Wednesday 12 August 2015

Pengalaman Mengandungku : Part 1

                                                         Assalamualaikum

Lama dah menyepi dan mendiamkan diri. Janji nak update blog selalu. Tapi hampeh... 
Aku tiba-tiba muncul nie ada benda aku nak kongsi. Ya Allah, excited jer rasa nak share dengan korang. Alhamdulillah sekarang dah masuk bulan ke 5 pregnant. Syukur yang tak terhingga kehadratMu Ya Allah atas nikmatmu. Harap sihat hendaknya baby dalam perut ini.

Tapi sekarang aku nak cerita sikit cabaran dan rintangan dari bulan pertama pregnant hingga sekarang dan insha Allah sehingga beranak nanti. 


Excited punya pasal sampai beli dua.

Pregnancy test


  • 1 Bulan mengandung.
Bulan april masa tu aku dah plan nak balik sarawak. Macam lama dah tak balik. Last balik hari tu masa raya puasa tahun sebelumnya. Rindu pulak nak balik. Lebih2 lagi adik ipar aku beranak dah dan aku dah ada anak buah. Memang excited betul nak balik tengok baby. Aku ada cerita sikit pasal anak buah aku dekat entry nie anak buah pertamaku . Masa balik sarawak tu memang period aku dah delay dalam seminggu macam tu. Tapi aku malas nak layan. Mungkin sebab excited nak balik itu yang period boleh delay. Ehhh..ada ke macam tu. 

Sampai sarawak memang happy sangat2 la sebab dapat jumpa baby nie. Seronok sangat bercerita dengan nenek n mak cik2. Macam macam cerita di kongsi. 

Cukup 4 hari kat sarawak. Kita orang pun balik. Masa tengah menunggu flight dekat airport Kuching tu. Aku dah rasa lain macam. Rasa nak makan benda masam2. Lepas tu kepala aku pening bila dengar bunyi kapal terbang. Rasa loya2 ada tapi aku cepat2 makan asam yang aku beli untuk mengelak daripada muntah dalam kapal terbang. Naiya kalau termuntah..

Sampai semenanjung seminggu lepas tu baru check guna pregnancy test yang atas tu. Siap beli dua pulak tu. Excited punya pasal. Check awal pagi hari first tu guna yang elektronik tu memang dia tulis pregnant. Esok hari nya pulak check lagi guna yang biasa memang double line. Confirm mengandung. Bersyukur sangat. Harap kali nie, baby sihat. Amin...

Bagitau encik suami. Dia pun mempunyai perasaan sama. Ada takut dan gembira. Takut sebab peristiwa sebelum nie. Tapi kali nie memang kena hati2 n kena selalu berfikiran positif. Sebab bila kita sentiasa positif insha Allah baby pun akan positif dan sihat.

Masuk 5 minggu mengandung, aku check dekat klinik swasta dan nak scan bagi mengesahkan diri ini mengandung. Dan hasilnya adalah..

Bukan kembar taw. Satu jer tapi doktor yang ambik gambar dua.
Ikut scan tu due nya 11/12/2015. Doakan la semuanya berjalan dengan lancar. 
Masa nie memang muntah2, loya2 sudah mula berdamping denganku. Tapi aku cuba lawan dan jadi kuat kali nie demi baby.

Tunggu sambungan nya nanti ye.. Next entry lagi panjang sebab dua bulan mengandung tu naik flight lagi n ke langkawi pulak untuk babymoon.. hihi...


Sekian.

Wassalam.



   



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...