Friday 17 March 2017

Bercuti dan Demam Bersatu Bergabung

Assalamualaikum

Tahun 2017 sudah 3 bulan berlalu. Lama betul aku tak update blog kan. Setakat nie sibuk urusan rumah tangga, urusan kerja tak berapa sibuk sangat sebab company pun tengah cari projek jugak nie. Aku pulak sekarang dah mula berjinak-jinak dengan bisness online. Tengah belajar sikit-sikit. Yelah, dengan ekonomi tak menentu sekarang kena ada pendapatan sampingan jugak. Pasal bisnes online tu nanti aku cerita. Aku nak cerita pasal aku anak beranak pergi holiday kat Melaka hari tu. Semata-mata nak pergi Zoo punya pasal stay kat hotel 1 malam.

Cuti Raya Cina aku dan suami dapat lah cuti 2 minggu. Kira ini lah cuti yang paling lama company bagi. Kami anak beranak memang tak decide nak pergi mana2 pun sebab lambat tahu pasal cuti dua minggu nie. Kalau lama tahu mesti dah lama aku booking tiket balik Sarawak. Selalu balik Sarawak mesti sekejap2 jer. So, kempunan lagi lah nak balik Sarawak lama-lama. Jadi, kami anak beranak decide lah nak pergi Zoo Melaka bawak Tisya tengok mbok (Lembu), Nyet (Monyet) dan banyak lagi.

Satu hari sebelum pergi tu badan aku dah mula rasa tak selesa, rasa macam nak demam. Sebelum tu memang satu rumah dah kena demam. Orang pertama kena demam adalah si cinonet Tisya dan terus merebak ke seluruh rumah dan orang terakhir adalah ibunya. Kesian…

Tapi aku tetap kuat nak pergi. Sebab aku dah book hotel. Kalau kita orang cancel nak pergi confirm akan bayar jugak harga hotel tu. Rugi. Baik pergi jer, lagipun Melaka takde lah jauh mana. Dah selalu pergi jugak kan. J

Kami bertolak ke Melaka dalam pukul 10 pagi macam tu. Sampai Melaka terus pergi Zoo Melaka. Buat sesiape yang tak tahu Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh (cewah baru tadi google..hihi). Perjalanan dari Banting ke Zoo Melaka dalam 1 jam 40 minit atau 2 jam. Aku dalam kereta dah mula rasa panas badan. Sebenarnya dari rumah lagi badan dah panas. Dalam perjalanan suami singgah beli cool fever tampal kat dahi. Dah macam bibik dah suami aku cakap. Emmm… sampai hati.

Nasib baik Tisya tak meragam sangat. Ye, memang tak meragam pun cuma tak nak duduk dekat car seat nak duduk depan dengan ayah dia. Ye, memang baik sangat cuma suka main kuatkan radio. Memang tak tidur sampai ke Zoo. Tisya baik tak meragam (sambil mata ibu ke atas).. hihi..

Masa kat Zoo seronok sangat lah dia dapat tengok binatang. Macam-macam binatang dia dapat tengok. Disebabkan Zoo tu besar dan keadaan aku yang tak berapa sihat. Kami cadangkan naik trem tak penat lah nak jalan kaki dengan panasnye lagi. Tapi yang tak bestnye naik trem nie kandang2 binatang tu agak jauh dari pandangan. Jadi ada jugak lah binatang2 yang tak jelas sangat tengok.

Rabbit (kalau nak masuk kena beli makanan die)

Burung KakakTua

Atas Trem (Muka ibu demam)




Aku pulak memang tenaga dah totally lost. Tiittt…tiiittt… hihi.. bunyi tenaga hampir lost. OK, gurau… Berjalan pun dah tak larat. Suami aku tengok aku macam tu terus cari kedai makan. Makan dulu baru check in hotel. Lagipun hotel check in dalam pukul 2 or 3 petang macam tu kalau tak silap aku. Masa kat kedai makan bagi makan Tisya dulu. Tisya dah siap bawak bekal dari rumah. Habis satu mangkuk nasik tapi ibunya tak habis makan. Sayang betul lauk asam pedas ikan selar. Apakan daya takda selera.

Lepas makan terus check in hotel. Dalam perjalanan menuju ke hotel Tisya dah tidur sampai habis check in dan masuk bilik terus buntang mata tengok bilik besar dan terus buat aktiviti tawaf bilik hotel  secara bersendirian sambil diperhatikan oleh Ayahnya. Ibunya pulak terus rebah di perbaringan tak sedarkan diri selepas kehilangan tenaga dan di tambah lagi suhu badan makin menaik. Check suhu dah 38 darjah celcius. OMG, panasnya aku rasa. Panas kat dalam tapi aku kesejukkan sampai menggigil.

Lepas maghrib suami aku ajak keluar makan. Kesian diaorang terperuk ajer dalam bilik sebab aku demam. Cari kedai makan berdekatan hotel ajer. Aku memang tak lalu nak makan lah dan aku rasa suhu badan aku memang makin menaik. Dah tak tahan terus cari klinik nak refer kat doctor. Nasib baik sebelah kedai makan tu ada klinik. Klinik Fadhilah namanya.

Dekat Klinik, doctor check suhu aku dah 39 darjah celcius. Uuiii, aku sendiri terkejut suhu tinggi macam tu sekali. Doktor check tonsil dalam mulut. Doktor pun terkejut tonsil aku besar sangat. Panas sangat kot. Lepas tu, for the first time in my life doctor cucuk b**t*t. Doktor bagitau sebab suhu aku tinggi sangat kalau cucuk cepat kurangkan suhu. Bahaya kalau suhu tinggi sangat macam tu. Lepas tu doktor nasihatkan aku terus mandi bukan mandi air suam taw mandi air biasa. Aku memang menggigil la sebab badan kat dalam panas tapi aku rasa sangat sejuk. Simptom demam panas memang macam tu. Malam tu lepas telan segala mak bapak ubat terus tidur.

Dan esoknya, automatic baik u allzzz. Alhamdulillah sangat. Hotel pulak sediakan breakfast. Maka berselera lah aku makan. Lepas breakfast terus pergi waterpark. Tisya sebelum masuk waterpark bukan main excited lagi tengok air. Sekali dah masuk dia tak nak main air pulak. Kesiannya alahai.. tapi mungkin die first time kot. Tapi umur 3 bulan die dah mandi air laut. Entahlah, ibu pun tak faham peel anak ibu nie macam mana.



Excited bukan main



Masuk air takut.. 
Lepas ke water park kami pun siap-siap nak balik. Dan begitulah cerita aku bercuti package demam sekali. Dan yang tak boleh di lupakan kena cucuk.. huargh!!

Bawah nie aku ada buat kira-kira sikit sepanjang bercuti tu:

Hotel Bayou Lagoon Park Resort, Melaka (boleh google ye kawan2)-aku selalu booking dekat BOOKING.COM
·         Price for 1 night, 1 room - RM232 (include breakfast & waterpark)
·         Pelampung – RM38

Zoo Melaka
·         Parking – RM5
·         Masuk Zoo – Rm 15/sorang (baby bawah 4 tahun tak payah bayar)
·         Naik Trem – RM5
·         Gambar – RM65

Klinik Fadhilah – RM100

Makan tengah hari – RM18.20

Makan malam – RM23

TOTAL : RM516.20 (tak termasuk jajan, air mineral , minyak kereta dan tol)

Sampai sini saja cerita kali nie. Harap bermanfaat untuk korang.


BYE.

Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...