Thursday 14 April 2016

Tips bawa baby naik flight

Assalamualaikum


Lama ye aku nie tak menaip dekat blog nie. Busy punya pasal. Busy dengan anak, busy dengan suami, busy dengan kerja. Superwoman kata kan... Superwoman !!! Power!! Superwoman!! power!! Heeeyaah..

Bulan 3 lepas, for the first time Nur Raihanis Batrisya naik flight. Umur 3 bulan dah kena naik flight. Ibunya umur 20 tahun baru naik flight. Baby zaman sekarang.. hihhi.. Ibu orang sarawak, nak balik kampung kena naik flight. Kalau tak naik flight nak naik apa lagi? Nak naik kapal laut takut bulan depan baru sampai. 

Sebelum hari kejadian, aku dah siap awal2 google tips untuk bawa baby naik flight. Ibu2 zaman moden, semua nak di google. Percaya sangat dengan google tu. Antara hasil pencarian google yang aku dapat adalah seperti di bawah.

Tips bawa baby naik flight :
  1.  Bawa stroller atau baby carrier - untuk memberi kemudahan kepada ibu atau ayah untuk bawa baby masuk ke flight. Tahu2 saja lah.. dalam airport tu jauh sangat perjalanannya. Dari satu gate ke satu gate dah berkilo kilo meter jauhnya. Lenguh kot nak bawa baby. Tapi hari tu tisya tak bawa guna stroller atau baby carrier sebab ayahnya dengan penuh tenaganya ingin bawa tisya dari airport sampai masuk flight. Ibunya no hal kalau ayah dah volunteer kan... senang kerja ibu.
  2. Main dengan anak sampai penat - senang cerita apabila baby penat. Baby akan mengantuk dan apabila masuk flight baby akan tidur sampai landing. Kita orang memang banyak main dengan tisya sepanjang masa menunggu untuk fly sebelum masuk flight dia dah tidur.
  3. Tukar lampin dahulu - Ya, ibu sudah tukar lampin tisya sebelum naik flight sebab pampers tisya masa tu dah penuh dengan kencingnya dan dijadikan cerita masuk ajer flight tisya pun berak dengan banyaknya sampai melimpah keluar. Tisya nie jenis berak seminggu sekali dan sedia maklum la kalau orang berak seminggu sekali dia punya najis tu banyak mana. 
  4. Bawa satu bag handcarry - Ini dijadikan pengajaran buat diri ku. Aku memang bawa bag handcarry tapi dalam tu tak cukup kelengkapan. Aku just masukkan pampers satu dan wipe tissue. Pampers satu tu aku dah gunakan untuk tukar pampers tisya sebelum naik flight dan apabila tisya berak dalam flight aku dah tak boleh tukar pampers tisya dan terpaksa mintak tolong pramugara kat situ untuk carikan pampers. Nasib baik ada aunty cina tu bagi. Kalau takda tak tahu lah nasib tisya tanpa pampers selama 1 jam dalam flight. kesian anak ibu. Dan perlu di ingat di dalam bag handcarry ibu kena ada sekurang kurang 3 or 4 pampers, wipe tissue, baju untuk tukar dan minyak angin.
  5. Bawa selimut sendiri - Aku tak bawa selimut pun, aku just bawa kain selendang untuk cover aku untuk menyusu tisya dalam flight. Lagipun tisya nie jenis kuat berpeluh dalam aircond pun dia boleh panas dan berpeluh.
  6. Beri makanan yang sesuai - Yang nie bagi baby yang 6 bulan ke atas. Tisya hari tu makanan nya hanya lah susu ibu.. hiihi
  7. Peluk baby sepanjang masa - Memang perlu dipeluk sebab baby apabila di tempat baru dia akan rasa kurang selamat. Dia akan selalu memerhati keadaan sekeliling. Dengan pelukan ibu dia akan rasa selamat dan selesa. Pelukan memberi penanda yang ibu dia akan sentiasa ada dengan dia sepanjang masa.
  8. Tutup telinga bayi - Aku ikut teknik nie. Lebih lebih lagi masa nak fly and nak landing. Tekanan kan takut baby menangis dan alhamdulillah tisya masa hari tu tak nangis pun sebab dia tidur jer. Just nangis masa nak basuh berak. Itu memang kaw punya nangis. Satu flight kecoh. Kadang kadang aku susukan dia sampai dia tertidur.
  9. Pilih tempat duduk - Yang nie penting untuk keselesaan kita. Memandangkan flight rasmi aku air asia. Aku dah terbiasa beli seat sendiri. Satu seat standard tu rm6.00. Kelebihan kita beli seat nie adalah senang untuk kita duduk dengan family kita. Kalau kita tak pilih or beli seat nanti orang akan letak kita duduk asing asing. Susah.. dan aku pilih seat tepi tingkap dan bahagian tengah flight. Senang aku nak pergi tandas dan tepi tingkap senang aku nak bagi susu tisya lagipun sebelah aku suami aku.
Sebelum ada anak, aku selalu pandang dengan muka kesian ajer bila tengok ada baby nangis dekat public dan ibu or ayahnya berusaha tenangkan dia. Dan sekarang, aku pulak mengalami keadaan sedemikian. Baby aku menangis dan orang memandang penuh kesian dengan diri ku. Aku pulak tak endah pandangan orang sekeliling sebab sibuk sangat tenangkan tisya. Bagi yang dah ada anak tu mungkin faham situasi tu dan bagi yang takda anak mungkin ada rasa kurang selesa bila dengar tangisan tersebut. Dan mungkin juga di fikiran mereka menganggap kami tak pandai jaga anak. Mungkin saja bak kata Janna Nick .. hihihi...


Main dengan anak sampai penat. Masa nie dalam bilik penyususan dekat airport.

Anak sudah penat dan tidur sebelum naik flight.



Harapan entry ini dapat memberi sedikit tips buat bakal bakal ibu dan ibu2 di luar sana yang nak naik flight bersama baby for the first time.


*kata-kata mutiara hari ini.
Pengalaman yang menjadikan kita lebih dewasa bukan umur.



Happy reading  :)





3 comments:

  1. tips yang menarik..lpas nie klau nak baby boleh lar try tips nie...

    klau sudi boleh lar lawat n follow blog sy...
    http://perniagaan-yuk.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. hai,check in via web tak bleh ke kalau dengan infants? atau memang kena check in kat airport ? tq

    ReplyDelete
  3. Situs Terbaik QQ96ACE .ONLINE
    Menawarkan Bonus di situs judi online kita
    Minimal deposit 25rb
    Newmember Bonus 10rb
    Bonus harian 20%
    Poker Freechips 5rb setiap hari
    WA +62 823 6229 3153
    Info Lebih Lengkap Hubungi Kami :
    WA +62 823 6229 3153
    BBM : 96ACEIDN
    Line : 96ACEIDN
    IG : QQ96INDO

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...