Saturday 28 May 2016

Baby menyusu badan tapi jarang berak. Kenapa ye?

Assalamualaikum

Hari tu Tisya pernah tak berak sampai 9 hari. Hal itu menyebabkan satu family risau kenapa la budak nie tak berak2. Sebagai manusia normal sudah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk membuang. Tapi sekarang lain jadinya kepada Tisya. 

Perkara ini amat merisaukan buat ibu seperti aku. Yelah, pertama kali jadi ibu. Mesti lah risau takda experience sebelum nie. Macam macam persoalan timbul di benak fikiran, Kenapa tisya tak berak? Salah makan kah? Susu aku tak best kah? Normal ke kalau tak berak?

Dan disebabkan aku ibu di zaman moden yang serba serbi perlukan internet. Aku google lah experience ibu ibu yang lain berkenaan baby tak berak. Dan untuk pengetahuan Tisya nie fully breastfeed. Jadi aku google ayat seperti ini..

" Kenapa baby menyusu badan tak berak?"

Baby menyusu badan tidak berak selama 1-12 hari adalah normal. Kadang-kadang ada yang tak berak sampai sebulan. Hal ini adalah disebabkan susu ibu yang diminum diserap oleh badan baby sepenuhnya dan takda bahan yang perlu disingkirkan.

Apabila aku baca artikel nie rasa lega sikit. Dan kebimbangan aku semakin berkurang apabila jumpa doktor pakar bagitau masalah dan bagitau normal jugak. Asalkan baby aktif, perutnya tak kembung, kencing macam biasa dan kerap kentut. Selagi ada semua tu takyah risau dah. Fuhhh, lega...

Tapi korang sebagai ibu kena ambil perhatian jugak kalau ada baby jenis yang tak berak nie. Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah:

  • Pastikan baby kencing seperti biasa. Tisya masa tu memang kencing seperti biasa. Menyusu banyak kencing pun banyak.
  • Perut tidak kembung atau keras. Perut Tisya keras bila time dia nak berak. Kalau hari nie perut dia mengeras esoknya mesti dia berak. Dan najisnya pun still warna biasa. Cuma kuantiti banyak dan berbau emmmmmm....seluruh rumah baunya.
  • Baby ada kentut. Tisya memang selalu kentut. Aku tak pasti dia kentut sebab tak berak ke atau ikut keturunan yang suka kentut. Pagi2 bangun dah kentut lepas tu buat muka tak bersalah. Bau kentut tak payah nak habaq la. hihi.. Tapi bagusla ada kentut boleh buang angin.
  • Baby aktif dan tidak kerap menangis. Menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenal pasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat kesimpulan.
  • Susukan baby dengan kerap dan pastikan baby mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya. Nak bezakan foremilk dan hindmilk tengok gambar di bawah.
gambar hasil google
Foremilk - Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan di awal proses penyusuan. Pada awal sesi penyusuan baby akan menerima susu foremilk dahulu. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Foremilk mengandungi rendah lemak yang mampu menghilangkan dahaga baby kita bukan mengenyangkan.
Hindmilk - Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu ini mengandungi kalori juga lemak yang tinggi dan membuatkan baby kenyang. 

If korang tengok baby korang tak berak berhari-hari dan ada simptom-simptom di bawah terus rujuk dengan doktor ye. Jangan bertangguh lagi. Antara simptomnya:
  • Baby sering menangis
  • Perut baby kembung dan keras
  • Baby tidak mahu menyusu
  • Baby kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut.
Sekarang, aku nak bagi info berkenaan najis baby pulak. Warna dan jenis najis penting taw ibu-ibu sekalian. Melalui warna dan jenis kita boleh tahu baby tu makan apa, perut dia ok ke tak. Tak pelik kalau dah jadi mak cakap pasal najis anak. Aku nie setiap kali hantar or ambik Tisya kat rumah pengasuh tak sah kalau tak tanya Tisya berak ke hari nie? Warna najis nye warna apa? Aku rasa dah naik muak pengasuh dok jawab soalan tu. Adakah patut cerita pasal najis dengan orang. Hahaha.....

Warna dan jenis najis baby (sumber by babycenter.com)
  1. Baby baru lahir - Najis baby baru lahir dipanggil mekonium. Bahan melekit warna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus baby semasa dalam rahim dan kompisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar di tanggalkan, mekonium adalah petanda usus baby berfungsi dengan baik. Selepas satu atau dua hari, apabila dah biasa menyusu semua mekonium telah dikeluarkan najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi kuning.
  2. Baby minum susu badan - Najis baby berwarna kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanisan. Najis lembik dan bertekstur, kadang kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.
  3. Baby minum susu formula - Najis berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis baby yang diberikan susu badan.
  4. Baby dah mula makan makanan pejal - Najis tidak mudah untuk dibersihkan dan tidak berbau manis. Dengan makanana pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang sama. Contohnya, apabila anda memberi lobak merah lenyek, kandungan lampin baby akan berwarna jingga cerah.
Baby korang pernah mengalami cirit-birit tak? Tisya setakat nie alhamdulillah tak pernah lagi mengalami cirit-birit. Yelah, berak pun seminggu sekali. hihi...

Nak tahu najis baby yang cirit-birit adalah seperti berikut:
- Najis yang sangat cair
- Dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap
- Najis yang memancut keluar dari punggung baby anda.

Baby yang diberikan susu badan sukar untuk mendapat cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya. Baby yang diberikan susu formula lebih cenderung terkena cirit-birit. Jadi, penting untuk menstrilkan peralatan penyusuan dan membasuh tangan sekerap mungkin dalam menangani baby.

Sekarang nie Tisya takda lah sampai 9 hari tak berak. Dalam 2 hari macam tu dia dah berak. Macam malam tadi. Si ibu nie ingat Tisya just kentut macam biasa. Jadi ibu tak tukar lah lampin, dia pun tak nangis asyik main saja lepas tu bau pun takda. Rupanya bukak ajer lampin ada najis. Apa lagi nangis lah dia. Dalam hati Tisya berkata, 
"Apalah ibu nie tisya dah berak lama dah baru sekarang nak basuh, nangis la macam nie".... uwa! uwa !

Muka orang lepas kentut tanpa perasaan bersalah.

Sekian.

Happy reading :)

Di harap dapat memberi info buat ibu-ibu di luar sana.






44 comments:

  1. Terima kasih. Info yg bagus. Sy pun tgh bimbang baby tak berak dua hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. ank saya pun sama terima kasih info lega dh baca.....

      Delete
  2. terima ksh info.. risau gak wlpn ank ke3.. sbb ank pertama dua tak mcm ni

    ReplyDelete
  3. Terima kasih for info..sy tgh risau nie baby x berak dah 4 hari...kentut bau busuk..

    ReplyDelete
  4. Risau jgk sbb dh 5 ari x berak nie....tpi bby kerap kentut

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk infonya puan.rasa lega sangat..

    ReplyDelete
  7. Masuk hari ni dah 6 hari tak berak...google jugak info...terjumpa blog ni...lega skit....perut lembut, tak kembung, kerap kentut, menangis pun sbb nak susu...

    ReplyDelete
  8. terimah kasih info nya . tpi klau bayi da mkn xpa ka berak seminggu sekali ? anak sya gitu

    ReplyDelete
  9. tq for the info, acikk legaa. hihi

    ReplyDelete
  10. Situs Terbaik QQ96ACE .ONLINE
    Menawarkan Bonus di situs judi online kita
    Minimal deposit 25rb
    Newmember Bonus 10rb
    Bonus harian 20%
    Poker Freechips 5rb setiap hari
    WA +62 823 6229 3153
    Info Lebih Lengkap Hubungi Kami :
    WA +62 823 6229 3153
    BBM : 96ACEIDN
    Line : 96ACEIDN
    IG : QQ96INDO

    ReplyDelete
  11. Masa ni baby umur brapa ye? Anak sy lagi 2 hari nak msuk 4 bulan.. tapi ni dh hari ke 4 tak berak.. normal ya?

    ReplyDelete
  12. kalau anak 2tahun 4 bulan nyusu badan n suke makan n minum xberak lebih 10 hr adakah ianya normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis anak sy nk masuk 2 Thun,harini dah masuk Hari ke 10 x berak, sy risau. Ritu pnah bawa ke hospital x Ray usus doc kata xda msalah. Anak sis McMana skrg? Anak sy mmg trend 7-8 Hari tp ni dah jadi 10 pulak.

      Delete
  13. Risaj gak anak belum berak 5 hari ni

    ReplyDelete
  14. Tq ..Atas info ..Baby sy pun 2 hari tak berak , mcm selalu,sy dah risau ..Sbb dia kuat minum susu...susu badan sepenuhnya ..Tenang sikit hati nie bila baca artikel ni. .

    ReplyDelete
  15. Good info. Tq ye.
    Ni pon google sbb baby saya dah 3 hari x berak.
    Risau takut ade masalah ke ape ke.
    Rupanya kalau fully bf mang ade sampai 12 hari x berak ea...
    Huhuhu..

    ReplyDelete
  16. Anak sy umur 4 bln fully bf.. dah 16 hari tak berak..
    Dah jumpa doktor n msih tiada tanda2 perut kembung n tdk selesa..
    Mudah2an tdk apa2

    ReplyDelete
  17. Jazakallah.. Terima kasih utk info.. baby sya baru nak masuk 2 hari tak berak risau jugak..
    susu badan dan susu formula Lactogen..

    ReplyDelete
  18. Ermmm baby maya 2 bulan lebih.... Dari abeh pantang sampai 2 bulan lebih ni berak msty smggu sekali 2 mggu sekali.... Risau je....

    ReplyDelete
  19. Good info, thanks lega lepas baca ni baby sye dah masuk Hari ke6 tak berak..

    ReplyDelete
  20. Saya tengah risau ni sebab mak mertua saya tersuap nasi keras dekat mulut baby saya berusia 4 bulan ..dah 5 hari tak buang air besar.. Apa patut saya buat ya?

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah...info yg dicari2
    ..risau jgk bila jd MCM tu..now DH lega.. huhuhu 😅 tq

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah..risau jugak baby sy dh 2 Hari tak buang air besar .so lps ni xyah risau dh.

    ReplyDelete
  23. alhamdulillah info membantu..anak sy baru 3 bln lebih..fully bf..masa 8 ari pergi klinik swasta doc bagi pam tu.doc ckp memang normal kalau tak berak lama utk yg fully bf asalkan sama macam penjelasan puan di atas.kali kedua lepas pam ni da masuk hari ke9..risau datang balik .tapi lega baca komen ..rupanya memang ramai yg alami perkara yg sama.tapi kalau tak sedap ati harap ibu ibu lain jangan lupa pergi jumpa doc terus ye.saya pon akan pergi ari 10 anak tak membuang nanti.doakan semua yg baik2..dan saya doakan anak puan semua dipermudahkan urusan perkumuhan dan tiada masalah serius.amin amin

    ReplyDelete
  24. Anak saya baru 42hari. Tapi harini nak masuk 3hari tak berak. Risau lah juga sebab anak first 😭. Itu normal ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, anak dh berak ke? Ada bwk ke hosp ke? Doc kata apa

      Delete
  25. Anak saya baru 81hari...harini dah 4 hari tak berak..risau la jugak sbb dah banyak hari...sblum ni kerap berak selang sehari..anak first belom ada pengalaman

    ReplyDelete
  26. Sama mcm sya,ank saya fully bf sya,tp jrg berak..saya pun google lh..sebijik mcm mak2 ckp d atas,hilang lh ckit takut sya...8 hari x berak..harap semua nya sihat...amin..

    ReplyDelete
  27. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  28. Alhamdulillah...trm ksh untuk info yang diberikan.. anak sy fully bf tp dh seminggu x buang air besar cm kentut dan perut lembut... risau jgk sbb kesian kat dia x berak..sbb tu cuba cari info dkt internet.. syukur sbb jumpa info yg dicari..trm ksh sekali lg atas info yg diberi

    ReplyDelete
  29. Anak saya 4 bulan lebih,sama macam ibu2 d atas masalah bby dah 5 hari tak break,lega hati berkongsi masalah,rupanya masih normal,bby aktif,kuat menyusu,tapi kentut tak payah ckplah mmm...satu rumah kena penangannya..hee.syukur sya cari d google..masalah terjawab.tq buat ibu yg buat pencerahan mengenai masalah ini.

    ReplyDelete
  30. Alhamdulillah.. Terima kasih atas pencerahan nie sy juga punye masalah yg sama baby saya arini masuk 30hari tapi dah 3hari tak berak risau jugak saya siap google mencari punca masalah nie rupanye ramai ibu2 yg punye masalah yg sama.. Terima kasih ye puan atas info yg di kongsi di sini.

    ReplyDelete
  31. Terima kasih atas info nya..baby ada masalah yg sama...risau juga. Tapi rasa lega dh baca info dari sis..thank you.

    ReplyDelete
  32. Terima kasih info sis,sy pun dah start risau baby 5bulan dah 5hari tk berak...☹️baca penjelasan sis👆Rasa lega sikit...

    ReplyDelete
  33. Thanks utk info diatas....ank sy nk masuk 5bln, fully bf....da 6 hari xberak...risau jugak sbb dua kakak die xpernah mcm ni....tp baby sihat xmeragam,perut pun lembut je,kerap kentut tp bau jgn ckp la(busuk dr biasa😂)... Harap2 esk lusa dia berakla...

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya oon da 6haru xberak.. rusau sangat..😢😢

      Delete
  34. Thanks utk infonya sis...ank sy nk masuk 5 bln....fully bf..dh 6 hari xberak....ari2 dok goggle je....risau la sbb dua kakak die x mcm ni...tp semua ok perut lembut, xmeragam,kuat kentut(tp baunya🤭)... Harap2 esk lusa berak la....lega skit bila dpt tau semua tu normal....

    ReplyDelete
  35. Sy Google n dapat info rse lega Sgt sb dh 7 hr xberak. Sush ht sb yg ni 3rd baby n fully Bf.. Dlu bru lahir berak byk skrg sush berak.. Perut OK xkeras. Kentut byk n bau busuk. Lega sikit dpt info ni

    ReplyDelete
  36. Lega dah baca . Baby sya bru hari ni tak berak . Saya punya nervous tak tahu mcm mna . Terima kasih dah bagi info

    ReplyDelete
  37. Normal ka klu 4 hri x brak bby sbuln lbh,bgi susu bdn and susu formula?risau plk x brk

    ReplyDelete
  38. Good info.. Lega lepas baca... Baby dah 3 hari x buang air besar risau pun ada..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...