Monday 5 September 2016

Nak buat suprise tapi tak jadi

Assalamualaikum

Sebulan rasanya tak menaip entry terbaru. Idea banyak, semua simpan kat draft. Nanti lah kite publish tunggu siap taip semuanya ye.

Terus ke tajuk. Kenapa tajuk aku macam tu sebab aku susah sangat nak buat suprise kat orang terutama sekali suami tercinta. First, sebab aku nie memang melekat 24 hours 7 days dengan dia. Second, sebab aku susah naw nak menipu. Third, sebab aku tak pandai drive & takde lesen jadi kemana mana mesti dengan dia. Nak beli hadiah & suprise macam mana kalau time kita beli dia ada kat sebelah. emmmm...

Sebelum nie, setiap hari jadi aku dia ada jer buat suprise. Beli hadiah la makan malam la. Even, annivessary kawen pun die yang buat suprise dan beli kan hadiah untuk aku. Sepatutnya annivessary mesti la masing2 ada hadiah nak bagi macam suami bagi isteri, isteri bagi suami. Ini tak suami ajer bagi isteri. Isteri tak beli ape2. Kesian encik suami dapat isteri macam nie kan.

Jadi, si isteri telah tekad. Menjelangnya hari jadi si suami. Si isteri hendak membuat suprise ke atas si suami. Biar la suami terasa diri di hargai. Walaupun suami tak mintak pun semua tu. Dia tak kisah pun ada hadiah, potong kek ke tak. Asalkan dia tahu isteri sayang dia, dia sayang isteri tu dah cukup bagi dia. Tapi isteri yang terhegeh-hegeh nak jugak buat. Sebab macam tak adil ajer bagi aku. Dia boleh buat suprise tapi aku tak boleh. Huhu..

Aku pun pergi ke laman web lazada. Bagi aku kira macam tu ajer boleh nak beli barang tanpa dia tengok sebab dia jarang nak tengok apa yang aku beli online. Memandangkan hari tu dia ada cakap yang dia nak beli tali pinggang jadi aku usha lah tali pinggang. Dengan naif dan tak tahu apa2 aku beli ajer tali pinggang entah jenama apa. Untuk mengaburi mata dia, aku beli jugak barang2 aku dengan botol susu tisya. Ko ader beli botol susu dekat lazada. Hihihi.. tapi berbaloi jugak beli situ. Penghantaran pun takde masalah malah kita boleh beli barang dari luar negara lagi. Membeli belah lah di lazada. Ces siap promote..

Ok, sambung balik. Di jadi kan cerita. Masa hari kejadian tali pinggang yang aku order tu sampai awal dari tarikh nya. Aku ingat dekat2 hari jadi nya baru sampai tapi tak. Dan nak di jadikan cerita jugak suami aku pun tengah tunggu courier jugak sebab dia ada order barang kereta online dan sampai pada hari yang sama barang lazada tu sampai. Ah.. sudah.

Masa tu dua2 kerja dan takda kat rumah. Adik ipar bagitau ada barang sampai kat rumah. Aku dah cuak. Barang siapa yang sampai sebenarnya. Sampai2 kat rumah, aku nampak ada dua bungkus. Satu bungkus kecik dan bungkus besar sikit. Dan dua2 atas nama aku. Aku terus ambek dan simpan dalam almari. Simpan paling dalam. Yang bungkus kecik tu barang aku, sebab aku order lipstick jugak hari tu. 

Dan dia sibuk mencari barang dia. Satu rumah dia bising tanya mana barang dia. Adik ipar aku bagitau yang aku dah ambik. Dia sibuk tanya aku. Aku cakap itu barang aku. Dia tak percaya, dia cakap aku sorok barang dia. ADUH... aku nak bagi dia percaya aku ambik barang tu tunjuk kat dia, tunjuk yang tu nama aku bukan nama dia. Lepas tu dia syak, aku beli apa sampai sorok2 macam tu sekali. Terus dia nak bukak, terjadi lah kejadian tarik menarik kat situ dan memang sah la aku kalah. Apabila dia berjaya bukak, aku terus menangis. Dah apa kes dengan aku. Tetiba aku rasa emosianal sebab suprise aku tak jadi.

Lepas tu die pujuk aku balik. Die cakap nanti buat la suprise lagi. Beli yg lain pulak. Yang tali pinggang tu kira burn la. Anggap saja macam dia beli sendiri. Ces, yang suprise itu pun aku rancang banyak hari dan itu pun tak jadi. Apatah lagi nak rancang yang lain. Memang tak la. Berhari jugak la aku kena bahan sebab kes suprise tak jadi tu.

Menjelangnya hari kejadian pada 2nd september. Aku pun mengajak suami aku ambik brownies yang aku order dari akak buat kek. Aku gi tau dia yang aku kepingin sangat nak makan brownies. Dia pun mengikut saja la. Tak tahu la dia feel ke tak yang ada suprise jugak time tu. Walaupun hanya sedikit. Kira sambutan untuk kami anak beranak saja la. Brownies tu ada tulis SELAMAT HARI LAHIR AYAH TISYA. Itu pun dia macam terharu dan terkejut jugak. Tak tahu la dia pura-pura terkejut ke atau terkejut betul. Hihi... Jadi la kan sekurangnya ada jugak nak raikan dia.

Apa2 pun. 

Selamat hari lahir abang yang ke 27 tahun.
Semoga menjadi ayah dan suami yang terbaik buat sayang dan tisya. Dan tak lupa jugak anak yang terbaik buat ayah dan mak. Semoga di bawah lindungan rahmatnya. Terima kasih atas segala kasih sayang yang dicurahkan. We love you so much forever & ever. 




Brownies yang sedap punyerrr..


Tisya sibuk nak makan jugak.


masa nak ambek brownies.
Sampai sini saja. 


ta ta...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...