Thursday 24 November 2016

Holiday kat Cameron Highland tapi jalan jammed lepas tu ada misteri Nusantara

Assalamualaikum

Sebulan yang lepas, awal bulan kami anak beranak sempat bercuti ke Cameron Highland. Bercuti situ tak lama, 2 hari satu malam jer. Merancang last minutes memang akan jadi. Kalau perancangan lama2 confirm tak jadi punyerr. Sebelum naik Cameron, kami sempat menyinggah kenduri kawan suami aku dulu dekat Bidor. Habis dah makan2 terus naik.

Dan bertuahnya kami, kami berpeluang terserempak dengan jammed berjam-jam disebabkan masa tu cuti awal muharam sampai Isnin. Ramai pelancong naik cameron. Bertabah ajer kite orang dalam kereta. Orang jalan kaki lagi laju dari naik kereta. Sabo ajer la.. demi nak merasa kesejukkan di cameron. Tisya kalau dalam kereta memang tak boleh duduk diam. Ada jer nak di buatnya. Aku yang tak drive kereta pun penat apatah lagi yang tengah drive.

Bertolak dari Bidor (rumah kenduri) dalam pukul 2 petang macam tu. Sampai Cameron Highland dalam pukul 7 mlm. Korang bayangkan berapa lama jammed nye. Yang paling geramnya jammed dah nak dekat sampai betul Cameron. Apa boleh buat terima saja la, nama pun last minutes plan.

Sampai ajer terus check in kat hotel. Nama pun last minutes plan (berapa kali mau ulang la..) jadi dapat la hotel murah yang aku rasa takde bintang pun. Parking pun susah nak cari. Itu pun nasib baik aku booking awal 2 hari sebelum bertolak. Kalau main redah ajer confirm dah penuh semua hotel. Disebabkan parking susah sangat nak cari, aku dan tisya diturunkan dulu suami untuk check in. Orang hotel dah call2 cakap jadi tak nak masuk hotel. Aku cakap ajer la tgh on the way sebab jammed. Dan kesiannya lagi receptionist hotel tu berlainan dari bilik hotel. Macam mana aku nak explain ye, kira bilik hotel nye macam atas rumah kedai. Receptionist hotel nye tempat lain. Bilik hotel nye kena jalan keluar sikit dan berlainan bangunan baru jumpa. Dan2 pulak lepas ajer check in hujan pun turun dan nasib baik renyai2 lagi. Aku dan tisya pun di bawak oleh pekerja hotel tunjuk bilik kite orang. Seperti aku cakap tadi kena redah hujan la untuk sampai ke bilik.

Sampai ajer bilik, suami aku call tanya bilik kat mana. Aku pun bagitau la dan masa tu hujan dah mula lebat. Kesian encik suami nak kena redah hujan untuk sampai bilik hotel. Makin la sejuk aku di buatnya dengan hujan dan suasana cameron yang sememangnya sejuk. Aku pulak jakun tengok bilik hotel yang takda aircond. Selalu pergi bilik hotel kan selalu ada aircond nie takde pulak. Hahaha..

Lepas siap2 mandi dan tukar baju segala. Kat luar pun dah gelap dengan hujan dan malam lagi. Kiter orang anak beranak dah mula rasa lapar. Lebih2 lagi si tisya walaupun tak tahu cakap lapar lagi tapi ibu tahu dia lapar sebab semua benda dia nak gigit. Hahaha..

Hujan dah mula renyai2. Kami anak beranak pun mula cari kedai makan. Memang sejuk giler la aku rasa. Tapi yang peliknya suami dan anak aku nie berpeluh. Ishk dua orang nie darah jenis apa sebenarnya. Orang sejuk die panas. Suami aku siap cakap lagi tak sejuk sangat dah cameron sekarang dulu masa die first time pergi siap asap keluar dari mulut lagi. Cewah.. nak bagi aku cemburu sebab aku dah tak rasa kesejukkan macam dulu-dulu. Takde makna la... hihi..

Dapat ajer kedai makan kedai itu pulak ramai giler dengan orang sampai takde meja dah. Lepas tu kite orang try cari kedai lain sekitar pasar brinchang tu tapi takde yang menepati citarasa. Kedai yang ramai orang tu jugak berkenan di hati. Mungkin sebab kedai tu sediakan makanan ala-ala seafood. Kami pun menunggu seminit dua untuk dapat meja kosong. Nasib baik tisya tak mengamuk lapar. Dia kalau tengok orang ramai ralit la dia habis semua orang dia tegur senyum2 tapi bila orang nak dukung memang tak lah dia bagi. Mesra tapi jauh. Hahaha...

Lepas dah kenyang makan kami beli makanan ringan untuk lepak2 dalam bilik hotel. Kiter orang dah penat dengan jammed jadi aktiviti malam tu tidur dalam hotel sampai pagi. Dan kejadian tak diingini berlaku di dalam bilik hotel. Jeng... jeng.. jeng..

Kira2 tepat pukul 12 tgh malam. Tiba2 tisya terkejut dan terus menangis. Menangis seperti orang yang di dalam ketakutan. Mata dia asyik pandang pintu tandas. Aku dan suami cuba tenangkan dia. Aku pasang ayat suci al-quran dalam phone pun dia masih tak tenang lagi. Aku bagi susu pun masih tak tenang lagi. Mata pun asyik tengok pintu tandas tu jer. Aku cuba alihkan pandangan mata dia. Suami aku dah baca macam2 surah dah dekat ubun-ubun die. Dalam setengah jam lepas tu dia pun mula tenang dan nak dah susu. Dan dah tidur nyenyak semula. ☺
Tapi aku pulak yang tak boleh tidur sampai ke pagi. Aku pulak rasa yang dekat tandas tu macam ada orang perhatikan kami. Walaupun aku tak nampak tapi aku memang boleh rasa diri diperhatikan. Sekejap sekejap kejutkan suami cakap tak boleh tidur. Suami aku ye2 lepas tu tidur balik. Yang aku pulak sampai ke subuh tak boleh tidur. Bila la nak siang terasa lama pulak malam.

Esoknya pagi2 lagi dah kami anak beranak kemas2 apa2 yang patut nak check out. Nampak sangat macam ketakutan. Macam tak boleh lama2 duduk dalam bilik hotel tu rasa diperhatikan. Nasib baik tisya pagi2 tu bangun tak meragam ceria suria pagi jer dia bangun. Lepas check out memasing lega tak nak ingat kejadian malam sebab ada banyak lagi tempat nak singgah sebelum balik.

First tempat yang kami singgah adalah Strawberry farm. Tak lengkap rasanya kalau pergi cameron tak singgah ladang strawberry kan. Merasai sendiri petik strawberry, memandangkan masa tu tak ramai orang lagi. Kami la orang first di beri layanan agak istimewa oleh tukan kebun tu. Penuh satu bakul strawberry. Aku tak ingat pulak harga strawberry yang kita petik sendiri dan dekat kaunter tu ada jugak jual strawberry dah siap packing itu pun aku dah tak ingat harga. Sebulan yang lepas memory aku pun dah lost.

Lepas strawberry farm kami singgah ke ladang teh pulak. Ladang teh tu tak lama semata-mata nak ambik gambar dan beli teh saja. Ingat nak breakfast situ sambil nak ambik feel tengok pemandangan ladang teh tapi orang bukan main ramai lagi. Nanti aku nak datang lagi sini tapi bukan waktu cuti macam nie. Aku rasa tak feel langsung dengan percutian nie. Dengan jammed nye, nak pergi satu2 tempat semua ramai orang. Sabo ajer lah..

Lepas ladang teh, kami singgah tempat jual orang bunga orkid sebab mak mertua aku kirim beli bunga orkid. Situ pun ramai orang. Tempat mana lagi orang tak bersesak dekat cameron nie tak tahu lah. Cepat2 kami beli teus kami balik.

Lalu bidor singgah sekejap rumah family angkat untuk bagi strawberry. Terus bertolak balik banting. Sampai2 rumah dalam pukul 4 petang macam tu. Apa lagi melantak tidur lah kami anak beranak. Nampak sangat malam nya tak cukup tidur. Beberapa hari lepas tu suami aku tanya pasal kejadian malam dekat hotel tu. Rupanya dia pun tak boleh tidur tapi saja pura2 tidur. Boleh pulak pura2 tidur. Emm... sabo ajer la..

Ok.. meh kiter tengok gambo untuk cuci2 mata.




Muka dalam kereta menempuh jammed. Balik dari kenduri kiter berbaju kurung la pergi ke cameron highland. hihihi..シ

kira duit katanya...

Bersedia untuk makan malam.

Di ladang strawberry

Orang penat2 petik die sesedap rasa jer makan

Makan sambil tidur pun boleyyy...



Di ladang TEH

Ramai kan orang

"tisya.. tu ibu."
tisya pulak bo layan ayah sebab ngantok



Sampai di sini saja.

Thank you sebab sudi baca.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...