Kalau la aku boleh berenang - renang di laut time tu, alangkah bestnya tapi masa tu tengok orang ramai sangat. Tak syok pulak. Lagipun tak syok kalau berenang di laut dua orang saja sebab dah terbiasa dengan family sekali kalau pergi pengkalan balak, Melaka.

Malangnya malam tu aku tak boleh makan pulak. Loya datang balik bila tengok makanan. Kesian suami, order makanan sedap2 tapi aku tak boleh makan. Sabar ajer la demi baby dalam perut.



Balik chalet berenang dekat kolam lepaskan gian sebab tak boleh berenang dekat laut.

Hari ketiga adalah hari last. Flight malam pulak jadi apa aktiviti hari ini? Jadi kami pun pergi ke bandar sikit. Ke Dataran Lang. Masa tu dah tengah hari, memang panas la. Memandangkan Dataran Lang adalah simbol kepada Langkawi, gigih jugak la menapak kat situ. Nampak la kita dah mai langkawi kan bila tangkap gambar kat situ.


Masa nie suami aku bengang giler dengan orang tangkap gambar. Boleh pulak helang tu tak nampak


Tak sah kalau datang Langkawi tak singgah kedai coklat kan. Orang cakap murah sebab bebas cukai tapi bila aku fikir2 balik sama ja harga dekat selangor. Entah la.. aku nie bab harga memang failed sikit. Tapi yang penting aku dapat banyak beli coklat dan sampai sekarang ada lagi coklat tak habis makan.


Dah petang dan tak tahu tempat nak melepak lagi. Aku dan suami melepak la dekat tepi pantai yang jalan menuju ke cable car. Aku lupa pulak nama pantai tu. Tapi situ memang syok. Angin sepoi sepoi bahasa dan tak ramai orang macam private sikit la tempatnya.


Dalam pukul 5 petang macam tu menapak la ke airport menunggu flight. Berjam jugak la tunggu masa nak fly. Nasib baik airport langkawi tak ramai orang dan kecik jer. Tak pening kepala tengok ramai orang. 

Akhirnya tamat la babymoon selama 3 hari 2 malam di langkawi. Alhamdulillah. Semua berjalan dengan lancar, muntah muntah pun takda. 

Tapi bila dah sampai rumah muntah muntah datang balik. Baby suka pergi holiday sebenarnya nie. hihi...

Sekian..


Wassalam.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...