Thursday 27 October 2016

Dilema Ibu Bekerjaya

Assalamualaikum



Hai, u all.. watpe tu? Lame tak membebel kat sini. Rindu tak? hihi.. Sesiape yg rindu tu boleh jer pergi ke facebook aku or IG aku. Aku selalu update life aku kat situ. Cewah, ingat ko retis. hihi..

Sesiapa antara korang sini yang seorang ibu dan bekerja. Bekerja maksud aku office hours la.. Turun kerja 8 pagi dan balik 5 petang. Mesti ramai kan? Termasuk aku nie ha.. Saja nak luah sikit dan share la sikit pengalaman aku nie sebagai ibu bekerjaya. Walaupun baru anak sorang, tak tahu orang yang anak ramai tu macam mana dia manage masa dia.

Aku nie kira manusia bertuah jugak la. Sebab masih duduk rumah mak mertua lagi. Kenapa aku kata bertuah? Sebab aku masih ada masa untuk tarik nafas sikit apabila kat rumah bersama anak. Cuba korang bayangkan yek... Aku seawal 7.30 pagi dah hantar Tisya rumah pengasuh. Untuk makluman korang mak mertua dan pak mertua aku kerja jugak jadi Tisya kena di hantar rumah pengasuh, takde sape nak jaga. Lepas tu petang pulak aku sampai rumah dalam lingkungan 6.30 ke 7.30 petang kekadang terbabas sampai pukul 8 mlm. Jadi Tisya mak mertua aku dah ambik siap2 sebab dia balik awal. Kalau aku duduk rumah sendiri. Tisya nak kena tunggu kat rumah pengasuh sampai pukul 8 malam. Emmm.. kesiannya la..
Selain tu, kelebihan lain aku duk rumah mak mertua bila ada anak nie. Diaorang pun boleh tengok-tengokkan tisya. Contohnya, kalau tisya demam macam sekarang kerja dia asyik nak demam jer. Lepas tu malam2 dia tak tidur. Aku bergilir la dengan suami. Kalau tisya dah tak boleh di pujuk oleh aku dengan suami. Mak mertua n pak mertua aku yang handle. Orang yang dah pernah handle anak 7 orang nie lain macam sikit magicnye... sekejap ajer tisya dah senyap kalau dia nangis. Kira banyak lagi kelebihan duduk rumah mak mertua nie. Tapi takde la aku nak suruh korang2 semua duduk rumah mak mertua beramai ramai. Kalau dah duduk sendiri tu lagi bagus boleh berdikari. Doakan aku jugak boleh duduk rumah sendiri nanti. hihihi...

Ibu bekerja nie tak sama dengan ibu yang duduk di rumah. Aku bukan nak bandingkan ye. Bagi aku duduk rumah ke bekerja dari rumah ke atau bekerja luar rumah ke. Semua sama saja matlamat kita nak memberikan kesenangan untuk anak anak kite. Nak meringankan beban suami kite. Jadi takyah lah korang nak lebih2 habaq ibu yang bekerja nie tak sayang anak la. Ibu yang bekerja nie senang la boleh beli apa yang die nak dengan duit sendiri. Ibu yang duduk rumah nie senang la kerja duduk rumah takde watpe. Ibu duduk rumah nie senang la boleh tengok anak 24 jam. Tak mau tau duk kata kat orang macam tu. Semua orang ada bahagian masing2. Ibu duduk rumah ke ibu bekerjaya ke semua ada kekurangan dan kelebihan sendiri. Tapi mulut orang kan mana boleh tutup. Nak tutup mulut diaorang kita bagi penumbuk sebijik baru diam.hihihi...

Aku wakil kepada ibu-ibu bekerjaya di seluruh dunia ingin menjawab segala soalan atau tohmahan yang sering dilemparkan kepada kami. Soalan soalan seperti ini:

1. Kalau dah sayang anak, duduk rumah jadi suri rumah kan boleh?

Ye. betul. Siape yang tak sayang anak ooi.. aku dari lepas kawen sampai la bercita-cita nak jadi suri rumah sepenuh masa. Korang ade cita-cita macam aku? hihi.. Tapi, korang kena ingat zaman yang semua perlu duit nie tak cukup kalau suami saja bekerja. Zaman sekarang dua2 perlu kerja. Memang ada ibu yang duduk rumah tapi korang mesti tengok diaorang akan usaha cari pendapat lain macam berniaga online ke. Semampunya cuba nak cari pendapat lain nak bantu suami. Kalau tak pun untuk beli barang sendiri. Perempuan sekarang dik non tak suka nak bebankan suami. Macam aku ada hutang lagi dengan PTPTN,laki aku tak. Dengan duit gaji aku la, aku bayar PTPTN. Lepas tu korang tahu kan aku nie anak yatim piatu mak ayah dah takda. Dengan duit gaji aku la aku bagi duit dekat adik2 aku yang masih sekolah lagi kat sarawak sana. Ada dua orang yang masih sekolah lagi. Takkan tu pun aku nak mintak duit dengan suami aku kut. Lepas tu banyak macam la aku buat dengan duit gaji aku, aku masukkan dalam ASB ke tabung haji ke. Nak tambah beli tiket kapal terbang untuk balik sarawak ke. Bukan untuk shopping mencantikkan diri ajer taw.

2. Kalau macam tu, bekerja la dari rumah?

Ye. itu pun dalam senarai cita-cita aku jugak tu. Sebab ramai aku tengok kawan2 aku berniaga dari rumah. Jual kosmetik, jual tupperware, jual jamu. Banyak macam lagi la. Duit pun masuk. Anak pun boleh tengok 24 jam. Tapi korang jangan ingat senang dik non oooii.. Semua tu perlukan semangat yang kuat. Yelah, korang nak layan karenah customer. Customer nie kite lambat sikit nak reply whatspp pun dia dah marah. Diaorang bukannya tahu anak kite demam ke, tengah masak ke, fon rosak sebab kena baling dengan anak ke. Diaorang tak tahu semua tu. Yang diaorang tahu apa yang diaorang nak kita respon cepat. Lepas tu kita nak COD barang lagi, nak hantar barang ke pejabat pos lagi sambil tu angkut anak sekali. Kalau anak sorang ok lagi, kalau anak 2 3 orang. Macam mana dik non oooiii.. Itu aku cakap perlu semangat yang tinggi. Buat masa sekarang rezeki pendapatan aku untuk bantu suami adalah dengan kerja ikut office hours. Jadi kena terima ajerlah.

3. Korang senang la, kerja office hours duduk office aircond melaram sakan. Balik2 rumah anak dah tidur, tak penat?

Hello.. aku selepas dah kawen dan ada anak nie, eye liner pun aku dah tak reti guna dah. Nak lilit2 tudung macam trend sekarang memang tak sempat. Tak sempat sampai ofis tudung aku dah kena tarik dengan tisya.Ye lah.. orang duduk depan cermin. dia pun situ jugak.  Nak shopping baju baru itu pun aku dah tak reti. Pernah sekali suami ajak shopping baju baru untuk aku. Bukan main lama lagi aku pusing shopping mall tu. Last2 suami yang pilih, aku cuma try muat ke tak lepas tu dia bayar. Lepas tu, ingat kat office kami nie tak perlu hadap perangai orang yang banyak macam tu. Dengan perangai bos lain, perangai kawan2 sekerja lagi. Ada yang serah semua kerja kat kita. Dia goyang kaki ambik nama saja depan bos. Itu boleh buat kita tertekan ok. Lepas tu balik rumah, nak kena kemas rumah, masak untuk suami makan, lepas tu anak pulak berjaga malam sampai la ke pagi kita tak tidur. Sedangkan esok nya nak pergi kerja menghadap orang yang macam2 kt ofis tu lagi. Itu aku cakap suri rumah ke bekerja ke sama saja. Yang penting kita tahu tanggungjawab kita sebagai ibu dan isteri.

4. Korang boleh lah pakai baju cantik-cantik, mahal-mahal sebab ada duit sendiri?

Ok. seperti yang aku cakap sebelum nie. Aku dah tak pandai bergaya semenjak jadi isteri orang dan mak orang nie. Tak tahu kenape. Dan buat pengetahuan korang niat aku bekerja untuk bantu suami bukan untuk bermewah-mewah. Kalau kita dah niat macam tu. Takde istilah guna barang mahal-mahal, bercantik cantik. Aku selagi boleh guna, aku guna. Buat apa nak membazir. Duit tu boleh simpan untuk guna benda yang lebih berfaedah. Dan kalau korang dah jadi ibu, beli barang sendiri tu dah letak pada tahap yang nombor dua. Sebab korang akan utamakan anak korang dulu daripada diri sendiri. Percaya la kat aku.

5. Orang lain suami sorang jer keje, cukup ajer nak bagi makan anak2 takkan ko tak?

Hidup orang lain2 tak sama dengan kita. Mana ko tahu cukup, ko tak tahu periuk nasi nya macam mana. Kita bekerja bukan untuk bermewah-mewah, kita bekerja untuk mencukupkan apa yang tak mampu. Rezeki kita Allah yang bagi walaupun dua2 bekerja sekalipun kalau niat kita bekerja tu menyimpang dari asal, Allah tak bagi jugak. Sering sempit jugak. Itu aku cakap yang penting niat tu.

6. Korang tak rasa takut ke tinggalkan anak dekat pengasuh/taska?

Siapa tak takut beb? Perempuan nie sifat curiga dia terlalu tinggi beb. Tengok anak ada kesan merah sikit kat pipi dah cuak sedangkan sebab kena gigit nyamuk ajer. Lepas tu soalan dah macam polis tanya banyak benda dekat pengasuh. Anak ada berak tak? Tidur lama tak? Banyak main tak? Nak makan tak? Kalau boleh banyak benda nak tanya pengasuh tu. Tapi kita kena jaga hati orang jugak. Kita tanya banyak macam nanti takut orang anggap kita nie tak percaya kat dia pulak nak jaga anak kita. Benda buruk kalau nak jadi, kita sendiri jaga pun akan jadi jugak. Yang penting kita ingat Allah ada untuk kita dan yang paling penting niat kita kerja untuk apa.

7. Kesian la korang, tak banyak masa untuk anak.

Yang ini aku setuju. Kadang2 sayu jugak hati ini apabila tengok muka anak tidur malam2. Boleh kira dengan jari dalam satu hari berapa jam ajer masa kita luangkan masa dengan anak. Setiap perkembangan anak pun kadang-kadang kita ter'miss'. Contoh first step anak merangkak, first step anak berjalan, first step anak bercakap. Mesti ada jer kite ter'miss'. Walaupun kita nie ibu bekerjaya tapi seharusnya keluarga adalah keutamaan kita. Anak demam ke sakit ke ambik la EL sekurangnya untuk bagi tumpuan kat anak. Aku kalau boleh nak ajer cakap dengan bos. Keluarga adalah keutamaanku. Sebab aku nie banyak sangat EL sampai cuti tanpa gaji dah nie. haha...


Korang ada lagi soalan? Boleh ajer aku tolong jawabkan.hihi..

Kesimpulannya, aku rasa dah banyak kali aku ulang. Ibu jadi suri rumah sepenuh masa ke, ibu bekerja dari dalam rumah ke, ibu bekerja luar rumah ke. Semuanya ada matlamat yang satu untuk menjana pendapatan keluarga dan memudahkan suami. Yang penting betulkan niat kita kerana Allah.

Gambar tisya bercuti ke cameron highland. Nanti ibu tulis entry ye.



Sekian.

Ibu bekerjaya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...