Wednesday 11 March 2015

Bekerja vs Belajar

Assalamualaikum





 VS



Aduh hai, penatnya nak taip semula. Tadi dah taip dekat ipad nak bagi senang kan memandangkan aku nie tengah sakit kat rumah nie. Baring sambil taip dekat blog nie. Sekali taip menaip pergi dekat "home" terus hilang apa yang aku taip. Panas ajer hati, dah memang badan tengah panas nie.

Hari ini aku sambung MC lagi. Ko ader sambung MC. Aku ajer selalu buat benda pelik nie. Hari isnin hari itu suami sakit kepala jadi aku ambik emergency leave untuk jaga dia memandangkan aku takde driver nak pergi kerja. Suami tidur, aku pun tidur. Sekali malamnye, suhu badan aku panas semacam, kepala dah mula berat dan sakit semacam. Ah sudah...demam sudah. Esoknya ambik MC, doktor cakap stress itu yang buat kepala sakit. Hari Rabu, aku rasa dah baik jer. Pergi kerja macam biasa tapi tidur ajer lah kejer. Tak larat pulak rasanya, jadi hari ini sambung balik MC. Alhamdulillah, sekarang rasa ok sikit. Cuma batuk kering dah mula menjenguk.

Ok.. kita mula dengan isinya ye. Panjang pulak mukadimah.

Masa kita belajar (aku khusus belajar dekat universiti) kita hanya bergelumang dengan assignment, pergi kelas menghadap lecturer menyerap apa2 ilmu yang patut, study group, kuiz, final exam, aktiviti kolej dan banyak lagi. Jika kita bekerja pulak kita bergelumang dengan arahan-arahan bos, dateline yang perlu kena settle ikut tarikhnya, meeting itu meeting ini, deal dengan supplier dengan client.

Jika masa kita belajar, kita ramai kawan-kawan yang kita kenal. Yela.. study group dah banyak kawan yang kenal pun ramai la kan. Adanya kita boleh buat kawan dan kadang kala boleh buat lawan kalau yang tak sesuai itu la. Kalau masa bekerja pulak, kawan office itu la kawan kita. Kawan gosip, kawan luah segala perasaan. Kalau jumpa kawan yang sesama tak kawen lagi, boleh la keluar sesama lepas kerja tapi kalau yang dah bekeluarga tu. Memang susah la kan. Dan kadang2 ada jugak yang tersilap kawan pulak dengan suami orang. Tak salah berkawan dengan suami orang tapi salah bila bercinta, itu yang menakutkan tu.

Masa belajar hanya penat 6 bulan, 1 semester itu sahaja. Selepas habis final exam, kita boleh bercuti tanpa fikir apa2 lagi. Yela.. dah habis final exam kan. Boleh la kalau kita nak pergi hang out dengan kengkawan, nak bercuti ker. Tak payah risau apa. Tetapi kalau bekerja pulak, kita akan fikir annual leave. Sebab kita tak boleh nak cuti sesuka hati. Gaji kita bos yang bayar. Kalau company aku setahun dalam 10 atau 14 hari ajer dia bagi annual leave. Korang rasa aku boleh pergi mana ajer dengan cuti banyak tu. Nasib baik la.. Malaysia nie banyak cuti umum. Boleh la bersenang lenang dengan cuti umum tu. Kadang-kadang hujung tahun terpaksa unpaid leave jugak.

Kita bekerja ikut office hour. Pergi kerja lebih kurang dalam pukul 8 dan balik kerja lebih kurang dalam pukul 5 or 5.30 petang. Dalam office hour itu la kena siap banyak kerja dengan nak layan arahan bos yang kadang entah apa2. Belum lagi perangai rakan sekerja yang main lepas tangan nak bagi semua kerja kat orang. Itu yang memenatkan jiwa raga. Even kita kerja hanya menghadap komputer ajer hari2 tapi kalau dah tekanan kerja macam itu sekali membuatkan penat kita hampir boleh disamakan dengan angkat tong gas berpuluh tong satu hari. Lain pulak kalau kita belajar. Memang belajar tak tentu masa. Siangnya, kita pergi kelas. Malamnya kita boleh buat assignment sampai ke subuh dan esoknya kita boleh tak pergi kelas dan mintak tolong kawan2 kelas tolong punch kad or sign untuk kita. Itu biasa bagi kita.

Walau siapa pun kita. Bersyukur la dengan apa yang ada. Mafaatkan masa yang ada.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...