Thursday 29 October 2015

Khas buat Suamiku

Assalamualaikum

Entry ini memang aku tujukan khas buat suamiku Raihezam Abu Bakar. Setelah lama tidak menaip kali ini terasa nak menaip lagi. 


Suamiku,
Sedar tak sedar sudah setahun lebih kita berkahwin.
Terimbas segala kenangan dari mula perkenalan sehingga kita berkahwin
Perkenalan yang amat singkat yang membawa kita ke alam perkahwinan.

Suamiku,
Terima kasih atas segalanya
Terima kasih atas perhatiannya
Terima kasih atas kasih sayangnya
Terima kasih atas cintanya

Selama setahun ini aku amat bersyukur memiliki kamu sebagai suamiku
Perhatianmu, kasih sayang kamu membuatkan aku berada di duniaku sendiri
Dunia antara aku dan kamu.

Suamiku,
Sebelum kahwin dulu, aku sentiasa takut
Takut perhatian dan kasih sayang kau akan pudar selepas berkahwin
Tetapi Alhamdulillah..
Kau sentiasa sama
Sehinggakan aku terasa aku lah permaisuri raja yang tinggi nilainya

Suamiku,
Terima kasih sekali lagi kerana dengan berkahwin dengan kamu akhirnya panggilan 'Mak' dan 'Ayah' meniti juga di bibirku setelah sekian lama.
Aku tidak terasing dengan keluargamu
Aku dilayan seperti anak mereka sendiri bukan semacam menantu
Aku amat bertuah suamiku kerana aku sudah boleh merasa kasih sayang orang tua apabila berada bersama keluargamu

Suamiku,
Maafkan aku jika ada kurangnya aku
Maafkan aku jika aku selalu susahkan kamu
Maafkan aku jika tidur mu tak lena jika aku sering mengiggau mimpikan arwah mak
Maafkan aku jika aku terkadang tiba-tiba sedih semacam budak kecil yang tak tahu punca sedihnya
Maafkan aku atas segalanya

Tidak lama lagi tanda cinta kita akan lahir ke dunia
Kamu juga merasa setiap pergerakkannya
Kamu juga merasa setiap tendangannya
Kamu juga sudah melihat bentuk mukanya

Semoga tanda cinta kita ini akan menjadi anak yang memuliakan agama dan keluarganya
Hanya ini hadiah yang aku mampu untuk di hadiahkan kepadamu atas segala kasih sayangmu kepadaku suamiku.

Jika aku pergi dulu

Jagalah dia
Didiklah dia dengan ilmu agama yang sempurna
Didiklah dia untuk mengenal erti susahnya kita 
Didiklah dia supaya menghormati orang tua
Aku mampu yang kamu adalah ayah yang terbaik untuknya.

Suamiku
Aku sayangkan kamu apa adanya kamu
Semoga kasih sayang kita akan kekal hingga hujung nyawa kita
Kekal hingga akhirnya



Sekian

Isterimu

Noradika Bolhassan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...