Friday 27 February 2015

Anak buah yang pertama

Assalamualaikum

Nak cerita sikit sal anak buah pertama aku nie. Walaupun tak pernah jumpa, tak pernah nak gomol2 lagi nie. Tapi aku dah mula rindu dengan hanya melihat gambar. Alahai baby. Membuatkan aku angau la..

Kenalkan
Qairiya Karl Luqman bin Khairul Ehsan

Sekarang dah 3 bulan, hari tu dia lahir tak cukup bulan. Doktor cakap dia kena di keluarkan awal sebab takut dia tak boleh bernafas sebab dia makin membesar tapi perut mak nya pulak kecik. Nasib baik dilahirkan secara normal.

Tak pandai pulak mak wo nak explain pasal nie. Doktor ajer lebih tahu. Tapi alhamdulillah. Semua selamat. Dia pun makin sihat dan makin bulat dah sekarang.

Yang nie pulak muka dia baru beberapa hari dilahirkan.
Dah kena tangkap gambar ye sebab mak wo nak tengok sangat.

 mak dan ayah Karl. Muka lebih kepada siapa ye?

Semoga kekal sihat ye sayang. Jadi lah anak yang soleh dan mendengar kata mak dan ayah. Doa mak wo sentiasa ada untuk Karl. 

Ok. itu saja. 

:)

Monday 23 February 2015

Bersediakah anda Wanita?

Assalamualaikum 

Aku tanya apa khabar? aku tanya apa khabar semua? Sihat ker? Aku di sini alhamdulillah sihat sentiasa.

Life macam biasa kerja. Kalau time cuti weekend balik kampung suami. Ataupun duduk melepak kat rumah ataupun duk merayau kat Giant, Alamanda etc.

Normal hidup macam manusia biasa. Hari tu ada lima hari jugak cuti tahun baru cina. Like heaven duduk rumah macam suri rumah sepenuh masa. Macam duit berkepuk di bank sentiasa dan tak perlu bekerja. Bahagia terasa. Tapi hanya sementara sebab hari nie dah mula bekerja seperti biasa, mood bercuti masih ada. Jadi rileks2 dulu ya.

Sebelum cuti CNY hari tu. Company ada buat dinner or lebih sesuai bbq. Biasa lah, kalau kerja dengan Cina nie. Diaorang memang suka belanja makan. Raya puasa pun diaorang belanja makan jugak untuk berbuka puasa lah.

Dijadikan cerita, kita orang biasa makan sambil borak2 dengan member2 keje. Dan majoriti diaorang nie chinnese guy. Dan hanya aku sorang ajer lady. O my english. 


Korang tengok gambar kat atas tu. Nampak tak senyuman palsu yang aku telah tempelkan kat situ. Tujuan chinesse guy tu menempel dekat kita orang adalah untuk hasut suami aku kawen lagi satu. Hello !!!!! Aku baru kawen 9 bulan kot. Takkan suami aku nak kawen lagi satu. Please lah... Mula2 memang tak masuk dalam otak aku apa this guy bagitau aku. Dah dia dok cucuk aku bagitau ada sorang client perempuan nie suka dekat suami aku. Giler tak cemburu. Dan2 client perempuan tu ada jugak masa tu. Tak menanah hati.

"Nor, bagi lah ejam kawen lagi satu, U senang dapat masuk syurga."

Entah mana tah dia dengar, bila suami kawen lagi satu isteri masuk syurga. Aku just gelak2. Tapi dalam hati dah macam meletup.

Yes, aku tahu. Suami aku sekarang nie memang tak mampu nak kawen lagi satu. Dari segi kewangan la. Tapi kepala hotak aku nie dah fikir di kemudian hari. Kalau la, suami aku nie dah kaya. Dah ada kereta Audi yang aku idamkan tu, dah ada rumah banglo bertingkek tingkek, dah ada business sendiri yang dah maju giler bapak punyer. Korang rasa suami aku akan terfikir tak nak kawen lagi satu. huhuhu.. Woman always fikir negatif.

Jadi, kita sebagai wanita. Harus ready dari segala hal. Ready dari hati. Because we dont know what happen in the future. Bukan aku nak mintak la, Suami aku kawen lagi satu, Aku memang tak sudi untuk berkongsi. Sedangkan kongsi minum air dalam gelas yang sama dah kita geli. Apatah lagi, nak kongsi suami.

Bermula dari sekarang kita kena ready. Pikat suami sampai dia tak tengok perempuan lain. Sebab projek memikat suami akan terus berjalan sampai kita mati. Insha Allah..


Tulisan dari hati, turun ke tangan untuk menaip.

I know my husband well..

I love you abang....


Sekian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...