Monday 23 November 2015

Pengalaman Mengandungku - Part 7 (Mengidam)


Sambungan dari entry yang lepas. Mengidam yang agak pelik sepanjang mengandung 9 bulan nie. Ye, aku masih mengandung lagi. Masuk minggu yang ke 37 dah nie. Memang tengah menunggu untuk kelahiran baby. Tak sabar betul ibu nie baby.

Pertengahan bulan 10 hari itu, aku mengidam betul nak merasa tidur kat hotel. Sampai termimpi-mimpi di buatnya. Berkali-kali bagitau suami nak tidur hotel. Nak merasa aircond hotel, nak merasa katil hotel, nak merasa selimut hotel. Apa ke peliknya mengidam itu? Adakah itu diklasifikasikan mengidam atau sekadar hanya untuk bermanja-manja? apakah?

Apabila suami telah memberikan lampu hijau, aku mula mencari hotel yang berdekatan dengan Melaka memandangkan mak & ayah mertua aku nak join sekali kita orang melepak kat hotel. 

Aku pun mula meng 'google' cara termudah untuk book hotel. Yelah, risau jugak kalau tiba-tiba kita redah ajer nak masuk hotel tu. Tup2 hotel tu dah full booking. Macam mana? kan memenatkan.

Bermacam-macam cara yang aku jumpa kat google. Antaranya, trivago, booking.com, agoda dan banyak lagi la. Dalam banyak-banyak laman web tu aku terberkenan la dengan booking.com. Kalau kita book guna laman web booking.com nie kita tak perlu nak bayar dulu. Apabila dah sampai dekat hotel tu baru la kita boleh bayar. Tak kisah la nak bayar secara cash ke atau debit card. 

Hari tu aku dan family dapatlah menginap di Imperial Heritage Hotel, Melaka. Harga untuk dua bilik adalah RM352 dengan satu bilik berharga RM176 termasuk GST.

Bilik tu tak la besar mana tapi selesa la untuk dua orang. Tapi yang sedihnya. Mak & ayah mertua aku duduk satu bilik 5 orang. Diaorang tak nak sekali dengan kita orang. Tapi mereka nie jenis tak kisah, asalkan dapat tidur katanya. 

Hotel nie memang dekat betul dengan dataran pahlawan, A famosa, kiranya memang tengah-tengah bandar la. Kita orang jalan kaki jer pergi ke china town dengan hujan nya. Gigih sungguh mak buyung berjalan. Last2 sampai hotel jalan mengakang sebab kaki dah kebas2 dan pinggang dah macam nak patah. Harap mudah la bersalin nanti sebab banyak sangat berjalan nie.

Alhamdulillah, setakat nie takda apa lagi benda yang tak dapat sepanjang mengandung. Harap semuanya berjalan dengan lancar masa bersalin nanti.

Perasaan takut dan ketidak sabaran untuk melihat muka baby bercampur aduk dalam diri. 





Masa nak checkout.

China Town dengan Mak mertua & adik iparku. Bukan main posing lagi mak mertuaku.

Sebenarnya keluarga suami aku nie memang suka sangat pergi Melaka. Lebih-lebih lagi ayah mertua aku. Dalam bulan 10 hari tu dua minggu sekali ke Melaka. 2 jam perjalanan dah macam setengah jam. Tak kisah asalkan diaorang yang belanja. hihi.. 

Sampai sini saja. 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...