Saturday 28 May 2016

Baby menyusu badan tapi jarang berak. Kenapa ye?

Assalamualaikum

Hari tu Tisya pernah tak berak sampai 9 hari. Hal itu menyebabkan satu family risau kenapa la budak nie tak berak2. Sebagai manusia normal sudah menjadi kebiasaan bagi manusia untuk membuang. Tapi sekarang lain jadinya kepada Tisya. 

Perkara ini amat merisaukan buat ibu seperti aku. Yelah, pertama kali jadi ibu. Mesti lah risau takda experience sebelum nie. Macam macam persoalan timbul di benak fikiran, Kenapa tisya tak berak? Salah makan kah? Susu aku tak best kah? Normal ke kalau tak berak?

Dan disebabkan aku ibu di zaman moden yang serba serbi perlukan internet. Aku google lah experience ibu ibu yang lain berkenaan baby tak berak. Dan untuk pengetahuan Tisya nie fully breastfeed. Jadi aku google ayat seperti ini..

" Kenapa baby menyusu badan tak berak?"

Baby menyusu badan tidak berak selama 1-12 hari adalah normal. Kadang-kadang ada yang tak berak sampai sebulan. Hal ini adalah disebabkan susu ibu yang diminum diserap oleh badan baby sepenuhnya dan takda bahan yang perlu disingkirkan.

Apabila aku baca artikel nie rasa lega sikit. Dan kebimbangan aku semakin berkurang apabila jumpa doktor pakar bagitau masalah dan bagitau normal jugak. Asalkan baby aktif, perutnya tak kembung, kencing macam biasa dan kerap kentut. Selagi ada semua tu takyah risau dah. Fuhhh, lega...

Tapi korang sebagai ibu kena ambil perhatian jugak kalau ada baby jenis yang tak berak nie. Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah:

  • Pastikan baby kencing seperti biasa. Tisya masa tu memang kencing seperti biasa. Menyusu banyak kencing pun banyak.
  • Perut tidak kembung atau keras. Perut Tisya keras bila time dia nak berak. Kalau hari nie perut dia mengeras esoknya mesti dia berak. Dan najisnya pun still warna biasa. Cuma kuantiti banyak dan berbau emmmmmm....seluruh rumah baunya.
  • Baby ada kentut. Tisya memang selalu kentut. Aku tak pasti dia kentut sebab tak berak ke atau ikut keturunan yang suka kentut. Pagi2 bangun dah kentut lepas tu buat muka tak bersalah. Bau kentut tak payah nak habaq la. hihi.. Tapi bagusla ada kentut boleh buang angin.
  • Baby aktif dan tidak kerap menangis. Menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenal pasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat kesimpulan.
  • Susukan baby dengan kerap dan pastikan baby mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya. Nak bezakan foremilk dan hindmilk tengok gambar di bawah.
gambar hasil google
Foremilk - Merupakan susu hadapan yang mula-mula dihasilkan di awal proses penyusuan. Pada awal sesi penyusuan baby akan menerima susu foremilk dahulu. Foremilk mengandungi tinggi kandungan air, vitamin larut air, karbohidrat dan protein. Foremilk mengandungi rendah lemak yang mampu menghilangkan dahaga baby kita bukan mengenyangkan.
Hindmilk - Merupakan susu yang dihasilkan setelah foremilk. Susu ini mengandungi kalori juga lemak yang tinggi dan membuatkan baby kenyang. 

If korang tengok baby korang tak berak berhari-hari dan ada simptom-simptom di bawah terus rujuk dengan doktor ye. Jangan bertangguh lagi. Antara simptomnya:
  • Baby sering menangis
  • Perut baby kembung dan keras
  • Baby tidak mahu menyusu
  • Baby kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut.
Sekarang, aku nak bagi info berkenaan najis baby pulak. Warna dan jenis najis penting taw ibu-ibu sekalian. Melalui warna dan jenis kita boleh tahu baby tu makan apa, perut dia ok ke tak. Tak pelik kalau dah jadi mak cakap pasal najis anak. Aku nie setiap kali hantar or ambik Tisya kat rumah pengasuh tak sah kalau tak tanya Tisya berak ke hari nie? Warna najis nye warna apa? Aku rasa dah naik muak pengasuh dok jawab soalan tu. Adakah patut cerita pasal najis dengan orang. Hahaha.....

Warna dan jenis najis baby (sumber by babycenter.com)
  1. Baby baru lahir - Najis baby baru lahir dipanggil mekonium. Bahan melekit warna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus baby semasa dalam rahim dan kompisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Walaupun kotoran ini sukar di tanggalkan, mekonium adalah petanda usus baby berfungsi dengan baik. Selepas satu atau dua hari, apabila dah biasa menyusu semua mekonium telah dikeluarkan najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi kuning.
  2. Baby minum susu badan - Najis baby berwarna kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanisan. Najis lembik dan bertekstur, kadang kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam.
  3. Baby minum susu formula - Najis berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding najis baby yang diberikan susu badan.
  4. Baby dah mula makan makanan pejal - Najis tidak mudah untuk dibersihkan dan tidak berbau manis. Dengan makanana pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang sama. Contohnya, apabila anda memberi lobak merah lenyek, kandungan lampin baby akan berwarna jingga cerah.
Baby korang pernah mengalami cirit-birit tak? Tisya setakat nie alhamdulillah tak pernah lagi mengalami cirit-birit. Yelah, berak pun seminggu sekali. hihi...

Nak tahu najis baby yang cirit-birit adalah seperti berikut:
- Najis yang sangat cair
- Dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap
- Najis yang memancut keluar dari punggung baby anda.

Baby yang diberikan susu badan sukar untuk mendapat cirit-birit kerana susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya. Baby yang diberikan susu formula lebih cenderung terkena cirit-birit. Jadi, penting untuk menstrilkan peralatan penyusuan dan membasuh tangan sekerap mungkin dalam menangani baby.

Sekarang nie Tisya takda lah sampai 9 hari tak berak. Dalam 2 hari macam tu dia dah berak. Macam malam tadi. Si ibu nie ingat Tisya just kentut macam biasa. Jadi ibu tak tukar lah lampin, dia pun tak nangis asyik main saja lepas tu bau pun takda. Rupanya bukak ajer lampin ada najis. Apa lagi nangis lah dia. Dalam hati Tisya berkata, 
"Apalah ibu nie tisya dah berak lama dah baru sekarang nak basuh, nangis la macam nie".... uwa! uwa !

Muka orang lepas kentut tanpa perasaan bersalah.

Sekian.

Happy reading :)

Di harap dapat memberi info buat ibu-ibu di luar sana.






Wednesday 11 May 2016

Kisah yang Menyeramkan

Assalamualaikum

Terdetik nak share pengalaman kisah seram yang pernah berlaku dalam hidup aku. Tengok dekat facebook ada orang share pasal pages kisah seram2. Memang menyeramkan la baca. Lebih2 lagi diri aku nie penakut. Kalau ada cerita cerita hantu dekat tv memang tak la aku nak tengok. Aku kalau tengok cerita hantu nie. Aku mesti terbayang bayang sepanjang minggu. Tiap2 malam macam ada rasa orang ikut ajer dari belakang. Sampai macam tu sekali penakutnya.

Begini ceritanya..

Masa tu aku sekolah lagi, kalau tak silap aku form 4 or form 5 kira macam tu lah. Aku nie budak asrama. Memang dari form 1 sampai lah form 6 aku duduk asrama. Sekolah yang sama. Asrama aku tu ada 3 tingkat. Setiap bilik ada lebih kurang dalam 10 orang duduk dalam tu sebab katil double. Masa form 4 tu aku dapat bilik yang kira hujung tapi sebenarnya tak la hujung. Sebelah tu ada bilik lagi sebenarnya tapi di biarkan kosong sebab nak masukkan budah lower 6 nanti. Termasuklah bilik aku. Bilik yang sepatutnya boleh muat dalam 10 orang tapi hanya ada 4 orang dalam tu. Jadi banyak katil dibiarkan kosong. Aku sebutkan nama 4 orang dalam bilik tu. Aku, Nurul (bukan nama sebenar), Ita (bukan nama sebenar) dan Nana (bukan nama sebenar). Kami berempat masing2 pelajar form 4 masa tu.

Nak dijadikan cerita ada sorang pelajar baru masuk. Pelajar form 4 juga baru pindah sekolah. Nama Christina (bukan nama sebenar), bangsa Kenyah. Orang nya memang lemah lembut dan cantik orangnya. Orang kenyah kalau kat sarawak memang cantik2 dan kulit putih melepak. Jadi ramai lah peminat dia kat sekolah tu. Dalam ramai2 peminat tu dia bercinta dengan sorang mamat melayu nie jer. Anak cikgu kat sekolah tu jugak. Hampir tiap2 malam lah diaorang nie dating.

Port budak asrama dating selalunya belakang dewan makan. Dan kegiatan dating ini sudah di hidu oleh warden2 asrama dan warden2 pun buat serbuan. Tertangkap lah dua orang pasangan kekasih itu malam tu. Lepas di post mortem oleh warden, Christina pun balik bilik kira2 dalam pukul 1 pagi or 2 pagi macam tu aku pun tak pasti. Dia ketuk pintu dan panggil nama aku. Nama aku di panggil sebab katil aku memang depan pintu dan aku ambik katil atas. Dan sudah menjadi kebiasaan setiap kali Christina nie balik dari dating dia akan panggil nama aku untuk bukakkan pintu.

"Nor,Nor, bukak pintu Nor.." 

Kira macam itu la ayat Christina setiap kali balik dengan suara yang lemah lembut siapa2 pun tergoda. Aku bukakan pintu untuknya. Aku tengok muka dia tak semanis selalunya. Dia pun cerita yang dia dah kena tangkap dengan warden dan kena buang asrama serta merta. Buang asrama tu maksudnya dia dah tak boleh tinggal asrama dah.

Keesokkan harinya, masa pergi sekolah Christina siap2 bawak barang untuk balik. Balik sekolah petangnya memang dia dah takda kat bilik dah. Tinggal lah kami berempat semula.

Dan malam pun menjelma...

Malam tu seperti biasa pukul 10 malam lampu kena di padamkan. Kami berempat walaupun lampu dah di padamkan tapi kami berempat masih lagi sok sek bercakap tapi masing2 atas katil sendiri. Last2 sekali aku yang tak boleh tidur. Dalam pukul 12am macam tu mata aku masih lagi tak boleh lena. Termenung apa aku pun tak tahu. Dan aku dengar kat luar hujan macam renyai2. Hujan2 nie best tidur dan mata aku sudah mula layu. Dalam mamai tu aku terdengar.

"Nor, Nor, bukak pintu Nor..."

Suara Christina. Ya! Suara dia. Tapi bukankah dia sudah di buang asrama. Bukankah dia memang dah takda kat bilik dari petang tadi. Dia buat apa datang tengah malam macam nie. Hujan pulak tu kat luar. Aku guna logik akal dan itu bukannya Christina. Dan aku percaya itu bukan manusia. Aku baca segala surah yang aku ingat sampai aku tertidur. Nasib baik suara tu memanggil nama aku sekali sahaja tak banyak kali. Kalau banyak kali memang aku tak boleh tidur malam tu.

Siangnya, awal pagi aku bangun. Aku tengok Nurul awal pagi dah mandi dan muka macam pucat lesi. Aku tanya kenapa?

Dia cerita dia dengar Christina balik malam tadi. Christina naik katil dia. Katil Christina atas katil Nurul. Nurul tingkat bawah, Christina atas. Masa tu Nurul tak bukak mata. Tapi dia dengar Christina pergi ke almari dia dan dia naik atas katil dia. Nurul pun macam aku dia tahu itu bukan Christina sebab Christina sudah balik dah. Itu sebab dia tak berani nak bukak mata. Nasib baik..

Dan aku pun cerita apa yang aku dengar malam tu. Kami berempat jadi ketakutan lah. Masing2 taknak tidur katil sendiri. Rela berhimpit satu katil kongsi 2 orang. Takut punya pasal. 

Bila jumpa Christina dekat sekolah dan aku ceritakan pasal tu. Dia bagitau yang dia tak balik dah malam tu. Buat apa balik malam2 macam tu. Dia siap cakap. Ada lah benda yang mengikut tu.

Aku pun terfikir jugak. Mesti ada benda yang mengikut apa yang Christina buat malam2. Biasa lah kalau orang balik malam2 mesti ada yang mengikut. Christina tak buat malam tu, dia la yang buat. Alahai...seram.

Cuba bayangkan kalau aku tak ingat yang Christina takda malam tu. Dan aku dalam mamai macam tu aku bukak pintu. Apa akan aku lihat????

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


adakah ini??
(Bertabah ajer aku search kat google taip gambar hantu)


Aku sambil taip cerita nie sambil membayangkan dan flashback semula kisah masa tu membuatkan aku seram semula. Dah tegak2 bulu roma. Dan boleh pulak tiba2 angin tolak pintu kuat sampai pintu tertutup sendiri. Kurang ajar punya pintu. Phone berbunyi pun terkejut macam jantung nak jatuh. 

Alahai... tak tidur lah malam nie.........

Macam mana lah aku boleh ada idea nak share kisah seram nie. Menakutkan diri sendiri saja.

Sebenarnya banyak lagi kisah seram yang pernah aku alami dan kebanyakkan pernah berlaku di asrama. Lain kali lah aku share lagi. Tunggu ada kekuatan diri. Hahaha... penakut punya pasal.


Sekian.


Happy reading :)

Happy ker?

hihi...


Monday 9 May 2016

Hari Ibu

Assalamualaikum

Bulan Mei sinonim dengan sambutan hari ibu dan hari guru. For the first time in my life. Jadi ibu tahun nie.

"Camat hari dibu, dibu. Tisya love dibu." - tisya

Kira macam itu kut ucapan tisya nanti bila dia dh boleh cakap pelat2. Hihi.. Banyak berangan betul ibu tisya nie.

Satu hari semalam scroll facebook ramai orang wish selamat hari ibu buat ibu masing2. Jgn ucap dlm facebook jer taw. Call or ucap face to face dengan ibu terus. Baru lah sweet.

Setiap tahun setiap munculnya hari ibu nie. Ada saja percanggahan pendapat antara orang ramai. Ada yang cakap hari ibu nie HARAM. Ada yang cakap tak salah sambut hari ibu. Jadi aku saja nak share dua pendapat antara orang bijak pandai nie. Tujuan aku bukan untuk melaga lagakan pendapat masing-masing. Cuma aku nak suruh korang fikir sendiri mana yang baik mana yang buruk. Korang dah besar kan dah boleh fikir sendiri. Kalau tak setuju pendapat diaorang just senyap jangan nak kecam pulak. 

Pendapat petama dari pages Himpunan Kata-kata Ustaz Azhar Idrus. Aku rasa pages nie dari peminat-peminat ustaz bukan ustaz sendiri yang buat. Jadi bukti kesahihan yang tertulis kat situ aku rasa bukan betul2 dari kata kata ustaz. Mungkin ada yang dah di tokok tambah.


*credit to pages Himpunan Kata-kata Ustaz Azhar Idrus.

Dah habis baca penerangan pages ustaz. Korang baca penerangan Saiful Nang nie pulak. Saiful Nang sorang photographer dan penulis kalau tak silap aku. Agak femes jugak dengan perkataan pedas nya dekat laman sosial.







*credit to facebook Saiful Nang.

Korang dah baca kedua dua nya dan korang boleh nilai sendiri nak sambut ke tak. Haram ke Halal hari ibu nie.

Aku pulak tak kisah la korang nak cakap apa aku tetap nak wish SELAMAT HARI IBU buat seluruh ibu di dunia dan ibu-ibu yang berada di sekelilingku.

  1.  Arwah mak - Fatimah Tambi (al-fatihah)
  2. Mak mertuaku - Muslinah Sapuan
  3. Nenek - Limah Ayub
  4. Kakak iparku - Raihana Abu Bakar (yang baru jadi ibu pada hari ibu..bestnyer..)
  5. Adik iparku - Meria Kabel
  6. Anjang - Bina Tambi
  7. Ibuk - Zurina Tambi
  8. Mok - Siti Tambi
  9. Mak cik sekepalaku 1 - Hassuziah Suhaimi
  10. Mak cik sekepalaku 2 - Norlila Ahmad
  11. Rumet - Azatul Samsida Sulaiman


Nak sandang jawatan sebagai ibu, mak, ummi, bonda, mama bukan mudah sebab perlukan pengorbanan. Nyawa sebagai galang gantinya. Dan ingat buat anak. Tanpa ibu siapa la kita di dunia ini. Jangan nak mendabik dada nak menjulang langit dengan kejayaan dan kekayaan kita di dunia jika harta akhirat kita seorang ibu tidak di jaga dengan sempurna. Semua kekayaan dan kejayaan itu tiada ertinya tanpa ibu anda untuk menyokong anda.

Jika kita kehilangan mereka baru kita merasa betapa peritnya ketiadaan ibu. Dan aku mengalaminya. Walaupun sudah hampir 7 tahun mak pergi menghadap ilahi tetapi setiap kenangan bersamanya memang susah aku nak lupa. Sentiasa berada dalam ingatan dan kadang kadang termimpi mimpi dan kadang kadang tercari cari kasihnya ibu. 

Hargailah mereka selagi mereka bernyawa
Hargailah mereka selagi mereka ada
Hargailah mereka selagi ada kudratnya kita.

sebab

Jika mereka sudah tiada, hidup kita tiada ertinya
Jika mereka sudah tiada, rumah sudah tiada serinya
Jika mereka sudah tiada, kita tercari cari kasih sayangnya
Jika mereka sudah tiada, terasa rindu mencengkam jiwa.


Arwah Mak

Mak Mertuaku

Aku.. eh...hihi

 Sekian


Happy reading :)







Wednesday 4 May 2016

Ulangtahun Perkahwinan yang ke-2

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei 2016. Masuk bulan Mei tahun ini usia perkahwinan 2 tahun. Apa ada pada 2 tahun? Ada Tisya. hihihihi...

Selamat ulangtahun perkahwinan buat kita suamiku.

3 Mei 2014 adalah tarikh aku menyerahkan seluruh jiwa dan ragaku buat seorang yang bergelar suami. Siapa sangka dalam berjuta juta dan berbilion bilion manusia di dunia. Engkau adalah suamiku. Perkenalan kita yang singkat telah membawa kita ke jinjang pelamin.

Perkahwinan yang hanya 2 tahun, kira baru sangat. Banyak lagi onak dan duri yang perlu di tempuh sebagai pasangan suami dan isteri. Kalau baby baru nak jumpa kaki nak berjalan dan baru nak tahu mulut untuk bercakap. Sangat muda...

Suamiku,
Maafkan aku jika ada terkasar kata denganmu sepanjang 2 tahun ini
Maafkan aku jika terlebih masamnya muka sepanjang 2 tahun ini
Maafkan aku jika terbebel entah apa-apa sepanjang 2 tahun ini

Suamiku,
Terima kasih atas kasih sayangmu sepanjang 2 tahun ini
Terima kasih atas cintamu sepanjang 2 tahun ini
Terima kasih atas perhatianmu sepanjang 2 tahun ini


Rasa nak nangis bila tengok kek. Satu hari bad mood, dengan sakit perut lepas tu mood terbang entah ke mana. Asyik nak marah, asyik nak masam. Semua tak kena. Suami share moment facebook yang tak sepatutnya marah. Aku ingat suami tak ingat la annivessary hari ini. Sedangkan pepagi dah suami wish tapi aku yang buat dont know. Apa yang di hendak aku sendiri pun tak tahu.. Alahai..bertahan la encik suami dapat isteri sebegini rupa pe'el nya.

Balik2 rumah adik ipar bawak kek. Biasa la, dia ada ja partnership untuk suprise kan orang. Orang yang sama berkomplot masa nak bagi hadiah hari jadi hari tu. Mission impossible sangattt... hihi


Malamnya makan dekat bagan lalang.


3 May 2016, jam 7.48pm. Cuba imbas kembali 3 May 2014, jam 7.48pm iaitu 2 tahun yang lalu apa yang kita buat masa nie yek... terimbas kembali, rumah tengah meriah dengan orang ramai. Semua sanak saudara datang meriahkan majlis. Semua sanak saudara berkumpul di rumah nenek. Meriah rasanya. Muka aku, muka senyum penuh kebahagiaan. Yalah, baru beberapa jam jadi bini orang. Tapi di sebalik kegembiraan dan kebahagiaan ada terselit sedikit kesedihan di lubuk hati aku yang paling dalam. Kesedihan dan kerinduan yang sukar di ucap dengan kata-kata. Hanya aku yang merasa. Dan hati ku terdetik.. kalau lah dalam kemeriahan ini ada muka mak dan bapak sekali. Alangkah bahagianya.... tapi siapa yang boleh menghalang takdir Allah. Allah yang lebih menyayangi mereka. Semoga mereka tenang di sana.



Semoga perkahwinan kita kekal hingga hujung nyawa dan hingga ke jannah. InshaAllah.....



Jodoh,pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan tuhan. Kita hanya lah hamba yang mampu merancang.





Terima kasih kerana sudi membaca.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...